Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, March 19, 2015

#1188 Me Vs The More I Study The Less I Know

Aiyyyyaaaaaarrrkkk!!!! Neves weh. Makin lama ni makin banyak aku study. Makin paham la jugak. Tapi dalam makin banyak, makin paham tu kekadang rasa makin banyak tak tahu jugak.. Tak tahu la sebab aku tamak ilmu atau gelojoh ke apa.. Dalam sebulan ni terasa sangat-sangat la bahang nak pegi Korea ni.. Alhamdulillah... Aku makin jelas nampak apa yang perlu aku tahu. Apa yang belum cukup info. Ekceli study giler-giler cemana pun tetap akan rasa tak cukup info. Selagi belum jejak kaki kat sana kan.

Sepanjang duk study pasal itinerary trip ni, all means of info dah aku study. Carta, gambar, peta, blogs, forum, youtube, street view, websites, join group Backpacker Buddies Malaysia, join group Malaysian Backpacker Club, whatsapp sana sini, fb chat tak kira masa, making new travel friends and so on. Bertuahnya pengembara backpacker zaman kita ni. Semua maklumat ada di hujung jari. Pandai tak pandai je cari. Sejak sebulan dua aktif berkecimpung dalam bidang pelancongan ni, rasa terharu pulak dengan diri sendiri... Join group BBM tu sampai dilantik jadi admin... Kah! Baru nak terharu bagai tetiba chief admin cakap dia lantik 30 admin yang terdiri dari ahli-ahli aktif antara yang terlama dalam group tu. Cheh! Hahaha... But still, terasa diriku begitu berharga! 

Banyak ilmu dapat bila join group-group camni... Tapi aku tak stay lama pun... Sebelum ni, henpon aku paling banyak whatsapp messages yang dapat pun tak pernah sampai 10 bila aku jarang-jarang sekali tengok phone. Bila join group ni, bila lama x tengok phone, sampai 300+ mesej. Ramai yang terpaksa left group sebab henpon selalu hang sebab mesej terlalu banyak masuk... Hahaha... Aku left kelmarin. Bukan apa, rasa info yang aku nak tau tu pun dah cukup... Pastu makin banyak ahli baru join. Diorang asyik sembang pasal tiket promo AA. Masing-masing asyik citer pasal next trip. Oihh panas telinga... Jeles weh... Daripada aku duk drooling dengar orang tu ni nak gi situ sini baik aku blah cecepat.. Hahahaha... Kang terpengaruh buruk padah. Mostly diorang ni single.. So senang la nak ke mana-mana. Macam aku ni, nan ado lah. Lagi satu, aku terasa sangat-sangat aku terhutang masa dengan anak-anak bila join group camni. Mana taknya, kita ni almost every now and then dok baca mesej... Kalu tak baca, kang beribu pulak mesej lagi la tak dan nak baca... Masa aku mula-mula join tu best... Sebab ahli tak ramai sangat. Fokus memang pasal trip Korea je... Bila makin ramai join, group ni makin hilang fokus dah... Group asalnya pasal korea trip je. Bila dah reramai ni, dah jadi world trip pulak. I dont mind sebenarnya. Sebab macam-macam ilmu diorang share. Tapi tu lah.... Masa aku sangat terhad. Memang takleh nak catch up la.. So, kena pilih antara life kat rumah ni dengan life maya. Ofkos la menang life rumah kan. Nanti anak-anak dah besar boleh la nak join apa pun.. In sya Allah...

Ahlil rombongan The Running Ahjumma aku makin hari makin kucar kacir menggali info. Terharu pulak. Ni first project aku dengan kakak-kakak ipar. Hopefully everything will go smoothly. Trip ni kekadang bukan tempat yang kita nak gi tu yang menjadikan kita seronok nanti. Tapi dengan sape yang kita gi tu yang membuatkan percutian kita jadi menarik. Everytime nak travel jauh or dekat, kena doa banyak-banyak so that semuanya dipermudahkan.  Bukan pasal sakit demam je... Aku ada baca kat blog somebody, dia gi Korea dengan geng dia. Masa plan trip tu masing-masing punya la happy kan. Semua ok je. Tapi takdir Allah nak uji diorang kat sana, macam-macam jadi; sesat la; salah jalan la etc sampaikan geng dah jadi tak sebulu. Masing-masing bermasam muka kat sana. Haaaaa.... Takut sangat jadi macam tu. Kawan-kawan takpe la... Bukan ko jumpa pun time raya or family event... Aku ni gi dengan kakak ipar... Sangat-sangat tak nak jadi macam tu. Please, please Allah....make it ease on us... And let this trip be the most sweetest, memorable trip for me and our trip members.. Amiiinnn...

Setakat dok buat itinerary sampai ke hari ni, entah berapa kali dah edit budget dengan iti tu. Tak tahu la sebab aku ni newbie lagi dan takde pengalaman or memang semua traveler macam ni lah kisahnya sebelum berjaya sampai ke tarikh penerbangan... Hahahaha... Tapi seriously, it's very tiring and time consuming... Tak susah sangat. Tapi tak jugak semudah sekali pikir. Sebelum ni aku sokmo terkagum bila dengar ada orang buat solo trip to somewhere... Dalam hati macam whoooaaaaaaaa!!!! Terer ar dia pegi sorang-sorang kan. Tapi bila dah reti cari info ni, benda solo trip ni bukan benda rare dah bagi aku. Betul. Pokok pangkalnya, sebelum pegi tu kena tahu every basic things pasal tempat yang nak pegi tu. Cukup info yang diperlukan, then off you go. 

2 bulan je lagi kurang lebih aku nak gi Korea. Encik Jack memang tak masuk campur bab cari info. Dia sibuk dengan study dia. Lagi la aku takot.. Mana lah tahu sebelum fly ni rasa macam konfiden dah cukup dah info-info penting yang diperlukan. Tapi bila sampai sana, info yang aku cari tu tak guna sangat pun... Infact, banyak terpinga-pinga kat sana.. Haih boleh imagine la bising banker aku nih.. Kalau boleh, nak bila sampai sana tu biar encik Jack rasa bangga kejap sebab everything went smooth prior to the complete info details yang dah kitorang cari beforehand. Sebelum ni laki aku mana ada bangga apa-apa sebab aku kan... Hahaha... Nak jugak acknowledgement macam gitu... Encik Jack for sure nak rasa berbaloi dengan duit yang dia leburkan kat kitorang sepanjang kat sana...  Tajaan 100% dari encik Jack kan... So better well planned la. Kang kalu boss tak puas hati kat sana, aku jugak yang rasa tak best. Oh no no no....nauzubillah... Kena buat elok-elok.. Kalu boss puas hati mungkin ada trip susulan ke mana tahu?! Kaaaaaaaannnnn???? *wink *wink *wink

Citer bab mencari gali info ni memang best la... Best la sebab buat benda yang kita suka. Yang tak bestnya, gastrik aku ni la. Aku ni pulak, once dah khusyuk mencari situ sini kekadang tak sedar masa berlalu melepasi tempoh aku kena makan. Selalunya, 2,3 hari aku sibuk mencari, lepas tu memang kena slow down or rest terus.. Trust me, memang letih otak. Stressful, tapi in a way that you like. Biasanya kalu start dari pagi tu, selagi tak jumpa info aku akan terus mencari sampai malam... Malam bila stop, memang letak kepala atas bantal terus dozz off... Part tak best, kalu hari paling penat mencari tu, malam anak asyik terjaga... Memang siang hari weng! Aku jenis bukan selalu tido siang... Kekadang mata ngantuk tapi bila pejam tak lena-lena pun. Pastu mula la asyik gelap mata sepanjang hari. Haih... Cepatlah trip... Selagi tak sampai sana ni macam-macam restless rasa.

Bajet transpot dengan iti dah siap. So far. Haha.. Entah berapa kali ubah pulak pasni tak tahu la. Rasa macam tak caya pulak bila tengok total kos. Hahaha... Rasa macam hoiii banyak nyer... Dah 8hari 7malam tu orang lain pegi 2 tempat je... Kitorang bantai 3 tempat... Mana tak sejutanam kos... Hahaha... Naik bullet train (KTX) pulak tu. Orang lain nak bajet, naik mugunghwa je... Takpe la dok... Sekali-sekala rasa bullet train Korea pulak. Lagipun kitorang bukan strictly backpacking sangat pun. We're more to backpacking in style hohohohohoho!

Fuuuuuuu... Rasa ringan sangat bebanan lepas tempat-tempat crucial macam Nami Island, Banpo Bridge and Gamcheon dah cover. Sebelum ni rasa macam terkapai-kapai tak paham cane nak pegi ke tempat-tempat ni. Bila dah study macam-macam blog bergambar plus tanya orang situ sini ni alhamdulillah dah makin clear.. Eh jangan dibuatnya aku kekonon je paham sudah la. Yang tu aku paling takut tu. Kot-kot la kan... Kita ye-ye duk ingat cam A... Tetiba sana eh rupanya B... Mau kena ceramah kat encik Jack free-free kat sana.

Skang ni iti transport dah sort out.. Tinggal bajet makan-makan kat sana je.. To tell you the truth, aku cuak nak try makanan diorang.. Ofkos sebelum-belum ni duk tengok citer Korea sokmo wondering how the food taste like. Kali ni cuak pulak nak try. Kang bayar mahal-mahal tapi tekak takleh telan cemana? Dengar citer makanan sana pedas-pedas... Jangan gastrik sudah la... Itu takut jugak tu. And, aku tengah pikir nanti gi Nami aku nak bawak bekal apa... Tak lalu aku tengok nasi goncang dia... 

Bab makan-makan memang kena extra cautious la sebab dalam ahli rombongan kim K ni aku sorang je yang kena makan berjadual. Orang lain perut kebal takpe. Nak kena pikir apa jajan yang mesra perut dan mengenyangkan kalu buleh. 

31 Mei tu lambat lagi... Tapi banyak lagi benda tak complete pasal trip ni. Memang kalu travel sendiri tanpa guide ni semua kita nak kena study/cari sendiri. Pandai-pandai la. Salut kat solo traveler yang pegi aci redah je tu... Sampai sesat-sesat... 

Haih... nak rehat... Penat mental aku study ni... Tapi suka. 

Kan tak pasal-pasal dah built love and hate relationship dengan korea ;p

No comments: