Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, June 3, 2015

#1218 Me Vs Landed In Jeju

Alhamdulillah safely landed in Jeju kul 6 lebih. Turun flight night bas komuter pulak untuk ke terminal building. Tak caya rasa dah sampai Jeju yang selama ni nak sangat aku jejakkan kaki. Puas kelip-kelip mata nak yakinkan diri sendiri memang aku kat Jeju. Peh.
Masuk je bangunan utama, orang ramai pakat pusu-pusu meluru ke toilet untuk cuci tangan. MERS scare. Kitorang pun join sekali la. Pelik pulak kalu degil tak nak cuci tangan, orang lain semua buat. Haha. Dapat luggage, terus keluar nak cari teksi mula-mula tu. Masa beratur nak tunggu turn teksi, tengok orang depan-depan bila driver bukak bonet nampak tong gas NGV... Lerr.. Mana muat nak sumbat luggage kitorang 4 bijik ni. Nak ambik 2 teksi macam tak sanggup pulak nak spend duit. Kalu 1 teksi untung lagi share 4 orang. 
So, kitorang pun belek balik notes cane nak gi Yeha Guesthouse Terminal ni. Pegi Gate 2 ni, depannya ada tiang. Kat tiang ni la tunggu bas nombor 100. Basnya selalu aje ada. Tunggu kejap je, bas pun sampai. Bas macam Rapid KL tu. Bayar pakai T-Money je. KRW1,000 gitu kot tambang. Aku bukannya tengok berapa baki kad.. Habit semulajadi aku malas nak ambik tau pasal duit-duit ni.
Bas ni ada announcement beserta skrin tv yang memaparkan kat mana kita berada, apa stesen berikutnya. Tak silap aku dia announce dalam 4 bahasa (korean, English, Chinese, Japanese). Ke aku berangan. Rasanya gitu la. Dalam notes dah ada kata turun kat Hankook Hospital. Berdebar-debar duk nanti dengar dia sebut Hankook Hospital haha. Once dia dah announce, kitorang pun turun la. Masing-masing duk cari landmark yang dinyatakan. Sekali aku terpandang signboard YEHA GUESTHOUSE sebesar-besar alam. Hekeleh.. belakang tu je.. Kehkeh.. Belakang bus stand tempat kitorang turun. So, kitorang pun heret la anak-anak gajah pegi ke guesthouse. Dekat je. 2 minit jalan dah sampai kot. Guesthouse kat Seoul tu menapak jauh. Dapat yang dekat ni sedap la sket rasa.

Sampai-sampai, kitorang disapa penuh mesra oleh staf kat kaunter. Urusan cek in berjalan smooth. Kat sini formal la sket urusannya, tak macam kat Hey Backpackers kat Seoul baru ni... Hahaha... Muka staf pun manis-manis siap mekap. Takde la sambut kitorang dengan rambut serabai, seluar tido bagai.. Hahahaha... Setel urusan cek in, dia tolong angkatkan beg-beg kitorang.... Kitorang tunggu kat atas je. Padal bilik kat tingkat 1 je pun. Tapi orang nak tolong angkat, kita relakan aje. Bukan kena bayar pun kan.
Ni la alat 'canggih' yang dia guna untuk angkut beg kitorang. Effortless la bagi yang bawak beg godang dan berat-berat... Sangkut tali ni kat beg, pastu tarik cane ntah... Beg tu terangkat la... Was-was aku tengok benda ni. Buat sendiri ke beli? Ahahaha... Kalu dah perangai mak jemah tu, mak jemah la jugak kepocinya walau kat Jeju sekalipun.
Yeha wall of fame kind of thing.
Kat sini kitorang ambik 2 bilik. 204 bilik SILs, 205 bilik aku dengan encik Jack. Bukak pintu tu ada pintu lagi nak ke toilet dan katil. Suka sangat dengan pintu orang Korea ni tak paham aku.
Bukak-bukak 2 kali pintu tu waaaaaaaaaaaah.... comeynya bilik! Ye la kalu nak bandingkan dengan bilik misteri sebelum ni, langit dengan bumi la. Hiasan dalaman pun ada taste la. Yang baru ni macam hiasan kampung-kampung sket. Or memang totally out hahahaha...
Selipar nak jalan-jalan dalam Yeha.
Lah katil jauh-jauh ni acane nak molest encik Jack LOL...
Ada mini fridge dalam bilik yey! Tv takde pun takpe. Bukan tengok pun.
Bathroom dalam bilik.
Shower gel and shampoo 4L. Pernah jumpa owner lain bagi camni?
Tooth paste. Tapi kitorang pakai yang bawak sendiri.
Kepala shower camni boleh jadi cebok. Suka! Nak ambik wuduk pun senang.
Suka nak diingatkan kat yang nak datang Korea, towel biasanya owner tak provide. Kecuali hotel lah. Guesthouse takkan bagi towel. Kena bawak sendiri. Biasanya towel yang kecik ni diorang provide untuk lap kaki (door mat). Jangan guna untuk lap muka pulak. Ingat tu.
Ridsect dengan mosquito mat.
Ubat nyamuk letrik.
Belajar dialek Jeju belakang pintu jamban.
Bilik aku ada mosquito net. Bilik SILs takde.
Torchlight pun provide. Selalu blackout ke?
Rendang ayam tin, sadin, budu, telur rebus, sambal bilis, nasik impit. Yumm.
Perkara utama buat lepas cek in, masak nasik dengan basuh baju. Malam ni bawak keluar stok budu peket aku. Berselera masing-masing makan budu cicah telur rebus. Nak cari ulam timun tak jumpa pulak sepanjang duk sini. Makan je la apa yang ada. Malam ni aku pun join makan nasi keras. First time makan nasi. Boleh la telan. Sedap pulak makan budu kat Jeju ni. Sama sedap dengan makan budu kat Shenzhen dengan Guangzhou aritu... Bosan asyik bau makanan dalam tin je. Baru tahu cemana perasaan mangsa banjir aritu kan asyik dapat sardin je.. Hahhaaha..
Sementara some masak, some turun mendobi. Kat sini, basuh baju free. Sabun pun depa provide tapi kitorang bawak sendiri. Kalu guna dryer aje dikenakan caj KRW3,000 per load. Ada apa hal 3,000 won je... Share 4 orang baru tak sampai KRW1,000 sorang. Lebih dari mampu tu. Duit pun banyak lagi ni. Hahaha.. Keringkan terus lah. Senang citer. Kat bawah ni ada disediakan ampaian yang mencukupi untuk guests sidai kain. Tapi kitorang drykan terus, tak payah sidai dah... Bestnya kalu kat umah sendiri ada ni kan.
Malam-malam tour dalam Yeha ni je. Sebab malas nak keluar mana-mana. Nak gi Dongmun Market, tutup dah. Rehat-rehat je la kat sini. SILs semua pakat hadap henpon. Sini wifi free. Strong pulak tu. Kalu indoor memang kitorang guna wifi guesthouse la. Simpan bateri egg wifi untuk tour esok.
Lounge/pantry/kitchen/tv area
Suka tengok hiasan dan susun atur kat sini. Kemas dan sedap mata memandang. Tak serabut. Suka! Yang best kat Yeha ni, diorang sediakan perkakasan masak dan pinggan mangkuk khas untuk Muslim guests. Memang letak mangga tak nak kasi non Muslim guna. Time kitorang nak masak, just mintak code dengan staf aje.
Kat sini staf akan masak nasik satu periuk. Guests yang nak makan boleh la ambik. Macam helmet pulak aku tengok rice cooker dia. Bukak peti, kimchi pun ada free untuk guests ambik makan. Alahai nyesal tak ambik rasa. Mana tau kimchi dia lagi sedap.
Suka aku baca signage-signage kat kitchen dia ni. Comel-comel label diorang tepek. Tak caya tengok la sendiri.
Kat Yeha ni tiap malam kul 7-9 rasanya, dipanggil Happy Hour. Guests boleh minum free drinks dalam fridge ni. Kitorang ambik air kotak. Jus. Bestnya tiap malam dapat air kotak free!
Comel kan tulis label camtu..
Ni dia gerobok khas untuk Muslim. Dalam ni ada periuk belanga, pinggan mangkuk, sudu garpu, span basuh pinggan, cooking ingredients)
Googled
Make sure lepas guna, basuh bersih-bersih dan lap kering-kering. Kena simpan dalam ni terus. Bimbang takut tercampur dengan pinggan mangkuk yang non Muslim guna.
Cooking ingredients dalam ni mostly hasil sumbangan guests sebelum ni. Huk aloh... Cam banyak produk Malaysia dengan Indon je? Hehek...
Free international phone call. Tapi kitorang tak guna pun. Whatsapp je.
Board games if you're bored. Genius! Semua dia ambik kira untuk keselesaan guests sini.
Gitar pun ada kalu pandai goreng boleh jamming kat sini.
Otograp atas duit. Tengok la matawang mana yang paling banyak :p
Ni free drinks yang kitorang minum malam ni. Sedap! Sesambil tunggu encik Jack transfer gambar-gambar sebeban dalam henpon ke dropbox. Nampak gaya dropbox pun mintak nyawa. Sini banyak jugak pc disediakan. You can use anytime. Hai la... Nape perfect sangat ni..

Sebelum naik atas, aku mintak tolong staf call nombor ahjussi driver yang kitorang nak sewa esok. Staf tu tolong cakap terus dengan driver. Saje nak remind takut kang esok aku tercongok tunggu dia tak kunjung tiba sebab lupa. Driver tu cakap dia dah aware. Esok nanti dia kutip kitorang kat sini kul 9 pagi. Aku nak suruh dia datang awal lagi pun, takut kitorang sendiri tak terbangun pagi.
Malam ni Puan Menteri call. Dapat la lepas rindu dengar suara anak-anak. Zaraa first thing dia bagitau aku, abang kacau. Hahahaha... Banyak kali aku call diorang kat Malaysia tapi Puan Menteri tak jawab. Ke takde line. Benci betul call via Whatsapp ni. Kat Korea ni, aku perasan kalu call Whatsapp memang takde delay, takde dengar echo. Smooth macam cakap phone biasa. Giler laju gamaknya line internet kat Korea ni.

Dapat dengar suara anak-anak macam dengar buah hati sebulan tak jumpa. Tido malam pun sengih-sengih.

No comments: