Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, May 11, 2015

#1202 Me Vs Floristan

Lepas jemur kain pagi ni terus bukak pagarjenguk anak bulus aku. Haaaa anak bulus orang lain ada kaki empat. Anak bulus aku lain, ada bunga! Berapa bulan dah tunggu dia berbunga.. Macam lama je nak tunggu dia kembang. Sunflower yellow aku dulu tu 3 bulan dah boleh ambik benih dah. Yang ni, a bit longer to wait.
Sunflower floristan ni bunganya merah. Besar kan Kuasa Tuhan. Ada kaler merah, kaler pink pun ada. Kaler kuning lemon pun ada.Kuning bulu-bulu macam teddy bear pun ada. Kat fb SEEDS GALORE memang ada banyak jenis sunflower yang aku nak. Tapi leceh la... Satu peket RM2 cuma ada 5 biji benih aje. Memang pokok ni mudah hidup dan berbunga. Cuma musuh tanaman yang banyak. Tanam 3 bijik, semua tumbuh tapi tak semua sempat membesar dan berbunga dah dikerjakan serangga dan ulat.
Kelmarin lagi dah tengok dari jauh bunga ni dah kembang tapi takde masa nak gi jenguk. Ni baru sempat gi tengok. Pokok ni aku tanam dalam planter kat luar pagar. Sebab luar pagar full sunshine. Kalu tanam dalam pagar tak cukup cahaya nanti tak berbunga la dia. Nama pun bunga matahari, opkos la dia fanatik dengan cahaya matahari. Bila uplod gambar floristan ni kat group tanam bunga kat fb, ada orang puji teknik aku ambik gambar. Kembang bonbon ai yu no. Aku bukan reti pun teknik-teknik ni. Kebetulan je kot. Cara aku always and forever the same-bila klik skrin henpon, biar dia calibrate sampai keluar petak hijau menandakan gambar dah sharp, baru aku snap. Kalu gambar blur, delete, then ambik lagi sampai la dapat gambar sharp. Yang lain-lain function kamera aku tatau. Sorang lagi puji meter air aku. First time dengar meter air cantik. Literally.
Brownies dalam green screen?
Baru ni buat brownies. Haih... Saje sebab dah tak tahu nak mengudap apa petang-petang... Kesihatan perlu dijaga menjelang Jun ni.. Nak posa lagi some more. Brownies ni nothing special lah. Aku ambik dari Azie Kitchen, macam biasa. Boleh la diterima tekak. Resipi aku tak halfkan sebab memang small portion. Cukup la untuk makan seminggu. Bake ramai-ramai, makan sorang-sorang macam biasa.
Minggu lepas dah makan mac n cheese kat Sungai Petani and Kenny Rogers masa birthday Adam. Tapi minggu ni mintak lagi mac n cheese. Puas hati buat, memang dia makan pagi petang sampai malam. Nasib baik buat banyak. Simpan dalam fridge then reheat dalam microwave. Zaraa ni jenis makan sikit-skit tapi banyak kali kalu kena angin kuskusmokmok dia...
Kelmarin kena dera kat Zaraa suruh lukis burung. Kantoi tak reti lukis kan. 

No comments: