Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, May 19, 2015

#1203 Me Vs Health Issues

Weekend baru ni result blood test encik Jack baru keluar. Confirm ada kencing manis dengan kolesterol tinggi... Terkedu aku. This is nothing new to me, tapi rasa sedikit terkilan la dalam usia sebegini dia dah kena. FIL aku dulu masa kena tu dia dah pencen... Dalam 50an.. Bila kena 2nd stroke tu anak-anak dah besar... Dah kawin. BIL yang bongsu pun tengah buat degree (ke diploma? ekekeke) masa tu. Jadi, pemergian dia takde la membebankan MIL aku dari segi kewangan.

Bila mengenangkan nasib aku yang belum tentu cane lagi ni.... Mengeluh juga. Muda-muda dah kencing manis, dah darah tinggi, dah kolesterol tinggi. Belum 35 pun lagi. Kalu pemakanan masih lagi nak ikut selera zaman sihat segar bugar, entah lah... Health result dia, tapi aku yang depressed 2,3 hari... Tolong sedih kot. 2,3 hari lepas dapat result tu tengok dia makan roti je. Lepas 2,3 hari tu balik ke habit asal makan nasi. Malam pun makan nasi. Kesian jugak kat encik Jack... Dah terbiasa melemakkan diri, bila jadi macam ni nak kena pantang serba-serbi sepanjang hayat. Dah terbiasa makan sedap dari kecik kan..

Skang ni nak masak pun leceh jugak la nak kena fikir apa yang sesuai dengan diet dia. Frankly speaking, sejak 8 tahun kawin ni aku dah terdidik masak lemak-lemak untuk dia... Dengan aku-aku sekali dah jadi tak biasa nak makan lauk sup-sup, air-air ni. Tak kenyang kalu makan. Haih, sebelum kawin itu la diet harian aku. Sebelum kawin tak biasa masak lemak-lemak semua fail... Lepas kawin ni 180 degree table turned.. Now dah jadi macam ni kena revert la balik.

Antara sebab aku terkilan dia kena kencing manis sekarang ni sebab minat dia terhadap soft drinks ni.. I've been nagging for ages, tapi dia beli jugak. Lagi risau sebab anak-anak pun nampaknya dah terikut addicted sama. Aku bebel pun dia apa kisah... Duit di tangan dia. Air gas suka sangat, exercise takde satu pun. Setakat berpeluh cuci ekon setahun berapa kali je berpeluhnya. Haih... Bab kesihatan ni kena ada self awareness... Kalu berbuih mulut orang membebel pun tak guna. Dan sekarang benda dah jadi, there's no turning back. 

Lepas dia bagitau result darah dia... Terpilu di situ aku. Terbayang kalu bad things happened masa anak-anak kecik lagi ni... How am I gonna continue our journey? Aku ada impian untuk meniti hari tua, naik motor sama-sama pegi masjid or kuliah agama dengan dia.... Dah kalu dia pergi awal sangat macam mana? 

Ohoiii sedap je bash orang kan... Aku sendiri tak buat-buat pun blood test..  Hahahahaaaa.. Entah-entah aku yang tak minat mana manis ni paras gula dalam darah lagi maveles dari dia... Tak mustahil kan? Takot, takot... Satu lagi aku risau paras kolesterol aku. Kurus-kurus pun bukan takleh kolesterol tinggi.. Silent killer nih. Takot, takot jugak tapi tak check-check jugak darah hahahahaaaa.. Tak nak arrr... Nurse kat Penang tak reti ambik darah aku. Ingat-ingat lagi nurse yang ambik darah aku masa minum air gula masa peknen tu... Lebam lengan dekat sebulan...  
Baru ni aku ajar Zaraa buat art. Art lah sangat. Saje la... Ajar dia tampal-tampal konfeti.. Aku masa sekolah kecik-kecik dulu buat ni la masa Pendidikan Seni. Budak zaman sekarang ni maybe dah tak layan benda-benda camni. Lagi advance kot. So, sesambil mengembalikan kenangan lama, aku pun find time la untuk bonding-bonding dengan dia buat ni.
Sebelum ni aku beli gam, bagi dia main sorang-sorang habis licin 2 botol on the spot. So, kali ni kena guide la biar dia tahu gam tu gunanya untuk apa. Tapi payah jugak nak ajar budak yang ada kreativiti dia sendiri. Kita ajar camni, dia tak nak ikut. Dia ada plan dia tersendiri.
Awal-awalnya memang ikut lah... Makin lama dia makin boring, main gam je. Asyik tenyeh gam je. Konfeti tak tampal. Sampai tebal basah lencun kertas tu disapunya gam. Lepas tu memang sapu gam je memanjang. Berbuih mulut suruh dia tampal konfeti sebelum gam kering. Kejap, kejap, kejap dia cakap. Huh. Tapi tak tampal jugak pun. Sudahnya... Gam habis. Tapi konfeti tak luak. Eleh, panggil konfeti siot. Padahal kertas aku gunting dari TIMES yang makin bertimbun takde sape baca.. Hehehe.. Jimat kan.. Tapi tu lah... Nak kaler kuning, belek punya belek satu majalah takde kaler kuning.. Penjimatan yang kadang-kala menyakitkan hati. Thehe..
Lepas siap menampal... Aku suruh dia tampal kat fridge, ceh ala-ala mat saleh di situ tak boleh blah kan. But what she did was, simpan kertas tu dalam fridge terus. Bila aku tanya nape, dia kata nak keringkan kertas tu. T_T 
Nah... Ni hasil akhir aktiviti art kami berdua... Hahahahaha... Ini konon-konon bunga matahari yang aku tanam luar pagar tu la... Susah nak cari kaler kuning dalam majalah ni... Desperately, pages yang ada font tapi background kuning pun ambik je la..  Dalam banyak-banyak, area batang tu memang dia buat sendiri.. Petal dengan daun ada jugak aku tolong, nak ajar cane nak tampal kasi padat. Ini versi suci murni... Sebab lepas semua kering, dia touch up lagi kat kertas ni.. Ahahahaa.... Sampai tak nampak rupa... Cik Kak kita naik syeh.
Malamnya, dia nak round 2. Dia suruh aku lukis bunga lagi... Tapi aku duk buat apa entah, lambat la sikit pegi dekat dia.. Bila aku pegi, tengok dia dah siap lukis sendiri. Tak menyempat! But it's good to see her drawing hihi. She speaks so highly of her drawing, don't play-play. Hahahahahaaaaa... Ye lah nak. Bila siap lukis, nak tampal petal kaler kuning, konfeti kuning dah kehabisan... So, aku suruh dia tampal kaler merah pulak. Tu yang ada konfeti merah secoet kat petal tu. Lepas 2,3 keping konfeti dia tampal, macam tadi jugak la. Minat mula berpaling arah... Terus hilang nak menampal jadi nak menyapu gam aje. Tamatlah riwayat sebotol gam botol panjang.. T_T... Ada sebotol lagi... Tapi biar aku sorok dulu sampai keadaan kembali tenang hahahahha...
Bunga lukisan Zaraa.
Recently, aku selalu lapar... Seriusly, lapar. Tapi bila pegi shopping grocery tak tahu nak beli apa. Terkapai-kapai balik umah tak tahu nak mengudap apa. Roti dah boring.. Dalam gerobok ada agar-agar tali yang belum buat. Buat agar-agar lah. Satu kaler merah, satu kaler biru bunga telang (bunga nasik kerabu)... Budak-budak ni kerek... Kalu jeli tu diorang makan la.. Ni jeli tradisional diorang cebik je.. 

Nak makan apa ni.... Lapar laaaa....

No comments: