Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, May 5, 2015

#1200 Me Vs Backpacker Wanabe

Aku pinjam backpack Boss IBM untuk ke Korea. Tak bermaruah sungguh backpacking trip aku ni kan. Seme benda pun pinjam dari Boss IBM.. Ada hati kan nak makan angin tapi barang seme pinjam haha. Disebabkan aku mungkin tak jumpa Boss IBM sampai tarikh aku nak ke Korea, makanya Boss IBM pass beg ni melalui Iron Chef yang juga menghadiri kenduri kawin sepupu aku di Teluk Intan tu.
Awalnya aku cuma pesan nak pinjam backpack dengan travel cooker ni je. Tapi bila backpack ni sampai ke tangan aku, terkejut baboon aku tengok isi dalam beg.....
Tinggal paspot je, then I'm good to go. Semua dah cukup lengkap kan. Macam ni la kalu nak jadi backpacker sejati. Dalam beg galas tu all ready. Anytime keadaan emergency, boleh terus grab and go. Gitu. Tiada dalam gambar: kamera separuh compact separuh dslr... Pun pinjam! Pitam kan. Kamera aku ada. Tapi kamera tahun 2008 mana boleh celen dengan kamera canggih Nik Ema ni. Tengok gambar trip China baru ni pun makan hati tak hengat ok. Pinjam memang la save bajet. Tapi pinjam-pinjam ni takut satu je la... Hilang or rosak. Walaupun aku ni adik kesayangan Boss IBM sekalipun, aku tetap anggap barang-barang dia macam barang orang lain. Tetap rasa bersalah if anything bad happened to her belongings. Harap-harapnya semua ok lah. Takut jugak weh.
Ini hasil tangkapan minggu lepas sebelum Puan Menteri hadir mencemar duli. Beli sikit-sikit agar tak terkejut melihat bil macam nak gi trip China aritu. Bila himpun-himpun barang yang nak bawak pegi ni, takut pulak nengoknya. Hahaha... Plannya nak bawak beg tarik saiz M aje. Saiz L takut menyeksakan diri nak naik turun tukar line subway kat saner. Kalu saiz S kecik sangat. Buh rice cooker, travel cooker dah sendat belum masuk kain baju lagi.

Sembang dengan The Running Ahjumma's member (nama trip aku The Running Ahjumma okeh. Kbai).. Depa cakap countdown tinggal 3 minggu je lagi.

Say WHAT??!!!!!!!! 

No comments: