Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, June 1, 2015

#1211 Me Vs Myeongdong

Puas bergambar sana-sini, kitorang diskas nak ke mana pulak lepas ni sementara nak tunggu senja untuk ke Banpo Bridge. Hehe.. Either Namdaemun, Dongdaemun, or Myeongdong. Semua shopping street lah. Macam Petaling Street kat Malaysia. Namdaemun tak sempat dah sebab tutup petang. So, pilihan tinggal Dongdaemun atau Myeongdong. 
Dari sini (Namsan Tower) lebih senang ke Myeongdong sebab ada bus direct ke sana. Dongdaemun nak kena naik bas pegi subway dulu. So, pegi Myeongdong je la. Kitorang tunggu bas kat tempat turun bas tadi. Kali ni ambik bas nombor 5. Jangan ambik bas nombor 2 macam tadi pulak. Kang sampai Namsangol sekali lagi tak pasal-pasal repeat tour. 

Sambil tunggu bas, datang budak lelaki sekolah rendah agaknya, (Korean la) dia tanya aku datang dari mana. Kitorang jawab la Malaysia. Dia cakap you are pretty. Pastu terus lari. Kahkahkah... Tu je kot dia terer kata. Apa pun, kebolehan dia bercakap omputeh wajar dipuji!

-----x-----

Sebenarnya aku tak study pun pasal shopping street ni. Ingatkan SILs ada study. Awal-awal lagi aku dah bagitau aku malas study pasal shopping, aku serah kat diorang je. So, bila last minute tukar plan cam ni, haruslah kena restructure balik route. Hasil ingat-ingat lupa yang aku study sebelum datang Korea ni, tiba-tiba teringat boleh naik bas nombor 5 kat sini. Tak payah susah-susah nak cari subway bagai. Haha... That's the beauty of studying!

Maka, kitorang pun naik la bas nombor 5 dengan no idea sekali nak turun kat mana nanti. Hahaha... Main naik menonong aje. But don't worry, ada announcement. Ternanti-nanti dia umum Myeongdong. Hahahaha.. Bila dengar dia kata Myeongdong tu, kitorang pun turun lah beramai-ramai. Pastu blank lagi nak tuju ke mana. Hahahaha.. 

Kitorang rilek-rilek dulu, cari port nak duduk-duduk sambil makan bekal murtabak raja yang SILs perangat sebelum keluar guesthouse tadi. Aku makan je apa yang boleh tekak aku telan. Tak banyak, sikit pun jadi lah. Tak nak bagi perut kosong. Surprisingly, aku ok je walaupun tak dapat makan macam biasa. Alhamdulillah.. Allah izinkan.
Sambil makan-makan tu, kitorang google je la maps Myeongdong. Senang kan ada egg wifi ni (portable wifi). Mana-mana boleh access internet. Tapi kebanyakan mall-mall/coffee shops/apa jua jenis kedai kecik besar semua ada free wifi. Dalam bas, subway, teksi pun ada. Boleh je tumpang wifi diorang. Giler senang kat sini. Banyak free service. Malaysia ada? Air minum dengan masuk toilet pun kena bayar. Kat sini, semua free. Toilet bersih pulak tu.
Bila rujuk maps, kitorang dah kat Myeongdong dah pun. So, kitorang just ikut je la orang ramai-ramai tuju ke mana. And here we are, in the heart of Myeongdong. Sampai jugak kitorang.
Kat sini yang jual dalam bangunan (butik) pun ada, yang meniaga atas jalan macam pasar malam pun ada. Suka tengok macam-macam jenis makanan di jual. Tak beli pun sebab memang nampak macam makanan berdaging.
Kat sini rasanya Malaysian ramai shopping kosmetik dengan masker-masker tu. Memang bersepah kedai kecantikan yang menawarkan pelbagai diskaun. Orang Korea kan obses untuk cantik. Tapi memang betul pun, sejak sampai kat Korea ni kan, aku rasa aku la muka paling tak siap sekali dalam satu metropolitan ni. Fesyen pun paling out hahahaha.. Diorang memang ikut trend fesyen. Body pun tak jumpa lagi yang gemuk-gemuk or plus size. Sihat-sihat orang Korea ni asyik keje naik turun tangga pastu jalan jauh hari-hari kan. Yang duk dalam bandar ni berapa kerat je ada keta. Mostly totally rely on their public transport yang memang maveles efficiency nya. Baru tak sampai sehari kat negara orang aku duk puji melambung-lambung dah.
Dalam banyak-banyak benda yang dijual kat sini, kitorang berani beli strawberi aje. Kat belah dalam -dalam street tu nampak tadi KRW8,000. Kat belah luar ni KRW6,000 je. Haruslah dirembat. Gemuk-gemuk buahnya. Nanti boleh la piknik strawberi kat Banpo karang..
Giant meatball.
Masa lalu-lalu tu jumpa hawker halal kebab. Masa kitorang lalu tu agaknya dia baru nak set up kedai. Daging kebab pun tak masak lagi. So, kitorang pusing-pusing dulu dengan harapan on the way balik boleh singgah beli kebab untuk makan kat Banpo karang. Unfortunately, lepas pusing-pusing jalan yang banyak cabang tu, kitorang lost tak jumpa dah kedai kebab tadi.. Huhu... Melepas halal kebab Myeongdong. Ada eskrim sekali pulak tu. Kat negara orang ni terliur benar tengok orang makan eskrim. Nak beli takut harommm..
Lepas puas hati mencari tak jumpa-jumpa kebab tu, kitorang turun underground cari subway Meyongdong je lah untuk ke Banpo... Kat sini banyak betul underground shopping market. Sesambil nak naik subway boleh la beli-belah kalu ada yang berkenan di hati. Macam-macam kedai ada. Kedai baju, convenient stores, souvenirs, kasut, comforter etc. Kitorang tak beli pun. Cuci mata je.
Lupa nak citer. Tadi masa nak turun ke underground shopping market tu ada budak pompuan pakai uniform seksi edarkan wet tissue ni kasi kitorang. Keje dengan tourism diorang kot. Comel la Korea ni, tisu pun bagi free. Sebab MERS sekarang ke ek? Tak tahu la dia just edar untuk pelancong aje ke untuk semua pengunjung... Banyak betul dana diorang. Malaysia? Dapat BR1M je la kot..

Kat Korea ni tak banyak jejantas untuk melintas. Lintasan zebra dia pun jauh-jauh antara satu dengan yang lain. Sebab diorang banyak jalan/terowong/market bawah tanah. Kalu nak cross jalan 5,6 lane tu, pakai cross ikut bawah tanah aje. Laluan bawah tanah ni pun bersimpang-siur nak kena peka dengan signboard. 

Satu benda baru aku belajar hari ni, orang Korea tak melintas ikut suka. Diorang HANYA melintas kat lintasan zebra aje. Bila sampai Korea ni, kitorang nak buat perangai Malaysia pun jadi malu. Otomatik terikut perangai orang dia. Kehkeh. Termasuklah part takleh berenggang dengan henpon tu. Hihi...

Next, ke Banpo Bridge ke kita.

No comments: