Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, May 30, 2015

#1206 Me Vs Beginning The Long Journey

Hari ni bertolak balik KB! Waaaaahhhh... neves giler takut tertinggal apa-apa yang mustahak. Walaupun dah 2 minggu aku lambak segala maknenek benda yang nak bawak balik and nak bawak pegi Korea, hati tetap gundah gulana. List pun ada. Tapi dah dekat nak gi ni tak pandang-pandang pun list. Main ikut gerak hati je. Harap takde la yang tertinggal sebab aku dah cek from time to time tiap kali lalu tu. Memang luggage nak bawak gi Korea ni asyik ternganga je la, senang sket aku nak ingat apa yang tak cukup lagi tu.
Cemano nak pack ni???!!!!
Kali ni travel without kids rasanya lebih komplikated dari pegi dengan diorang. Sebabnya, nak kena asingkan barang diorang dengan barang kitorang. Diorang luggage lain, kitorang luggage lain. Kain baju kitorang yang nak pakai sehari kat kampung lagi. Haih... Kan bagus kalu boleh fly direct je dari Penang ni. Tak payah dah nak pikir baju yang nak pakai kat KB, baju yang nak pakai hari boarding, baju yang nak pakai jalan-jalan kat Korea, baju yang nak pakai untuk tido kat Korea.... Belum campur bab stok makanan jajan yang nak bawak lagi.
Itu ini begitu begini gedebak-gedebuk, timbang luggage tak overweight... Hihi.. And we're good to go. Bertolak dari Penang kul 9 pagi.... Sepanjang jalan tak henti-henti baca apa saje doa yang aku tahu. Seriyes takut weh. Bukan selalu dapat peluang nak pegi Korea. Kalu apa-apa jadi, memang tak tau la bila pulak boleh jejak kaki ke sana... 
Berkarya atas roti pun jadi mek ni.
Alhamdulillah... Elok je azan Zohor, kitorang tiba kat umah Makcik Kembar aku kat Pasir Puteh. Pit stop sini dulu sebab anak pompuan makcik Kembar aku kawin dan kitorang dijemput menghadirinya. Puan Menteri pun ada sini membantu. Wah kelas dunia wedding anak dia. Memang padan la... Lecturer sama-sama PhD bertemu jodoh takkan nak buat sempoi je kan... Suka aku tengok hiasan pelamin yang memang vass ni...
Kitorang tak stay lama pun sebab takde tempat nak melepak. Orang pun tengah ramai. Kanopi tak cukup kerusi nak duduk. Kitorang pun nak cepat balik sebab nak rest, esok hari yang panjang untuk kitorang nanti... Better rest secukupnya. Lepas salam kokot dengan makcik kembar, terus balik umah Puan Menteri. 
Sampai umah Puan Menteri, Puan Menteri dah beli siap-siap segala gunting, gam, buku tepek-tepek kat Zaraa. Suka la mek ni.. Terus beraksi sampai ke malam. Tadi dia tido lama dalam keta, malam memang sedap la dia projek sorang-sorang. Malam ni aku join anak-anak tido luar. Saje je.. Esok kan dah nak tinggal diorang.. Nak feeling-feeling sepuasnya... Nanti 8 hari baru jumpa pulak....
Anak dara minat art.
 Gonna miss this budak gedaf-gedaf!
Anak laki minat youtube :(
Oh esok dah nak berangkat!!!!!!

No comments: