Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, May 31, 2015

#1207 Me Vs The Grand D-Day

Hari ni pagi lagi dah bangkit. Dupdapdupdap dah.. Puan Menteri macam-macam nak kasi suruh bawak gi Korea. Murtabak raja la... Daging goreng kunyit 2kg la... Aku bawak murtabak raja je. Makan murtabak raja kat Korea, can you believe that? Memang trip royal-royal sungguh ni. Kakak-kakak ipar sure suka ni. Hehe.

Breakfast pagi ni aku makan nasik lemak Kelantan. Lain tau dengan nasik lemak Penang. Pagi ni tapau siap-siap nasik Kak Wok untuk lunch kat Indah Ria nanti. Tak kosa dah nak pikir pasal masak-masak lunch ni. Nak rileks je kat sana sementara tunggu SIL1 balik dari family day dia... Perghh... Nak pegi Korea pun sempat lagi berfamily day ke titisan darah terakhir tu. Jangan terlewat balik sudah.... Aku tumpang dia gi KLIA nanti...
Flight Firefly aku kul 10.05am dari airport Pengkalan Chepa. Kitorang gi awal sket, nak kasi bebudak ni main kat playground KFC biar ralit sikit. Kot-kot la diorang berdrama tak nak berpisah time nak boarding nanti. Tapi diorang ok je. Lambai babai dari jauh sneyum-senyum camtu je. Aku pulak yang tersendu sorang-sorang nak berpisah lama dengan anak-anak. Salam-salam terus sambung panjat slide... Aku dengan Encik Jack terus proceed ke boarding gate.
Pelik pulak duduk menunggu tanpa bebudak ni. Tenang je rasa. Encik Jack macam biasa la dengan handphonenya. Aku duk melangut tengok orang je la, nak save bateri kan. Malas nak caj-caj ni takut terlupa kang tertinggal pulak handphone or charger or both. Nasib baik flight on time.

First time ni naik Firefly... Dapat seat betul-betul dekat kipas dia... Bising nyer hai... Nasib baik sejam je. Akak stewardess jamu jus pink guava dengan kek pisang.. Jadi lah tu. Aku minum je... Kek simpan masuk bekpek. Laters, baby. Neves, neves ni tekak mana lalu nak telan.

Lalu area Kuala Krai (aku rasa-rasa la) nampak area bukit-bukit yang gondol. Luas betul. Patut la banjir teruk Disember aritu. Dari udara memang nampak obvious kegondolan tu. Berbukit-bukit. No wonder la air boleh naik sampai tenggelam rumah.

Kul 11 safely landed in Airport Subang. Dari situ kitorang ambik teksi je ke Indah Ria. RM30. Sampai-sampai terus  buat macam umah sendiri. Haha. Tuan rumah tak balik lagi. Bukak bekal nasik berlauk Kak Wok tadi dan terus lunch sendiri-sendiri. Time camni aku gunakan sebaik mungkin untuk minum air banyak-banyak dan masuk toilet bercebok puas-puas. Nanti seminggu tak jumpa cebok kan. Kemain mengencing di tanah air.

Kul 2 lebih Iron Chef satu family datang bagi sambal ikan bilis yang aku pesan. Kemain nak sambal ikan bilis chef tersohor untuk makan kat Korea kan. Kalu tak lalu kat sana at least ada la air tangan yang membuatkan aku rasa Malaysia dekat dengan aku... Cheh.

Kul 3 gitu SIL1 balik. Terus bersiap untuk ke KLIA. Sampai KLIA kul 5 petang... SIL2 belum sampai lagi. Sementara tunggu cukup korum, kitorang duduk dulu. Tetiba ternampak mamat ni, rasa macam familiar je... Hahahaha... Itulah dia saudara Uzair Othman... Sepatutnya kitorang nak ikut pakej ke Korea dengan dia la. Tapi last-last pegi sendiri sebab nak jimat kan. Tengok si Uzair ni pegi beratur cek in kat Vietnam Airlines, teruja la kitorang ingatkan satu flight boleh la ikut dia solat Subuh together-gether dalam flight malam karang.. Unfortunately, dia naik flight lain, awal sejam dari kitorang. Huhu... Pepandai la nak cari masa nak agak Subuh dah masuk ke belum karang... Hihi..

Bila SIL2 dah sampai, terus beratur cek in. Lepas drop luggage (nasib baik semua orang tak exceed limit walaupun semua rasa macam takleh nak zip dah luggage ;p) Kitorang ke McD, dinner. Pre-dinner la kot. Sebab kalu nak tunggu diorang serve atas flight, kebulur la dulu. Makan la ringan-ringan sebelum naik flight buat alas perut. Ni la first time masuk McD lepas orang sibuk-sibuk boikot dulu. Ikutkan tak nak McD, tapi takde choice kena makan situ jugak.

Masuk McD, SILs sibuk cari plug nak caj handphone.... Kahkahkah... Belum sampai Korea lagi tapi habit dah terKorea dah... Masing-masing tak berenggang dengan phone. Aku je yang bukak phone nak tengok jam. Sebab tak pakai jam tangan kan. Makan-makan-makan terus cari toilet ngan surau. SIL2 belum solat Asar.

Setel solat, terus masuk ruang menunggu. Ramainye la hai rakyat Vietnam nak balik negara.. Ni yang kaya-kaya la kot. Sembang dengan akak Laotian ni, dia kawin dengan orang Vietnam. She speaks good English. Citer dia gi trip Malaysia-Singapore... Kemain shopping... Tapi dia cakap dia lagi suka Malaysia sebab duit Singapore mahal. Barang pun mahal sana. Datin Seri Vietnam kot dia ni. Nampak jenis senang la.
Cukup time, semua naik flight VA... Omak, berdebarnye rasa nak fly jauh ni. Teringat kat anak-anak lagi. Penyakit stres-sebu perut aku datang lagi. Aku dah siap plastik dalam bekpek aku.. Incase tak cukup sickness bag dalam flight tu. Haha... Talking from experience la.. Aritu masa naik flight trip gi China tu seriyes rasa loya nak muntah sebab gastrik. This time aku bersiap sedia dari awal.
Masa book tiket online ni, SIL2 dah request siap-siap nak Moslem Meal. Boleh la makan tanpa was-was.. Food taste great, tapi perut aku ni mula la buat hal... Tak sakit tapi sebu. Akibatnya, walau lapar nak mampos pun aku takleh makan banyak. Masuk sikit nak termuntah dah. So, aku makan slow-slow la. Lupa nak citer, dalam flight VA ni, muslim meal akan dihidangkan terlebih dahulu sebelum the rest non muslim dapat makan. How cool is that?! Time kitorang dapat makanan ni, passenger sebelah yang non muslim tengok je la... Pergh.... Feeling VIP gitu.
First flight ni kitorang pilih ikan. Dia bagi pilihan ayam atau ikan. Yang ayam tu macam nasik-nasik la. Malas makan nasik aku ambik ikan je. Dish ikan ni western sket.. Aku makan ikan dengan potatoes tu je. Kek/puding tu langsung tak jamah sebab benda gandum-gandum ni dah rasa takleh nak telan. Bun tu aku bungkus, masuk bekpek nanti kalu lapar masa transit nanti boleh makan... Sayang pulak tak dapat habiskan semua ni. Kalu lah perut ok, memang aku tibai sampai licin.. Hai lah perut.. Apa pun alhamdulillahkan aje, aku tak muntah pun kira dah cukup baik.

Sudah makan, baru nak terlelap akak stewardess datang offer coffee/tea pulak... Baru nak terlelap datang kutip tray pulak... Gitu la kekdahnya. Banyak sangat halangan nak buat taik mata dengan aman tak dapek la walau the kids are not here..

Flight ke Ho Chi Minh 2 jam lebih je... Landed in Ho Chi Minh Airport kul 9 lebih. Entah waktu Malaysia ke waktu Vietnam. Aku dah terkompius dah. Sebab Vietnam lewat sejam dari Malaysia. Korea pulak awal sejam dari Malaysia. Sampai-sampai je kat epot sana, terus tuju ke arah TRANSFER dan cari gate yang sepatutnya. Sampai-sampai, takde orang pun kat gate kitorang tu. Biar betul?! Dalam hati wah bestlah kalu tak ramai camni dalam flight lepas ni boleh la tido berlunjur conquer seat kosong....

Misi pertama aku, cari tiang. Sebab selalunya tiang adalah port terbaek untuk solat. Kat epot ni takde surau. So, solatlah di mana-mana aje yang dirasakan suci dan sesuai. Dapat port ni memang terbaek lah. Tersorok sikit. Boleh la solat tanpa menjadi bahan jelingan paku orang-orang yang tak biasa dengan pemandangan solat ni. Hihi... Alhamdulillah, berjaya mendirikan solat di tempat orang... Sebelum ni selalu duk ulang-ulang Rabbiyassir tu biar dipermudahkan untuk menegakkan syiar Islam.. Alhamdulillah, Allah makbulkan. Mudah je rasa walau kena ambik wuduk dalam cubicle jamban berspray aje pun.. Yes, aku bawak spray. Memang bersedia mental dan fizikal dari awal.

Masa aku nak buang air dari botol spray tu, macik cleaner datang cakap ayam itik dengan aku. Dari gaya bahasa badan tu paham la dia tak kasi guna air dalam jamban. Tunjuk-tunjuk kat lantai. No-no-no katanya... Takut lantai basah la tu. Dia cakap lembut, takde la sentap-sentap. Aku pun ok la takde la kecik ati dengan dia. Paham la kan dah keje dia... Tapi nak buat cemana... Lepas tu tiap kali nak gi jamban mata mesti liar cari kelibat macik cleaner... Botol air pun kena sorok bawah tudung. Haha... Yang peliknya tiap kali aku nak masuk jamban, ada je macik cleaner.  Terancang sungguh macik-macik ni.
Fuh, Maghrib Isyak dah setel kat sini. Atas tanah. Subuh nanti di awan biru pulak... Theehehe... Kelas kan aku hari ni. Subuh tadi kat KB. Zohor Asar kat KL. Maghrib Isyak kat Vietnam. Subuh somewhere di langit China agaknya....
Setel solat, baru senang hati nak beraktiviti bebas. SIL dua-dua kucar-kacir cari plug nak caj henpon sejak landed dari tadi lagi. Pegi mana-mana sure kucar-kacir cari plug. Lawak betul la. Tercongok la kitorang tunggu the next transit flight kul 11.45... Tapi manusia kat situ kitorang ngan several peoples aje....

Dekat dengan time nak boarding tu SIL1 duk sibuk cek tiket for confirmation. Sekali datang mamat Korea oppa ni, agaknya dia perasan SIL1 duk belek tiket. Terus dia tanya "Incheon?"  Dia cakap diorang tukar gate lain. Humang aih... Patut la tak ramai orang. Tadi ada la dengar announcement. Tapi dalam bahasa Vietnam dengan Korea je. Mana lah kitorang paham! Nape la tak announce kot English skali. Silap jugak tak duduk dekat tv yang paparkan jadual penerbangan epot ni... Haih... Oppa tu ajak gerak sekali. Maka mak-mak jemah pun berkejaran lah ke gate hujung dunia satu lagi. Jauh giler... Sampai-sampai, tengok beratur dah panjang. Kucar-kacir staf epot. Sebab diorang mergekan 2 flights jadi 1. Kelam kabut la nak organize balik.

Apa pun... Kitorang berjaya jugak naik flight. Nasib baik tak miss flight ni tadi. Thanks to oppa tak hensem tu yang bagitau kitorang.
Masuk flight, cari seat, alhamdulillah 4-4 dapat duk sekali. Flight besar. Tapi buruknya la hai. Bunyi enjin macam bas Bombay. Dalam hati aku dengan SIL2 duk cakap benda sama, sampai ke flight ni nak terbang... Hehe... Serius, luar dalam buruk...

Mengantuk giler dah... Tapi tunggu jugak akak stewardess serve makan. Flight tadi dah serve dinner. Flight ni pun serve dinner/supper jugak. Kul 2 pagi baru start menghidang. Alahai.... Penat ngan ngantuk giler... Lapar pun ye.
Macam tadi jugak, muslim meal dihidangkan dulu. Kali ni nasik putih dengan daging masak apa entah, macam kerutuk gitu... Berempah la. Haih... Perut lapar tapi lauk daging tu pedas lah pulak.. Aku makan nasik je la.. Nasik beras Vietnam ni berpulut gitu rasa dia. Lepas makan nasik tu, bergelora la perut aku... Makin kembung ada la... Macam makan pulut. Ya Allah.... Takleh nak citer 1001 rasa tak best yang aku rasa time tu. Banyak yang aku tak habis. Seems like the ladies semua problematic malam ni. Aku, gastrik. SIL1 pening kepala katanya terlebih makan. SIL2 pulak 2,3 hari dah diarrhea. Encik Jack aje aku tak dengar apa-apa discomfort issues. Good for him.

Lepas diorang pungut tray, aku terus capai selimut dengan bantal yang disediakan pihak flight. Sweater memang sedia pakai awal-awal. Tapi sejuk giler rasa. Agaknya sebab aku tak sihat, tak cukup makan kot... Fikir aku masa tu la...

Masa berganti masa, rasa sejuk makin menggigil. Ketar jugak la aku walau bersweater dengan selimut pun. Bukak mata pandang skrin depan seat aku, peh, suhu luar kapalterbang -56 Celcius. Patut lar! Eh, tapi SILs aku ok-ok je aku tengok.

First time rasa stress sebab sejuk terlampau. Atas bawah rasa nak terkeluar isi perut. Cepat-cepat bangun pegi toilet. Nasib baik time aku nak masuk toilet tu toilet takde orang... Else, I don't know what to expect... Jangan drama pelik-pelik depan toilet flight ni sudah. Malu weh.

Masuk toilet tak muntah pun. Seriyes rasa nak nanges sebab tak selesa tak sihat macam ni. Choiii sangat-sangat feeling nak berliburan dengan happynya.

Balik ke seat semula. Orang depan seat aku pakai minyak angin, tumpang bau minyak angin dia je la. Ada je dalam bekpek tapi malas menepukan udara dalam flight ni dengan aroma minyak angin kitorang.... Meanwhile, aku cuba bertahan je la. Nothing much to do. Samping tu baca la Laaila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.... Ulang-ulang banyak kali sampai tertido...

Sedar-sedar SIL2 kejut solat Subuh. Nak bangun pun rasa kaki tangan dah beku. Celik mata terus rasa loya tu datang balik.... Hoi la.... Peritnya nak pegi Korea kan. Betul la kata pepatah, nak masuk syurga kena tempah neraka dulu... Huhuuuu...

Ambik wuduk dalam toilet, terus solat je atas seat. Pakaian aku dah memang awal-awal dah fikirkan soal mesra solat. So, tak payah pakai telekung dah.

Sejam lebih lepas tu, safely landed in Incheon International Airport.... Alhamdulillah despite all these hiccups... Sampai jugak aku kat bumi idaman aku yang satu ni....

3 Flights in a day. 1 Domestic, 2 International. 5 more to board.

Penat!

No comments: