Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, May 27, 2015

#1205 Me Vs These 5 Nervous Days Letf

Ahad ni dah nak terbang... Segala keje-keje mengedit itinerary dah pun aku hentikan sejak kelmarin. Kalu nak ikutkan, memang tak habis pun keje mengedit tu. Ada je nak tambah or delete. Apa pun, kita hanya merancang... Tiptop macam mana pun itinerary, kalu Allah tak izinkan, tak perfect jugak. So, aku rasa cukup dah tu apa yang aku ada. Kalu ada benda-benda yang tak terfikir sekarang ni pun, kat sana nanti nak sewa wifi diorang.. So, boleh je google in Sya Allah...

Segala itinerary, documents yang nak kena print aku dah save siap-siap kat dropbox. Nanti Encik Jack access kat lab dia and print dari sana je. Canggih kan zaman skang ni. Pen drive pun dah tak perlu. 

So, 5 hari terakhir ni aku nak fokuskan pada packing benda-benda nak bawak, benda-benda kain baju pempes stok susu anak-anak yang nak tinggal kat kampung, dengan kain baju untuk pakai untuk attend wedding balik ni. This is absolutely a long journey for me. Encik Jack dah pernah tinggalkan aku jauh masa dia gi Haji dulu... So, dia dah ada pengalaman. But me, nak berpisah negara dengan anak-anak.... Oh my... Jangan aku yang homesick kat bebudak tu sudah la...  Cannot imagine la 8 hari tanpa anak-anak di sisi... Takleh nak gomol-gomol Zaraa... Selalunya pagi-pagi bila dia bangun, memang ada sesi gomol-gomol dulu... Huhuuu...

2 minggu dah duk main campak-campak barang dalam lugage tapi belum ke tahap serius lagi packing nya. Makin dekat nak gi ni makin malas nak packing... Hoho.. Diskusi kat messenger pun dah makin sepi makin dekat nak gi ni. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Neves weh! Macam masa nak gi China aritu la. Haritu neves sebab bawak budak-budak sekali. Nak kena pikir segala maknika barang-barang diorang dari jajan, pempes, susu, wet wipes, stroller bagai.. This time pelik pulak bila rasa isi dah banyak dah barang dalam luggage.. Bila timbang baru 10kg.. Hehek... 

Kelmarin nasib baik aku perasan kesilapan aku isi tempahan tiket KTX online... Sepatutnya KTX dua jam setengah dari Busan ke Seoul. Tapi disebabkan terlalu teruja tengok dalam list tu ada tiket murah, makanya aku terus klik tiket murah tu. Booking 3 minggu lepas. Minggu ni baru perasan. So, sempat lagi la untuk cancel dan tak dikenakan sebarang bayaran penalti. Alhamdulillah...  Lepas tu baru tahu nape murah tiket tu. Sebab ambik masa 4 jam. Yang mahal dua jam setengah je. Padahal masa nak isi borang booking tu dah ada dia paparkan durasi perjalanan setiap train. Biasa la, terlajak excited sampai tak nampak yang aku pilih tu take longer time to reach Seoul. Rugi masa la. Dah la kitorang pun ala-ala touch and go je setiap tempat. Kalu diikutkan tiket KTX ni berganda lagi mahal dari tiket penerbangan ke Jeju! High speed train ni lagi mahal dari kapalterbang. Ko rasa? Apa pun, dah nak try... Pejam mata aje lah... Bullet train Shenzhen-Guangzhou dah rasa... This time nak rasa bullet train Busan-Seoul pulak... Next time mana tahu bulet train Jepun, Eropah etc... Ewah...

So, yang tersilap tu dah pun aku kensel. Lepas tu booking je tiket lain. Fuuuh lega... Tu yang aku leceh bab-bab booking-booking ni. Tapi kalu tak pre-book, takut tiket duduk habis pulak. KTX ada standing tiket. Kalu desperate boleh la ambik. Tapi dua jam setengah tu agak-agak la kalu nak berzikir bersila atas lantai KTX time peak season.. Hoho... 

Zaraa sekarang ni sejak tengok Art Attack macam-macam idea la dia.. Tiap hari ada je keje dia buat sepah. Tapi takleh marah ar sebab sel-sel otak dia tengah berhubung gitu. Gunting, seletep, gam, kaler, tulis... Tu la keje dia hari-hari. Sabar je lah. Kata nak suruh anak develope fine motor skill kan. 
Selagi stok kertas terpakai ni ada, memang ada je la idea dia.. Terharu jugak kadang-kadang bila tengok creation dia. Kekadang aku tak terfikir pun apa yang dia fikirkan. 
Ini lukisan dia tadi. Dia cakap atas tu matahari... (color pencils dah makin pupus, tinggal few sticks aje...kena beli lagi lepas balik Korea ni) Biru tu air laut,,,, Yang dia seletep tu ikan juyung bak kata Cik Kak kita. Great. Mermaid, kat mana dia tengok ek..

No comments: