Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, May 2, 2015

#1199 Me Vs Fatin's Wedding

Pagi ni pagi-pagi lagi kitorang bertolak ke Teluk Intan. Bertolak kul 8, sampai umah pengantin kul 11. Sempat la jumpa pengantin sebelum rombongan dari pihak lelaki sampai. Dapat la aku beramas mesra dengan  sanak saudara yang datang dari jauh. Walaupun ramai yang tak dapat datang, yang ada ni pun dah cukup meriah dah. Seronok dapat jumpa ahli keluarga setahun sekali ni. Raya pun payah nak jumpa okeh.. Maklum la masing-masing dah berjodoh dengan orang dari negeri jauh-jauh. Lagi la payah nak jumpa.
Sebenarnya ramai lagi.. Tapi biasa la... Jual mahal tak nak masuk wedding album. Kahkahkah. Food was great. Ada kambing bakar 2 ekor sempena akikah anak sedara pengantin. Ada fries, ada coleslaw. Ada blackpepper sauce. Zaraa makan fries cicah sos blackpepper sampai bertambah. Door gift memang kelas dunia. Or more to trick and treat.
Best part bila jumpa ahli keluarga jauh-jauh ni, ofkos pada aku part gossip... Hahahaha... We're the gossip queens!
Bagi Cik Kak kita yang masih dengan princess hype nya, dapat jumpa pengantin tu agaknya macam dapat jumpa real princess theme party la kot. Senyum simpul dia dapat bergambar dengan pengantin. 
This is why I hate being photographed... Why larr... Pakai apa pun, bila-bila pun, tapi dah macam ada cop mohor tertera MUKA SURIRUMAH. Bila agaknya boleh bertukar ke muka Jlo pulak agaknya tak tau la. Mencik tau tengok muka surirumah aku ni dalam gambar. Tak kelas langsung.
Stay kat umah pengantin tak lama pun. Lepas makan-makan dan beramas mesra, terus gerak balik Penang. Ingatkan nak singgah Tronoh jumpa mak mertua angkat aku, tapi encik Jack nak balik terus. Sempat la aku goreng-goreng keropok lekor Kak Nik bagi kat rumah pengantin tadi... Tetiba Pakcik aku kat Sungai Petani calling-calling ajak makan lamb kat sana.... Terus kitorang zaasss ke sana... Lamb punya pasal kan.
Semua adhoc. Lamb party katanya. Hahahaha... Kesian makcik aku kena marinate secara adhoc. Sorry ye kitorang terjah walaupun tau uols baru sampai dari Teluk Intan jugak ;p
The kids are having their blast of time. Toys banyak kat sini. Sorga lah. Ajak makan pun takmo.

1 comment:

jie @ azie said...

Teh, try tukar sylo.. pakai shawl pulok lepas ni, confirm bertukar..tgk2 en jack pun tok kenal, hihihi