Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, June 1, 2015

#1209 Me Vs Namsangol Hanok Village

Keluar aje dari bilik misteri, terus semangat nak jalan-jalan. Perut tetap la tak ok lagi, tapi yang penting semangat dah uplifted. Alhamdulillah.. Ikut itinerary asal, hari ni nak gi Namsangol Hanok Village, Namsan Tower dengan Banpo Bridge. We'll see berjaya ke tidak program hari ni.. Hehe...
Nasib baik tak bawak baby!
Nenek tua ni sorang je tak hadap skrin.
Diorang ni memang dah bertukar jadi rakyat Korea sejati dah. Masing-masing melekat dengan henpon. 24 jam! Memang guna to the fullest la, baru berbaloi sewa wifi ni kan. Kalu outdoor, memang kitorang rely on this portable wifi la. Bila masuk bangunan, off portable, switch to wifi yang bangunan tu offer. Jimat sket bateri portable wifi kitorang.
Okay, nak pegi Namsangol Hanok Village mudah je. Dari guesthouse kitorang, start dari stesen Hongik University, kitorang naik line 2 (hijau) dan transfer ke line 3 (oren) di Stesen Euljiro 3(sam)ga. Naik satu stesen je, pastu turun kat Stesen Chungmuro Exit 4. Kalu tengok screenshot apps Subway yang aku guna, yang dot biru tu stesen-stesen yang aku lalu. Dot oren tu stesen tempat transfer line. Senang kan.
Nampak tempat keluar exit 4 tu? Belah kanan gambar.
Sebelum sampai Korea, ni antara yang aku study macam nak ambik SPM tu. Study street view kehkeh. Memang berbaloi aku study. Sebab bila sampai kat tempat sebenar ni, aku dah tau dah nak masuk lorong mana, nak tuju ke mana. Jimat masa dari terkebek-kebek duk bukak peta nak lalu belah mana.
Eh, yang sakit ni pulak tukang tunjuk jalan. Thehehehe... Tak kisah, janji semua enjoy! Trip tamak haloba semua tempat nak touch and go ni ofkos la kena save sebanyak masa yang boleh. Kalau boleh jangan ada ruang untuk terpinga-pinga cari jalan dengan silap jalan langsung. Ewah. Macam terer je.
Akhirnya, sampai jugak di Namsangol Hanok Village... Hahaha... Senang giler nak jumpa. Kalu orang kata sesat tu memang tak tahu nak kata la. Aku yang sebelum ni tak minat nak bergambar tetiba bila sampai sini semua tempat pun nak camwhore. Belum kira photobomb gambar mak-mak Jemah yang lain. Hihi... Naik syeh weh...
Photobombing each other.
Suhu kat luar ni tak sejuk mana dah. Berpeluh gak la. Tapi taklah sepanas di Malaysia. Nyaman-nyaman gitu. Bila sampai sini, terus hilang gundah-gulana tak sedap badan tadi. Terus gagah perkasa bak badang pusing-pusing ambik gambar dalam ni.
Dapat tengok bunga lagi la segar aku. Hahaha... Bunga 4 musim dah banyak yang gugur. Sekarang ni kan peralihan musim bunga ke musim panas dah. Dapat jugak tengok bunga peoni ni secara live walaupun dah nak gugur. Jadi lah tu. Cuba hidu, bau macam ros kering. Sebab kelopak dia dah nak kering kot. Takpe la, ni je rezeki aku.
Bunga kat Korea ni mengingatkan aku pada trip China aritu. Bunga semua kaler terang-terang. Shocking gitu. Seterang cahaya mentari kat sini. Terang giler tapi tak panas terik macam kat Malaysia. Suka!
Takkan jamban kot?
Ambik gambar lebih kurang je sebab bangunan dia lebih kurang je rupa. Balik-balik gitu jugak. Aku tak pergi pun area Time Capsule tu. Dulu sebelum datang Korea duk berangan nak tengok la cemana rupa kapsul yang takde sape pun tahu apa isi kat dalam tu. Diorang tanam kapsul tu pada tahun 1994 sempena Ulangtahun ke-600 tahun Seoul.. Nanti diorang akan gali/bukak balik masa tahun 2394, which is 400 years later. Menarik tak.
Tengok diorang dah start boring, so moh ler kita ke next attraction; Namsan Tower. 

No comments: