Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, June 3, 2015

#1217 Me Vs Delayed Flight To Jeju

Sambungan dari kisah amazing shopping race kat Namdaemun dalam entry sebelum ni...
Hasil ke sana ke mari sampai last kopek bubuh Namdaemun dalam itinerary unplanned tu, ni lah muka semput kitorang. Sampai je epot, terus pegi ambik luggage kat locker simpan tadi. Pastu terus jadi OKU naik laluan bergerak ni hahahahaha... Orang lain laju je lintas kitorang. Loh gi la puok demo. Letih!
Nak cek in, awal lagi. Duduk-duduk, pegi toilet dulu la tunggu sambil makan nasik impit dengan serunding yang SILs prepare pagi tadi. Betul kata SIL2, macam raya pulak rasa makan camni. Hehe.
Layan henpon masing-masing.
Boring menunggu, kitorang pegi makan kat Lotteria. Sini takde burger cadburry. Kebanyakan rakyat negara kita datang Korea makan sini la. Order shrimp burger set.  
Burger tak siap lagi, so dia kasi benda alah ni kasi kitorang duduk dulu. Benda ni fungsi macam pager la. Bila burger tu siap, nanti dia akan 'page' kita. Lampu merah akan menyala menandakan makanan yang kita order dah siap dan kena ambik kat kaunter. Gitu kekdahnya. Jakun i sekejaps.
Tak siap lagi.
Dah siap! Menyala kelip-kelip merah tu..
Burger dia ok la. Rasa macam filet o fish McD pulak. Aku tumpang gigit burger encik Jack sikit... Nak makan sebijik takut tak habis. Muak sebab mayo dia banyak sangat. Ke sebab perut aku sebu lagi tak tau la. Takpe, tapau dulu nanti later-later kat Jeju pun boleh makan. Yang penting buat stok dulu. Nak makan ke tak nak makan, belakang kira.
Cukup time, kitorang pegi beratur cek in. Flight delay staf kat kaunter kata. Huk aloh. Makin pendek la masa kitorang yang sedia limited kat Jeju nanti. Lepas cek in, drop luggage, dia suruh datang balik lepas 10 minit untuk cek sama ada luggage kitorang lepas ke tidak custom scan. Takut kitorang bawak bomb kot. Haha. Lepas 10 minit, pegi tanya. Dia suruh ikut dia. Pegi separuh jalan, geng dia jerit dari jauh buat signal ok. Fuuh. 
Dae-han-min-goo!
Terus ke ruang menunggu. Orang tak ramai lagi. Encik Jack cepat-cepat solat belakang tiang ni. Ni dead end la, takde orang lalu lalang. Strategik port untuk solat. Tak lama lepas tu tempat ni mula crowded.
Disebabkan wabak MERS tengah hot sekarang ni, flight kitorang delay sejam untuk thorough inspection. Puuiii... Gastrik mula la attack balik stres tunggu ni.
Kelam-kabut staf Jeju Air datang tolak troli hidangkan air untuk semua penumpang yang delay ni. Bagus kan diorang ni. Staf yang jaga kat gate boarding tu dari tadi berdiri tak duduk-duduk duk tunggu sampai flight clear. Punya la.
Juice? Water?
Sejam menunggu, akhirnya dapat gak naik flight. Aku dari awal duduk lagi dah ready sicknes bag kat tangan. Tekak ni rasa kembang je... Tuptup budak depan aku yang muntah. Habis lantai dengan dinding flight. Bau masam semerbak. Orang kiri kanan duk buat muka tak puas hati sebab busuk. Macam la kau tak pernah muntah seumur hidup. Kesian budak tu. Kucar-kacir mak dia duk sental kapet flight. Setel semua, peramugari datang spray-spray air freshner...

Bertabah aku nak tunggu landed tu. Lamanya rasa nak sampai Jeju padahal sejam lebih je.

No comments: