Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 4, 2015

#1220 Me Vs Jungmun Resort

Next place is Jungmun Resort. Melalui pembacaan google sana sini sebelum ni, aku memang sedia aware dengan kefemesan Jungmun Resort ni di kalangan travel blogger.. Femes sebab keindahan dan juga sebab lokasi penggambaran pelbagai drama kat sini. Tapi aku takde la bubuh dalam list tempat yang aku nak gi. Sebab aku aim kepada more nature and challenging spots. Sebelum ni kan aim nak gi Seongsan Ilchulbong Peak yang lagi tebabo. Tapi orabang kata tak doable sebab terlalu jauh ke bahagian timur. Kitorang ni tour belah barat. Nak cross sini ke sana makan masa.
Jungmun Resort ni berada dalam laluan tour kitorang. Mungkin sebab tu alang-alang lalu ni, orabang stop la tunjuk tempat ni kat kitorang. Mengaku minat drama Korea sangat kan tadi. Nah, ni dia lokasi penggambaran citer Goong, I'm Sorry I Love You dengan Secret Garden. Peh, banyak betul lokasi Secret Garden kat Jeju. Patut la lawa-lawa pemandangan dalam citer tu. Saper tengok citer tu angkat tangan?!
Semua gambar-gambar dalam ni menurut perintah orabang. Dia ni sesuai jadi wedding fotografer lah. Banyak idea suruh duk situ, buat camtu camni. Kitorang layan je la. Orabang ni memang tau nak create mood upbeat untuk semua orang. So, kitorang takde la boring sepanjang tour. Tak terlayan ada la kekadang tu. Hahahaha... Apa pun, dia memang sangat informatif. Banyak benda boleh tahu sepanjang duk dalam teksi dia. Oh lupa nak citer, dalam teksi ada wifi you! Orang Korea memang tak boleh hidup takde internet. Lupa pulak nak cek dalam jamban ada tak modem wifi tu.
Nama pun Resort, landscape dalam ni ofkos la tiptop... Hai la... Tak menyesal bayar mahal-mahal dapat tengok keindahan tempat orang ni. Subhanallah!
Haaa... Masa ni kitorang bertebaran ambik gambar sana-sini. Orabang kasi arahan suruh ikut dia. Rupanya nak suruh kitorang datang kat bangku keramat ni. Ok now I remember...
Mula-mula bergambar 4 orang. Pastu orabang suruh SILs duk jauh-jauh. Pastu sibuk duk suruh aku dengan Encik Jack buat adegan macam gambar kat atas ni. Terus aku pangkahkan lengan dua-dua belah bak ultraman taro seraya protes Andweyo! andwe! andwe! andwe! Orabang tak puas hati ajak aku berdebat wae andwe?! Tak habis-habis nak sakat aku. :-D
Kakak ipar merajuk disuruh beredar hahahah..
Ok setel. Jom blah ke destinasi berikutnya.

No comments: