Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, June 2, 2015

#1214 Me Vs Petite France

Turun je dari feri, kitorang terus ke tempat turun bas Gapyeong Tour tadi. Depan 7 Eleven ni la. Matahari terik atas kepala, tapi tak panas mana pun. Nyaman dan sedap berjalan. Takde la sakit hati nak berjimba. Ketiak pun tak lencun. Peluh manja-manja je despite sinaran yang terik ni. Kalu kat Malaysia nyaman-nyaman camni kan best...

Tunggu dalam 15 minit gitu bas pun sampai. Tunjuk je tiket bas yang tadi tu, dan terus naik. Perjalanan nak ke Petite France ada la tak sampai setengah jam kot. Lalu ikut jalan di pedalaman, bukit bukau.. Tapi rumah cantik-cantik. Macam rumah-rumah percutian dalam drama Korea tuh. Kiri kanan jalan ada ditanam bunga ros... Merah-merah menyala sepanjang jalan melambai-lambai ditiup angin. Agaknya orang sini dah tak heran tengok bunga ros. 

Bila dengar announcement Petite France, kitorang pun turun la.
Kaunter tiket.
Sini bayaran masuk KRW8,000 seorang. Jom masuk tengok apa yang glemer sangat dengan tempat ni...
Alahai bunga geramnye!!!! Kaler terang yang tak tahan tu. Nape la kat Korea ni bunga cantik-cantik?
Kalu tengok pokoknya tinggi sejengkal aje. Tapi bunga mak ai.... Kalu bawak gunting ni memang terhias indah dalam bilik misteri malam karang wakakakakaaaa...
Datang sini sebab kat sini penggambaran Secret Garden, My Love From The Star and Beethoven Virus (aku tak tengok). Nah secebis scenes dalam citer-citer tu. Bila lalu kat tempat Do Min Joon terbangkan Cheon Song Yi dekat dia... Wah... Dapat rasa vibe nyaaaaa... Cheh tipu la. Kat mana pun aku dah tak ingat. Sebab dalam citer tu scene tu time malam. Tak cam pulak padahal situ la aku duk lalu lalang... Tengok dah lama kan, mana ingat.
Aaaaaaaaa........
Kat cafe sini ada tengok patbingsoo dalam menu dia. Patbingsoo ni air batu campur (ABC) versi Korea la. Yang aslinya kalu tak silap aku, red bean ice shave. Sekali tengok harga KRW10,000 tak silap aku. Mak aiii darab lah 3... Mahai bebenor kat sini... Tak jadi la beli.. Later-later la kalu jumpa kat warung cikai-cikai sikit... Sayang pulak nak melabur RM30 untuk semangkuk ABC.... Next time la, bukan rezeki aku kat sini.
Ni Eiffel Tower ke 3 aku bergambar. First kat Genting, second kat Window Of The World, Shenzhen. Bila entah nak bergambar kat yang sebenar di Paris nun. Naik flight datang Korea pun dah rasa bertulong, ada hati nak pegi long haul ke Paris.... Berangan tak menahan Blog Diva ni.
Kat sini pun I ada secret admirer lah!
Serangga main muzik betul-betul.
Secret Garden shooting kat sini.
Duk sini sejam je kot. Tak banyak benda boleh buat kat sini pun. Tempat pun takde la luas mana. Macam yang korang tengok dalam entri ni je la. Rasa entrance fee KRW8,000 tu agak mahal bagi aku. Oh lupa nak citer, kat sini ada surau kalu ada yang nak solat. Aku tak mencari la since kitorang dah solat siap-siap kat Nami tadi. Just informing you.

Keluar je dari Petite France, bas dah ada menanti. Terus naik dan tunjuk tiket tadi tu lagi. Last dah naik ni, lepas ni boleh buang dah. Actually, ada satu lagi attractions yang boleh gi dengan bas ni; Garden Of The Morning Calm. Tapi aku survey-survey sebelum ni diorang cakap macam botanical garden, just ada pokok-pokok gitu je. Mengambil kira rombongan aku jenis tak minat pokok bunga, aku kensel je la ke situ.

So, naik bas terus ke Cheongpyeong Station. Tadi datang dari stesen Gapyeong, ni balik dari stesen Cheonpyeong. Sebab Petite France dah dekat dengan Cheonpyeong. Kalu nak ke Gapyeong balik kena patah balik sejam kot. Buat apa buang masa, kat sini pun boleh naik subway jugak. Dekat pun dekat. Sini ITX pun ada, tapi sebab malas nak tunggu the next train, kitorang just naik subway macam datang tadi je la.
Cheongpyeong Station... Cantik bukit bukau depan subway...

Mamat ni naik tren sekali aku, bawak rabbit dia naik subway.
Kali ni naik tren, ada ahjussi yang offer aku duduk kat seat VIP tu. Agaknya dia kesian tengok muka-muka penat kitorang. Mulanya aku menolak sambil ucap terima kasih. Tapi dia insist jugak suruh aku duk sebelah dia. Takpe katanya, mari la duduk. Takde orang tua lain kat sini. Agaknya itu la yang dia maksudkan. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku duduk je la. 

Ahjumma sebelah aku ni sibuk nak tau pasal kitorang. Tanya kitorang dari mana, datang berapa orang. Pegi mana tadi.. Aku pun sembang la cakap Korea dengan dia. Dia paham weh. Tak sia-sia kan tengok beratus drama korea selama ni. Boleh jadi tukang translate kat geng trip lagi. Hahahahaaaa... Aku recycle ayat-ayat drama je. Goreng-goreng pun dia paham,kira ok le tu.

Ahjumma ni cakap laki aku hensem. Bila tengok gambar Zaraa, dia cakap Zaraa comel mata besar (sambil buat gaya mata besar, nasib baik tak buat gaya gwiyomi kat aku). Dia cakap, anak comel sebab laki aku hensem. Bahahahahaaaa... Pandai mengampu orang Korea ye. Lepas tu dia tunjuk gambar anak-anak dia pulak.. Eh, dah bff ke kita?
Ni ha ahjussi yang jemput aku duduk seat panas ni. Time tren stop tu ada sorang nenek tua berkedut ni naik... Aku pun bangun la nak offer seat kat dia. Sekali dia tolak aku suruh duduk balik. Takpe, takpe..dia nak turun 1 stesen je lagi katanya penuh mesra. Paham pulak aku kan. Perghhh... Gagah perkasa nenek tu. Kuat dia tolak aku suruh duduk tu. Sihat-sihat orang tua kat Korea ni.
Tima kasih ahjussi sebab jemput aku duduk. Semput jugak weh lepas jalan jauh sehari-hari nak kena berdiri sejam pulak dalam subway... Jasa mu kukenang ahjussi hensem! Domu domu gamsahamnida ahjussi.  Dangsin eul mannaseo bangapseubnida!

No comments: