Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, May 10, 2015

#1201 Me Vs Lagi 21 Hari Nak Terbang

Testing campak barang dalam luggage. Nama je trip bekpekes.. Tapi pakai beg akademi fantasia jugek... (beg tarik aka troli bag la).. Hoi takot aku nengok suitcase aku ni. Ikutkan nak bawak luggage saiz M aje lah. Tak kosa nak tarik beg L tu naik turun tukar line subway. Semua ahlil rombongan Kim K aku pun sepakat dah nak bawak beg M aje... But see lah gambar kat atas neh... Ini baru sebahagian makanan je... Jajan belum beli. Kain baju besar kecik belum masuk... Haisyhh..... Owh and rice cooker belum masuk lagi... How?!

Macam giler kentang kan... Aku tunjuk gambar ni kat geng bekpekes, terkejut lah member... Apasal banyak sangat katanya... Aku tunjuk makanan yang bawak ke trip China aritu pun diorang terperanjat jugak... Mana taknya, air kotak pun siap bawak dari sini. Beras, ulam, budu... Diorang memang bawak makanan yang paling mustahak aje. Sadin, roti, Brahims gitu je. Nasik mostly diorang beli kat convenient store sana je. Boleh makan panas-panas. Tapi aku tetap tak caya bila diorang kata nasik beras Korea sedap. No, thank you. Ahlil rombongan rela bawak beras Jati 2 kg... Takut tekak tak dapat nak telan beras Korea. Dah terkena kat China aritu kan. Beras wangi memang tak menyangkut kalu nak makan dengan lauk bersantan. Boleh makan, tapi tak lalu lah. 4,5 suap dah terjelir.

Hari ni Encik Jack ajar install and save semua dokumen, gambar, booking confirmations, pasal trip ni dalam Dropbox. Owh senang sungguh manusia zaman skang ni kan. Tadi dah book tiket KTX dari Busan ke Seoul. Dapat la tiket murah untuk tiket perjalanan jam 12.40pm. KRW47,800. Mak aiii.... Tiket flight Jeju Air pun baru KRW 34,000 kitorang beli untuk ke/dari Jeju... Bullet train lagi mahal dari flight? Itupun kitorang book tiket ekonomi seat. Kalu first class, lagi mahal beb. Ada bilik karaoke, free wifi, ada movie dengan sound system gilo babas real, etc. Kelas ekonomi cukup lah. Sebenarnya tiket berdiri lagi murah tapi tak kosa lah kan 2 jam setengah dari Busan ke Seoul tu nak kena berdiri. Kalu nasib baik ada seat kosong boleh ar duduk. Tapi memandangkan kitorang akan naik hari Ahad kat sana... K takpelah, kita beli tiket seat lah.. Jangan cari nahas.  

Fuuuh... setel satu hal. 2,3 hari lepas setel supir Jeju. Ada 3,4 supir aku emel. Ramai yang reply. Ada yang tak respon. Ada yang reply dalam tulisan Hanggul. Ko mampu baca? Yang reply in English pun pening kepala nak paham apa dia cakap. Tapi ok lah since dah confirm day tour tu. 

Tadi keluar pegi lunch kat Sunway, Adam nak makan Burger King. Sesambil tu kitorang pegi survey money changer kat situ. Mahal mak aiii... Hari ni dapat rate 3.5.... Kakak ipar tukar kelmarin kat KL dapat 3.39.... RM2000 dia dapat KRW590,000. Memang trip jutawan lah ni. Hehek... Jutawan lah sangat. Ni nak pegi Korea bawak 990,000 won ni... Tapi kat sana makan nasi dengan sadin je. Jutawan lah sangat kaaaaaannnn....

Duit tak tukar lagi la tadi... Nak survey tempat lain dulu... Kalu ada lagi murah, better ambik tempat lain. This is the ugly part sebelum dapat makan angin! Boring aku part ni. Kalu jutawan betul, alah takat beza 2,3 ratus tu pejam mata je lah... Tapi bagi yang tak berapa jutawan ni, 2,3 ratus tu boleh guna untuk try berapa hari punya course untuk street food kat sana... Bagi yang minat food challenge la. Kalu minat shopping... 2,3 ratus tu pun dah boleh beli banyak benda... Ini baru trip jutawan kan... Pegi time Ringgit tengah jatuh gaung. Pastu kita la yang meraung bila tengok resit kat money changer kan. Sampai kat sana, kos pengangkutan awam sana pulak umum naik harga. Pppuuuuiiiiii.... Langkah kiri... Bestnya kan kalu boleh ngendeng join trip kak Ros 1 Malaysia tu.. Tapi kak Ros minat shopping till you drop dead.. Ai tak minat shopping... I minat nature sightseeing je... Takpe la kak Ros, I tumpang jet you je... Nanti sampai sana kita ikut itinerary masing-masing la... Time nak balik you roger je la... I come to you then kita balik la together-gether in style... Hehek..

Letih weh nak gi trip ni rupanya... Letih study. Letih comparing. Letih prepping up. Letih mengira. Letih google. Letih bertanya. Letih menanti. Letih dengan anak-anak yang nakkan perhatian time kita sibuk mencari maklumat tu. Backpacking ni memang banyak keje. Semua kena buat sendiri. Pepandai kau lah bila sampai sana. Sebab tu kena dapatkan maklumat secukupnya. Hehe..  Gaya cakap aku ni macam good good je kan... Padahal ni baru projek sulung... Pegi pun belum... Hahahaha... Perkara yang aku paling takut kat sana, takut sampai-sampai je kat sana-blur! Padahal sebelum pegi tu dah study berkoyan-koyan. Rupanya aku study pasal benda tak mustahak... Abih la, encik Jack mesti marah aku... Hoii... Banyak kemungkinan yang tak diingini yang aku terbayangkan sekarang ni. Harapnya all go well la. Kena doa banyak-banyak biar Allah jauhkan dari sebarang bala bencana dari trip kitorang ni amiiin. Ye lah, bukan dapat pegi hari-hari. Pegi sekali ni pun dah syukur sangat-sangat dah. Sebab tu kalu boleh tak nak ada sebarang cacat celanya... Biar semua perfect di mata kitorang....

Selagi tak pegi ni selagi tu la kepala serabut (versi serabut yang seronok).. Macam nak ambik final exam la (tapi exam aku tak seronok)... Once dah lepas, memang lega la... 








No comments: