Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 4, 2015

#1219 Me Vs Oedolgae & Jusangjeolli Cliffs

Rumah berhampiran Yeha.. Cantik bunga dia.
Pagi ni masing-masing bersemangat nak tour Jeju. Kitorang pilih untuk tour bahagian west coast je. Sebab 1 hari ni mana sempat nak cover sampai belah east coast. 2 jam jugak dari west nak ke east ni. So, walaupun frust sebab nak sangat gi Seongsan Ilchulbong Peak dengan Seopjikoji yang maveles dalam gambar tu, terpaksa la melupakannya. Sebab belah west coast pun cantik jugak. Tanya staf semalam dia pun rekemen tour belah west coast... Kena kumpul duit datang Jeju lagi lah camtu... Baru boleh complete tour.
Kitorang sengaja turun awal, boleh la ambik-ambik gambar di sekitar ni sesambil tunggu ahjussi tu datang.
Tour Jeju ni ada banyak pilihan antaranya sewa teksi untuk 1 hari (tapi kira 8 jam je), sewa keta pandu sendiri -yang ni kena apply international driving license, atau naik turun bas dari satu tempat ke satu tempat-tak rekemen kecuali kau memang nak duk Jeju sebulan. Sebab attractions kat Jeju ni jauh-jauh. Turun bas kena menapak lagi untuk masuk ke entrance. Jangan seksa diri oi.

Sewa teksi 1 hari ni agak pricey tapi worth kalu macam kitorang berempat yang masanya sangat terhad kat Jeju ni. Share-share la 4 orang. Berbaloi sebab kita serah diri je, dia akan bawak semua tempat kita nak pegi. Semua belanja minyak, parking driver yang uruskan (dah conclude dalam sewa)

Kalu sewa keta pandu sendiri ni, murah je sehari baru berapa sewa dia. Tapi, kena apply lesen memandu antarabangsa. Pastu kena biasakan diri drive belah kiri. Pastu kena biasakan diri guna gps yang mungkin dalam bahasa dan tulisan korea, mungkin ada jugak full english. Pastu kena redha la kalu tersesat jalan. Adat di tempat orang. And, kalu sewa pandu sendiri, kena hati-hati takleh calar or kena saman. Nanti burn la deposit kau. Minyak pun kena isi sendiri. Parking lagi. Sape nak citer pasal asal usul tempat tu kat kau? 

Tour sendiri-sendiri naik turun bas, emmm aku tak dapat bayang cemana. Sebab terlalu time consuming, energy consuming.. Larat ke?

Kitorang pejam mata je hire driver teksi kat sini. Kira mudah la. Tak payah stress-stress pikir nak lalu ikut mana, nak parking kat mana, nak isi minyak cemana kat sini.. Lagipun kitorang tak banyak masa. Driver ni caj KRW150,000 untuk 8 jam (sehari). English tour driver mahal sket. Tapi puas hati. Tak payah cakap ayam itik. Kalu ko nak survey driver Jeju ni, aku nak remind, pilih yang dah include segala bayaran. Kadang-kadang tengok caj KRW 100,000 je macam murah kan. Sure ko terloncat nak hire dia. Careful. Sebab kekadang yang murah tu sebab dia tak kira caj lunch dia, parking, minyak tol segala bagai lagi. Kena tanya betul-betul so that takde la hidden caj di kemudian hari. Kalu dapat yang tak ambik kira kos lunch dia etc, kira murah la. So far yang aku study, KRW150,000 tu standard dah harga untuk driver yang boleh cakap omputeh, all in. Lebih dari tu kena tipu lah agaknya tu.
Memang patut dapat award pun Yeha ni.
5 minit sebelum kul 9 pokcik ni sampai. Giler on time orang Korea ni. Dia perkenalkan diri dia. Sebenarnya driver yang aku hire tu tak dapat datang, so pokcik ni driver gantian la. Peramah pokcik ni. Mula-mula masuk keta, aku terus kasi list tempat nak pegi tu. Dia terus keluarkan map Jeju dan tick tempat-tempat yang kitorang nak gi. Start kat mana, akhir kat mana. Dalam banyak-banyak tempat ni, canola field dengan wind farm je tak dapat pegi. Canola field tu bukan musim dia berbunga sekarang. Wind farm pulak jauh tak sempat nak cover. Pasrah je la.
Dakwat hitam tulisan staf Yeha.
Tanda map dulu belah mana kita nak gi.
Masuk je teksi ni, semua orang macam dah kenal 10 tahun. Driver boleh speaking. Mula-mula panggil dia ahjussi, dia tak nak. Suruh kitorang panggil dia oppa. Cheh. Aku panggil dia orabang terus. Hasil marathon Cantabile Tomorrow. If you watch it, then you'll understand why I call him orabang. Excited dia kitorang panggil dia orabang. Jeju ni, dialek dia lain sket dari Seoul. Macam kat Malaysia.. Loghat Kelantan tu kan lain sket dari Bahasa Melayu standard. Kalu belah Seoul yang bandar-bandar tu kata oppa, orang Jeju kata orabang. Meaning tetap sama; older bother.
First stop, kat ladang ternak kuda. Terkulat-kulat kitorang kenapa tiba-tiba dia pulled over. Aku tak list pun tempat ni. Nak ambik gambar kitorang kat sini rupanya. Bagus jugak orabang ni. Tempat yang kitorang tak buh dalam list pun dia bawak jugak kitorang. Kiranya dia paham la nilai yang kitorang bayar untuk sewa dia sehari ni, dia make use to the fullest biar kitorang puas hati. Takkan la bayar mahal-mahal, pegi 3,4 tempat belum cukup 8 jam tour dah hantar balik kan. Tak worth la.
Orabang cakap, kuda-kuda gebu kat sini dibiak untuk race. Fulamak... Kalu aku jadi kuda kat sini pun gemok jugak sebab fresh air, feeling pun hepi sokmo dapat duk Jeju yang lawa ni. Pastu dia citer lagi, ada jugak kuda ni dibiak untuk jual daging buat makan. Zaman dulu-dulu, daging kuda hanya untuk santapan king-king aje. Orang biasa takleh makan. Untung jugak ada orabang ni, dapat ilmu sejarah diorang free-free.
Second stop, Hallasan Seongpanak. Pun takde dalam list jugak. Sebab masa aku study aritu, informer kata Hallasan memang cantik tapi nak panjat gunung ni ambik masa 7 jam. Terus carut tak nak pegi. Haha. Kang turun gunung terkengkeng-kengkeng jalan acaner?
Kat sini pun ambik gambar touch and go jugak. Atas arahan orabang. Hahaha... Suka benar dia koreograf kitorang camtu camni. Boring agaknya tengok kitorang posing style tunggul tegak je.
Orabang paksa buat pis.
Setel posing, terus bergegas ke next attraction. Sepanjang jalan nak gi tu lalu ikut 5.16 Road's Forest Tunnel. Sejuk je lalu bawah terowong pokok-pokok hijau ni. Terowong ni panjang jugak. 1km lebih rasanya... Bahagianya duduk di Jeju. Udara segar. Suhu nyaman... Subhanallah..
Sepanjang jalan orabang banyak la potpetpotpet pasal latar belakang tempat yang dilalui. Ada bagusnya jugak kan hire dia. Banyak benda boleh tau. Tak lokek ilmu.
First attractions yang ada dalam list; Oedolgae (cara sebutan yang betul 'we-dol-gae') yang bermaksuh the lonely rock. Aku first time tau pasal tempat ni masa tengok variety show 2 Days 1 Night shooting kat sini. Takde la semata-mata datang sebab tu. Tadi dalam keta, aku sembang dengan orabang cakap aku hantu drama Korea. Bila sampai sini, bersungguh orabang cakap kat aku, nanti kat depan nun ada tempat penggambaran Daejanggum. Hahaha... Aku tak minat pun citer tu. Tu citer Nik Pareh. 
Kat sini femes sebab ada batu bentuk menyerupai orang (aku nampak macam statue Singa kat Singapore tu). Aku tengok dalam 2 Days 1 Night tu dia citer, kisah lagenda batu ni zaman dulu ada perempuan yang bunuh diri terjun kat sini sebab laki dia hilang di laut. Jasad laki dia terdampar di batu. So kalu tengok bentuk tu, the pillar itself is the embodyment of pompuan tu yang menanti laki dia tak balik-balik, manakala batu kat dasar tu melambangkan jasad laki dia. Gitu kisahnya.
Time kitorang sampai sini, ramai dah pelancong lain duk kerumun tunggu turn nak bergambar. Kitorang pun ikut turn la jugak. Datang pelancong China ni tetiba duk syooh-syooh kitorang tak nak kasi kitorang photobomb gambar dia. Pantang sungguh aku dengan orang tua biadap ni. Wei... Kitorang pun tunggu turn jugak nak bergambar, bukan main terjah je macam dia. Ingat dia sorang je ke excited nak bergambar sini. Menyampah aku dengan orang China ni. Pegi mana-mana pun duk bawak perangai biadap diorang. Ppuuuiii...
Kat sini la lokasi penggambaran Daejanggeum tu. Aku bukan kisah sangat pun sebab aku tak folo citer tu. Tapi layan lah jugak posing wajib kat sini.
Dah. To the next place we go. Lepas Oedolgae, pegi Jusangjeolli Cliffs. Tempat ni femes sebab batuan dia bentuk heksagon.
Tak jauh pun jalan kaki naik turun tangga ni. Orabang dah pesan siap-siap, kat sini ada 2 spot. Big one dengan small one. Aku tak paham lagi masa tu. Bila dah jumpa ni baru ngerti. Nasib baik orabang inform awal-awal. Kalu tak, lepas ambik gambar kat 1st spot ni sure kitorang terus menonong patah balik. Ada satu lagi spot batu heksagon kat depan sana...
Small one 
Ramai orang campak coin kat sini buat hajat.
Sini baru yang grand. Big one. Cantik sangat tempat ni. Hai kalu boleh dok kat Jeju ni memang happy as can be lah. Semua tempat pun cantik. Maa sya Allah, subhanallah.

On the way balik lalu ikut taman. Ada banyak tempat duduk. Kitorang benti makan bekal kat sini.. Ala semua tempat pun lawa. Habis la memory kamera aku...
Isi minyak ;p
Ni ha Orabang. Lebih sudu pulak dia.... Hahahha...

No comments: