Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, February 28, 2015

#1186 Me Vs Hiccups, Hiccups...

Pain pain go away.... 
Come again another day... 
Pain pain go away...
Study tak habis lagi...

Pain pain go away
Come again another day
Pain pain go to Spain
Never show your face again.~~~~~~

Ahahaha... Pepandai je kan ubah lagu orang... Ni nursery rhymes baby orang putih. First dengar dalam blog Dr Halina. Second time dengar dalam The Blade Man (K-Drama)... And this time around, aku suka-suki gubah balik lagu ni mengikut keadaan semasa...

OMG... Hari ni dah 27 Februari. Macam tak lama dah lagi nak berangkat ke kampung nombor 2 aku... *berpeluh di situ... Info banyak lagi tak cover neh... Huuuuuaaaa... Maklum la semua ahlil rombongan dah berkeluarga dan masing-masing ada halangan dan cabaran yang tersendiri. Career vs family wise. Aku yang tak keje ni health vs family vs study... Alahai malu pulak kat kakak-kakak ipar saya. Diorang halangan nak study sebab keje. Sorang halangan sebab anak kecik. Aku pulak halangan sebab kesihatan. Macam-macam halangan kan. Takkan semua smooth je... Mana ada feel kan. 

Encik Jack rilek je dalam hal ni. Dia just berpeluh time bendahari rombongan mintak duit for transportations, accommodations etc. Hehe... Encik Jack kan busy dengan study dia sendiri. So, bab study trip Korea ni biar aku dengan kakak-kakak ipar aje yang perah otak. Itu lah.... Malu sungguh aku. Patutnya aku yang tak keje ni banyak la masa boleh mengadap internet cari info untuk semua orang. Tapi dengan aku-aku sekali takleh nak bagi komitmen macamlah aku ni keje. 

Betul weh. Sangat frust bab kesihatan ni. Mengadap pc lama sikit, perut dah growling. Itu takpe lagi. Yang pedih dan tak lalu makan ni yang aku malas nak citer ni. Aku sejujur-jujurnya sangat enjoy spend masa mencari info untuk trip ni. Tapi itulah, benda sedap ni Allah takkan bagi free-free. Bila dah ralit ni, nak terbabas timing makan adalah sangat tinggi kebarangkaliannya. Sebab tu tiap kali aku study, perut mudah sakit. Sebab aku fokus seluruh jiwa raga. Study=guna banyak tenaga=cepat lapar=tapi ralit=cemano? Tak tipu ni. Hai la perut. Cuba lah bertahan... 

Kelmarin after hibernating for some times, kembali la mencari info... Ralit sungguh aku menggoogle sana sini. Bila malam menjelang, sedar-sedar mata dah senak. Debek sungguh la mu ni Blog Diva. Itu je mampu terdetik di hati kecil aku. Hahahaha... Umur makin nak expired ni memang ketahanan tubuh makin menurun. Kata hati kecilku menyedapkan hati besarku. 

Trip kali ni berbeza 180 degree dari trip China aritu. Yang aritu nyer kitorang rilek je sebab segala itinerary details Boss IBM plan and mastermind. Kitorang just sedia duit dan ikut je. Kali ni semua sendiri. Pandai-pandai la cari info. 

Kalu ikut cara Boss IBM, kitab utama untuk traveler baca forum je. Tapi aku memang takleh la... Asyik tengok tulisan aje, low motivation. Lagipun setiap dialog tu bukan yang pasal kita nak tahu pun. Kekadang terpaksa skrol down sebabak pages by pages pasal orang merepek je. Kan dah buang masa. Tapi tidak dinafikan la. Forum travek tu sangat-sangat informatif. Cuma aku je tak minat nak baca benda panjang-panjang. Takleh nak select-select tajuk pulak tu. Nak tak nak kena go thru satu per satu. Walaupun aku ni tak keje, I don't have the luxury of time. Kang kejap budak ni nak susu la... nak kencing la.... nak makan itu ini la... nak sirap la... Belum kira onar diorang yang macam-macam ada tu lagi. Every alternate hour nak kena makan lagi. Surirumah lagi banyak halangan lah kalu difikirkan balik.

Cara aku, aku suka study travel blog orang. Kadang-kadang tak semestinya travel blog. Blog biasa yang jalan-jalan sekali sekala tu pun kadang-kadang banyak jugak membantu. Tapi blog ni lecehnya kalu kita nak tanya apa-apa la... Kekadang entry yang kita tengok tu yang 4,5 tahun sudah. Kebarangkalian tuan blog nak jawab pertanyaan kita adalah tipis. So, skang ni join group kat fb la. Senang nak tanya apa-apa boleh pm. Mostly diorang akan respon impromptu. Masing-masing tak lokek ilmu dan sudi share info serta pengalaman masing-masing.

Skang ni aku rasa rakyat Malaysia pegi Korea macam pegi Indon je.Bersepah-sepah kat semua attractions sites. Dah tak grand feelingnya macam awal-awal kemunculan gelombang hallyu dulu. Bila baca blog-blog Malaysians yang dah pegi Korea tu, mainly citer pasal benda sama. Nak-nak kalu pegi Nami Island. Aku yang belum pegi lagi pun ni rasa macam dah tawaf Nami 14 kali. Punya la kan berlambak entries pasal Nami. Dalam setiap entry pun ada citer terserempak dengan rombongan Kim-Kim K dari Malaysia... Cik Kiah dah upgrade ke Kim K youuuuuu... Hahahahaha... Baru feeling entourage gituuuu...

Okeh... Put aside dulu pasal trip Korea... Panas kan skang ni.. Anak-anak kebosanan kat umah. Asyik ajak keluar pegi playground je. Musim summer ni, kul 6.30pm baru teduh. Kul 7 dah nak kena balik. Kejap sangat kan. Memang diorang takkan puas la main. Kesian kan... 

Ada orang tu dapat basikal baru. Dah lama Encik Jack cakap nak belikan dia.. Asyik tertangguh-tangguh. Ni baru beli. Tu pun sebab basikal kecik tu bearing pedal tu rosak. Sesambil hantar repair tu la aku suruh dia beli terus yang besar.. So, dapat la yang ni. Sampai ke saat aku menaip ni, tuan empunya basikal baru ni belum pandai lagi nak naik. Aku cool je. Bapak dia la... Suka kasi ayat pemusnah semangat. Understood la kan.. Takkan beli hari ni, hari ni jugak terus pandai naik kayuh semua. Sebelum ni naik basikal kecik tu ada 2 tayar kecik support. Rilek la. Basikal besar ni nak kena pandai imbang badan baru boleh tunggang. Aku ingat aku dulu darjah 2 jugak.. Arwah bapak aku yang ajar naik beskal 2 tayar. Sampai la aku pandai. Which is, not in a day la. So, just let him take his time. Nanti pandai la tu.. Dulu dia ambik masa bertahun-tahun jugak nak reti kayuh satu pusingan. Sebelum tu duk kayuh sekerat-sekerat je.
Pokok lilies aku tanam kat balkoni atas dah kojol semuanya. Panas sangat, tanah padat, tak cukup air dan baja dan tak cukup kasih sayang. Rasanya la. Kot. Atas dasar sakit hati dan sakit mata tidak bertepi tiap kali aku selak curtain sliding atas tu, dengan penuh perasaan berotot tegap bak Abang Sado seMalaya Zul Yahya Zul Ariffin, aku angkut planter tu satu-satu bawak turun ke bawah. Hins hins hins weh... Stamina mana stamina? 
Macam biasa la peminat setia merangkap sparring partner aku 2 orang ni memang tak lepaskan peluang join sama. 20 tahun sekali belum tentu dapat peluang main tanah depan mak tanpa mak marah tau! Aku kerah tenaga diorang la suruh gemburkan tanah keras ni. Kemain suka diorang ni. I is jadi mandur je lah sambil minum jus oren siap ada payung kecik dalam gelas... 
Panas-panas ni Adam selalu berdarah hidung.. Dia ada request air barli. Kelmarin kebetulan pegi pasar aku beli la bijik barli balik rebus. Untuk dia memang buh barli air dengan gula je. Tapi aku punya wajib la versi Kim K... Tambah biji selasih dengan daun mint. Kan bagus minum time panas-panas ni... Nyesal pulak tak beli watermelon tadi. Tapi aku lebih perlukan pisang untuk membantu urusan di jamban lebih lancar... Hehe.. 

Oh teringat goreng pisang nangka dengan air kelapa muda kat Kelantan weh... Pegi pasar kelmarin takde pulak pisang nangka mahupun pisang lain yang sesuai untuk goreng. Pisang berangan je ada...

Dah start rindu Kelantan street food dah... Nak balik kampung Seoul cemana ni...

No comments: