Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, June 1, 2015

#1212 Me Vs Banpo Bridge Rainbow Fountain

Ada apa dengan Banpo Bridge? Banpo Bridge ni merupakan world's longest bridge fountain. Fountain ni diprogramkan untuk memainkan different shows during day and night. During the day, the fountain shows a hundred different configurations meant to evoke waving willow branches and willow leaves. When the sun goes down, 200 lights illuminate the fountain as it sends up dancing, rainbow colored jets of water in the air in synchronization with music. Ganas tak aku kopipes. Hahaa.. 

Selaku penonton tegar K-Drama, dah beratus drama yang aku tengok shooting kat Han River (Hangang). Boleh kata tiap drama sure ada babak kat situ. Babak putus cinta, babak exercise jogging sebelum gi keje, babak bunuh diri, babak konspirasi nak hire bunuh orang, babak merenung masa depan etc... Haaaa... Tapi itu di Hangang.

Di Seoul ni, Han River aje ada dekat 30 jambatan yang merentasi. Memang panjang la sungai ni. Ada yang untuk laluan kenderaan aje, ada yang juga untuk pedestrian. Ada yang laluan untuk keretapi, subway aje. (Masa naik AREX dari epot ada lalu jambatan menyeberangi sungai ni).

So, Banpo Bridge adalah salah satu jambatan kat sungai ni. Aku nak sangat datang Banpo ni sebab ada Rainbow Fountain Show. (Sila rujuk jadual pertunjukan.)  Hangang tu lagi glemer dalam drama, tapi sekadar tengok pemandangan dengan jambatan tu je. Kat Banpo ni, ada fountain show. Sebab tu aku nak gi sini.

Masa study trip itinerary ni, aku memang study giler-giler cara nak ke Banpo ni. Sebab ada banyak route nak ke sini. Ada yang turun kat Stesen Dongjak, ada yang ajar turun kat Express Bus Terminal. So, aku kaji each one of that. Kalu Dongjak, kena jalan 1.5km, return dah jadi 3km. Ko sanggup? Hahaha... Tapi diorang cakap walau kena jalan jauh pun berbaloi sebab pemandangan memang cantik giler. No komen sebab bukan pengalaman aku sendiri.

Kalu dari Express Bus Terminal (nama stesen subway, bukan kena naik bas pun) cuma kena jalan 700m. Pergi balik 1.4km... Hehe. Kata nak ikut perangai Korea kan. Rilek la... baru 1.4km.. 
Berpandukan apps kat atas ni, kitorang start dari stesen Myeongdong(tadi kan kitorang di Myeongdong), transfer ni Chungmuro then turun kat Express Bus Terminal. Cari Exit 8 dan keluar melalui 8-1. Tengok peta kat bawah ni (yang garis merah halus tu). Memang senang je.
For those yang berminat nak gi sini, nah aku kopipes direction nak ke Banpo Bridge. Ko baca, pastu study street view sikit. And you're good to go. Aku sebelum mai ni study tu la (subway apps, exit subway map, google maps, gambar-gambar dari blog orang). Mulanya pening jugak specially sampai part terowong bawah tanah tu. Tapi lepas study ulang-ulang kali, baca situ sini, rujuk itu ini, smesek je rupanya. 
Ini hasil yang aku gather situ sini... Kesimpulannya, bila keluar je dari Exit 8-1 tu, ko cari jalan yang ada fly over. Jalan lah ke arah fly over tu. Sebelum sampai fly over tu, akan lalu bangunan dalam gambar bawah ni.

Bila sampai fly over tu, ikut kanan dan jalan straight sampai jumpa traffic light.
 Ada label Jamsugyo Walking Track ni. (gambar bawah). Hah cross la kat sini.
Lepas cross, akan nampak underground walking track ni. (Jamsugyo Walking Track). Jalanlah turun ikut track ni. Tak sampai 2 minit kot jalan bawah ni.
Dah sampai exit. Ni bawah jambatan Banpo lah ni. Pastu ikut suka kau lah nak ikut belah kiri ke belah kanan. Pancuran air akan keluar ikut both side. Kitorang ikut kanan. No particular reason. Ikut kaki melangkah je. Tengok belah kanan macam banyak tempat lapang dan kerusi. Picnic spots pun ada.
Kitorang sampai sini kul 7 lebih kot, awal lagi. Kitorang aim nak tengok show kul 8 tu. Kul 9 pun ada tapi malas lambat sangat, body dah letih, mata dah ngantuk nak cover semalam 3 flights punya citer. Kalu boleh lepas tengok show nak balik tido terus.

Sementara tunggu show kul 8 tu, kitorang bukak makan bekal nasik dengan lauk tin dengan sambal ikan bilis kenduri makcik kembar yang aku datangkan khas dari Pasir Puteh tu. Diorang makan tu la. Aku makan bubur dengan susu beli kat 7 Eleven tadi je. Try strawberi yang beli kat Myeongdong tadi. Tak manis pun? Sebelum ni selalu duk baca dalam blogs diorang citer wajib beli stroberi kat sini sebab manis tak macam kat Malaysia. Hmmm... Kitorang kena tipu ke or memang diorang yang takde taste? Ke stroberi luar musim?
Makin lama makin ramai orang (locals) yang berkumpul kat sini. Diorang pun tunggu nak tengok show ni jugak kot. Taman sini memang luas. Kereta tak dibenarkan masuk. The only vehicle yang kitorang nampak kat sini cuma basikal. Motorsikal pun kalu ada pun yang buat delivery hantar makanan aje. Memang lepak la life orang Korea kat sini. Family berpiknik, kanak-kanak main bubbles, remaja main gitar, jogging, relaxing.. Kat sini memang rasa selamat je. Takde rasa nak pegang beg kuat-kuat takut kena ragut pun. Crime rate memang rendah kat negara bukan Islam ni. Kenapa ye?
Masuk senja, matahari pun dah hilang.... Suhu drop giler-giler.... Burrrrrrrrr.... Menggigil sejuk. Sebab aku tak cukup makan kot. Sebab tu body tak cukup nak bakar lemak. Memang tak menyesal la aku ikat sweater kat pinggang ke hulu ke hilir dari siang hari tadi. Agaknya orang Korea tengok aku nampak pelik bawak sweater time summer ni. Siang hari memang tak guna, tapi masuk senja je memang kena sarung la weh... Gigil tunggu show. Dalam kepala duk berkira-kira nak tunggu show atau nak blah je... Sejuk sangat tak tahan weh. Sweater pun tak mampu memberikan haba. Tapi pikir-pikir dah sampai sini, alang-alang tunggu je la berapa minit je pun lagi.
Cukup time, berkumandang la lagu... Keluar la air pancur tu. Aku ambik gambar dari tempat duduk je... Nak gi dekat, sejuk.  Dekat 20 minit jugak kot duration lagu-lagu bersinkronais dengan lenggok air pancut tu. Show yang kitorang tengok ni tak sehebat dalam blog-blog lain. Sebab? Sekarang ni kan musim summer, siangnya panjang. Kul 8 malam pun tak berapa gelap lagi. So, tak berapa nampak la sinar lampu-lampu colourful tu. Kalu kitorang stay untuk tengok next show mungkin langit dah totally gelap, makin cantik la. Yang sepatutnya akan nampak macam gambar-gambar yang aku google kat bawah ni. Next time if you go, ambik show yang lewat sikit. Kul 9 tu yang last kot. Rasanya. Tengahari pun ada show air pancur ni, tapi takde lampu la. Just keluar air berirama je la
Cantik kan? Takpe la... Memang dah tak mungkin dah kitorang nak stay sampai kul 9 malam ni... Penat sangat lepas 3 flight terus keluar jalan-jalan. Aku cakap kat ahlil rombongan, kalu diorang nak teruskan jalan-jalan shopping ke, go ahead la. Aku boleh balik guesthouse sorang-sorang. Seriyes rasa konfiden kat sini. In terms of sesat jalan dengan safety la. In sya Allah notes aku complete semua route and ada subway apps, takkan sesat punya. Kalu sesat pun still rasa selamat.
Ahlil rombongan yang lain semua nak balik guesthouse je. Semua orang pun dah penat. Eh? Ingat aku yang tak cukup makan ni je yang longlai. Hehe... Hopefully semua orang jujur la. Tak best pulak rasa kalu diorang nak ikut balik sebab aku je... Tak nak la spoil mood orang lain.
Lepas SIL1 siap ambik video show tu, kitorang gerak balik ke stesen subway tadi. Cuma kali ni masuk melalui underground shopping mall. Sebab tangga turun ke underground tu lagi dekat dari tangga subway. Sama jugak. Dari underground mall pun boleh tembus sampai ke tempat tunggu subway jugak. Kan dah kata sini banyak tempat shopping bawah tanah.
Ini laluan kitorang nak balik ke guesthouse. Start di Express Bus Terminal (nama stesen subway, bukan terminal bas ye puan-puan), turun di Stesen Hongik University. Ada 2 pilihan sama ada nak laluan yang lambat sikit (beza 2 minit je pun) tapi transfer sekali ataupun cepat tapi kena transfer 2 kali. Ah, naik je la yang lambat 2 minit tu pun, asal tak payah transfer banyak kali. Capek sudah!

Kat sini, setiap stesen subway yang ada tempat transfer tu memang jenuh la nak menapak bawah tanah. Dengar macam senang je kan transfer-transfer ni. Memang la senang. Cuma kena bertabah la nak berjalan naik turun tangga sambil alert tengok sign arah mana nak ambik. Silap bound, silap la tren. Silap tren, mana nak sampai... Nanti akan buang masa dan tenaga yang sangat-sangat precious kat sana.

Sampai Stesen Hongik University, terus singgah beli air mineral dengan telur. Telur kat convenient store ni comey-comey... Diorang jual sepeket 2 bijik... 4 bijik... Agaknya orang Korea ni jarang kot masak kat rumah.. Setel beli-belah, terus balik bilik...

Malam memang sendu la... Tiba-tiba homesick teringat kat anak-anak. Selalunya malam-malam kan tido dengan diorang... Tambah pulak tak sihat ni, bilik pulak penuh misteri...Nasib baik encik Jack ikut trip ni. At least takde la aku rasa asing kat tempat orang ni. And I feel like 'home' is here with me.

Makin malam, makin sejuknya la hai!  Tak pasang ekon dengan kipas pun. Comforter tebal dengan sweater dengan stokin tak rasa apa. Tengah malam aku bangun muntah. Haih terbaek la trip aku ni. Memang 50 shades lah. Ini baru summer. Kalu datang winter trip tak tau la. 

Pengsan.

No comments: