Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, May 23, 2015

#1204 Me Vs 8 Hari lagi!

Kenapa lah seminggu sebelum travelling itu sesuatu yang menakutkan rasanya? Seksa pun ye. Berdebar pun ye. Neves pun ye. Rasa dah takde hati nak fikirkan pasal benda lain (masak, gosok baju, lipat kain, grocery shopping, tanya kabar orang lain, etc) Dalam kepala duk fokus pasal trip ni je la... Bukan pasal excited sangat, tapi sebab paranoid takut-takut ada info tak cukup, dokumen tak lengkap, stok kain baju and makanan tak cukup, online booking tak terima... Benda-benda macam tu la. Haih... Part ni memang tak seronok. 

Sejak minggu lepas lagi aku duk campak-campak segala yang terlintas difikiran nak bawak ke sana. Maklum la, last minute nanti nak pack kain baju anak-anak lagi... Kain baju aku sendiri untuk pakai kat kampung pun belum pack lagi. Kebetulan balik ni sehari sebelum fly ada wedding nak kena attend kat Pasir Puteh. Kena la bawak balik baju kurung. Eleh, payah-payah aku pakai je jeans. Tuan rumah rock and roll, dia tak kisah kot. Raya pun dia datang raya umah aku pakai seluar dengan blouse je... Kehkeh..  Makcik Kembar aku memang sempoi.

Ikutkan hati, sebelum fly tu memang tak nak pegi mana-mana dah. Nak dok diam-diam je... Lagipun hari Sabtu, cuti sekolah pulak tu.... Memang Kelantan kusayang jem molek la. Stress mak time cuti-cuti balik Kelantan ni. Tapi apa nak buat, kenduri anak beranak takkan tak tunjuk muka kan. Tambah lagi 1 beg nak kena pack... Adoyaiii...

Tadi try timbang beg yang aku nak bawak pegi Korea ni. 1 beg je baru pre-pack... Ingatkan berat lah kan.. Sekali timbang baru 10kg... Okay, boleh tambah stok makanan lagi! Yay!!! 
Ok kita tinggalkan kejap pasal trip. Tadi masa teman Adam main basikal kat taman perumahan aku ni, lalu kat satu kawasan tanah terbiar. Selama ni pun selalu la lalu situ bawak anak-anak jalan-jalan petang-petang. Selalu la jugak aku terbuai tengok pokok bunga zinnia tumbuh subur terbiak sendiri sebab dah banyak sangat... Macam mini hutan zinnia dah... Lawa la sekali tengok... Bila berangin, melambai-lambai kelompok pokok tu. Pokoknya padat-padat, bunga macam-macam kaler... Very nice view. Kebetulan uncle Cina yang selalu lepak situ ada. Aku assume dia la yang tanam semua pokok buah, sayur dan bunga-bunga kat situ... Dengan tak malunya aku memberanikan diri mintak benih zinnia tu. Seronok uncle tu, terus capai suratkhabar Cina dia dan kutip bunga-bunga kering yang boleh buat benih. Penuh sebungkus macam nasi bungkus dah rupanya.. Hihi... Suka! Aku nak kutip sendiri, dia insist nak kutipkan... So, aku tengok je la... Dia campur semua sekali. Tak tahu yang mana 1 dah. Kena try and error ler jawabnya... Takpe, free punya pasal kan. Hihi..

Semua aktiviti gardening anak benih kena put on hold sehingga aku balik dari Korea. Kesian to the seedlings nanti sapa nak tolong siram. Sekarang ni asyik hujan je. Kalu keadaan berterusan alhamdulillah. Sunflower pun kalu ikutkan hati aku tak sabar-sabar nak tanam. Tapi  kena sabar la.. Yang sedia ada ni pun aku bimbang takleh survive lepas 8 hari mak ayamnya tak siram.

Hoi....8 hari lagi.... Adam tiap-tiap hari duk mintak nak ikut gi Korea... Hai la anak... Tunggu la Daddy mu kaya bak Christian Grey, pasti kita bisa berliburan sampai ke Afrika Selatan sekali pun. Kesian anak aku... Dia tak puas lagi cuti-cuti China hari tu. Ye lah, hari tu trip orang kaya. Sampai-sampai boleh duk suite... Kali ni duk kat guesthouse je.. Kesian sungguh kat dia. Tak tahu la cemana hari dia nak farewell aku kat epot KB tu.

Semoga semuanya berjalan lancar, amin.

No comments: