Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, March 27, 2015

#1190 Me Vs Jangan Tak Jadi Weh

Hi... Pening kepala aku dengan budak zaman gadjet ni.. Tengok si abang berkepit dengan henpon main game, dia pun nak jugak. So aku install la educational game kat dia... Mula-mula ok la. Tenang maknya boleh study dan mengarut di internet wakakaka... Tapi takkan dia nak bagi aku tenang tiap hari kan mana mencabarnya. Lepas boring main game sama je, aku install game lain pulak. Game ni satu hal jugak. Banyak yang menipu. Bila kita klik, nak kena beli pulak. Tadi awal-awal tayang FREE pekejadahnya. 
Tolong kapur kasut abang.
Tensi cik kak kita tu. Tekan-tekan tak keluar apa. Nak keluar cemana kalu tak bayar kan. Hohoho... Pastu mula la buat perangai protes harass semua orang nak suruh pay attention kat dia. Satu keje (cheyy keje siot) pun takleh buat dengan dia duk clingy nak suruh kita betulkan game tu. Bila betulkan, kasi dia, tersalah tekan sebarang tu, hilang tah mana-mana page tu bising lagi. Haih... Menyesal pulak kasi dia main henpon aku. Tapi tu lah, tak kasi kesian pulak dia tengok Adam konker henpon sorang-sorang. Member pun nak jugak kekdahnya.
Hari ni aku perasan cik kak kita ni dah up satu step. Dia dah pandai install game kat playstore. Tak sure how. Tapi most likely Adam la ajar dia kot sebab Adam dah tertengok Daddy bukak playstore. Huh. Tak reti nak cover-cover depan anak lah pulak. Bila lalu tepi cik kak kita ni time dia tengah main game, tetiba tergaru kepala di situ. Bila masa pulak aku install game gedik-gedik mekap, nail polish segala ni.. Sah-sah dia yang install sendiri. Hoh, Maknya dah start panik. Tahu-tahu la budak... Once dia start tahu tu lepas ni full gear la weh. Personally, aku sangat-sangat tak comfortable kalu anak aku addict dengan gadjet seawal umur diorang ni. Main jarang-jarang sekali tu maybe okay, tapi kalu jadi dependant kat benda ni, aku tak suka. Know what, sejak 4-4 orang dalam rumah ni ada gadjet sendiri ni, we don't talk much to each other. Masing-masing mengadap gadjet. Dunia masing-masing. Is that 'healthy' to you? Not for me.
Demi rasa terancam, lepas tu sokmo beringat la. Tiap kali anak mintak henpon, aku off wifi. Lelama nanti dia boring la sebab asyik main game sama je. Takpun, bagi time battery tinggal sikit. Main tak sempat lama, bateri abis. Aku suka!
Aku paham la perasaan anak-anak yang nakkan perhatian dan macam-macam nak citer ni. Tapi so sorry la anak-anak... Tahun ni kan aku ada trip The Running Man Ahjumma. Banyak nak kena study. So, like it or not, memang banyak masa terpaksa dihabiskan depan skrin. Tak kira henpon or laptop. I have things to study agar tak sesat jalan di sana nanti. Itu pun dah cuba sehabis mungkin untuk spend masa jugak dengan diorang. Ganti balik masa yang memang takkan terganti sebenarnya. Petang-petang bawak diorang pegi playground... Ajak diorang baking. Coloring session.. Drawing time together... Sebenarnya semua ni untuk diri sendiri jugak. Boleh gila weh study macam nak ambik phd ni. Normally aku study straight 2,3 hari... Pastu kena stop kejap. Reset minda gitu. Itupun cheat jugak sebab petang-petang bawak bebudak ni keluar. Release dulu sekejap. Lepas dinner kekadang sambung study balik. Study giler-giler I tell you. Kalu mak tengok saya study camni masa SPM dulu konfem nanges terharu mak. Malangnya SPM saya main-main. Hahaha... 
Sebab nak gi kan lambat lagi... So boleh la study-release-stop-sambung balik gitu. Lagipun mana mungkin study terus-menerus dalam sehari tu. Akan ada distraction la cik kak mintak nak air sirap la... suruh buat play doh kat dia la... uli donat kat dia la... kencing kareb la... mintak nak main game kat laptop ni la... macam-macam. Kesian jugak kat dia aku tak main sangat dengan dia sepanjang aktif sambung PHD ni hahaha...
Nasi kerabu in the house
In sya Allah lepas balik Korea I'll make it up to you and Adam... Hati ibu ini sangat terkesan sebenarnya. Antara excited nak gi trip dengan tersayat hati bila tengok diorang main sendiri-sendiri, bawak diri sendiri kat umah tiap kali aku study dan takde masa nak attend diorang. Sorry ye nak... Nanti mak bayar balik masa yang mak leburkan untuk cari info trip ni. Mak kesal sangat tapi nak buat cemana. Kalu mak tak study, mak sesat ke barat nanti. Wakakakakakaaaaaa... Tu lah kan. Nak bertrip sangat konon. Habis terabai anak-anak. Tobat rasa tak nak dah gi trip mana-mana. Eh.... Macam tak je kan... Hehehe... Nak gi... Tapi tak nak dah take part dalam urusan study itinerary ni. Let the others do. Sebab rasa macam dah terlepas banyak momen-momen perkembangan dia... Perasan tapi takleh nak feeling-feeling sangat sebab fikiran berkecamuk dengan hal-hal trip ni.
Saya suka trip. Saya suka study pasal trip. At the same time saya juga tak nak kecewakan anak-anak saya. Hidup ni macam-macam pilihan kita kena buat. Kadang-kadang kita hilang/kalah keduanya. T_T  Kepada anak-anak saya andainya kamu membaca blog mak ni di masa hadapan kalu masih wujud, mak mintak maaf banyak-banyak ye sebab terhutang masa. Please forgive me.
Drama belon helium dibawa ke tiduran.
Citer pasal trip ni kan, tadi budak BBM dalam fb share pasal airport Saigon nak tutup untuk repair landasan. So, beribu-ribu penerbangan akan dibatalkan. Kecut perut Blog Diva tau! Janganlah kensel flight weh. Kitorang dah booking guesthouse dengan flight ke Jeju. Sape nak tanggung kerugian kami ni weh... But then ahlil rombongan Kim K versi Running Ahjumma ni emel Vietnam Airlines sendiri tanya. And diorang reply cakap flight kitorang tak terkesan dan diteruskan seperti dalam tempahan. Alhamdulillah! Haaaaa... seronok sangat kan nak bertrip... Sampai kekadang lupa nak doa. Betapa kerdilnya kita ni. Anytime je kalu Tuhan nak duga, anything can happen...
Raincoat nak gi korea dah beli!
Haih.... Semoga semuanya berjalan lancar amin...

No comments: