Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 4, 2015

#1221 Me Vs Cheonjeyeon Falls

Orabang stop dekat Seonimgyo Bridge ni. Ambik gambar. Kitorang takde suruh dia stop pun, macam biasa lah. Nak ke Cheonjeyeon Falls kena naik bridge ni. Kalu tengok bridge ni dari jauh nampak macam landai je kan. Tunggu tengok lepas ni yang realnya cemana...
Sampai kat pintu masuk falls ni, orabang tunjukkan tempat nak beli tiket, mana nak tuju, pastu kitorang berpisah. Dari Oedolgae tadi lagi, setiap kali kitorang pegi ambik gambar, dia tunggu kat keta je. Tak larat katanya sambil buat gaya longlai. So, kitorang berempat aje masuk ke waterfall ni. 
Gigantic batu giling. Giling pebenda la banyak ni.
Waterfall dari atas dah nampak.
Haaaa tadi dari jauh nampak landai kat tengah je... Ni ha realiti.. Memang untuk orang yang berupaya aje kot tempat ni. OKU nak pegi cane ek? Depan lagi nun nak kena naik turun tangga lagi... No way la kot bagi wheel chairs dengan strollers. Bagi yang tapak kasut takde bunga macam aku ni, kena extra careful la. Sebab curam giler. Senaman untuk bonbon!
Aku memang study dulu latar belakang tempat-tempat yang aku senaraikan. Supaya tak terkejut dengan realiti. Macam nak datang sini ni, aku memang dah well versed pasal waterfall ni. Cane rupa bentuk muka bumi, jarak kena jalan etc... 
Sebelum datang aku dah tahu sini banyak kena naik turun tangga. Tapi semua yang pernah ke sini kata, worth the effort. Nak tengok syurga kena tempuh neraka dulu kan. Same thing here. 
Cheonjeyeon Falls ni terdiri dari 3 waterfalls berlainan tingkat. Kitorang start dengan 1st waterfall dulu. Perjalanan nak ke 1st waterfall ni banyak turun bukit, so takde la mengah. Tapi bila selisih dengan pengunjung lain dari arah bertentangan, memang nampak la muka masing-masing bak mintak nyawa tu.. Hoho... Sila bersedia mental dan fizikal lepas ni.
Dah sampai pun 1st waterfall... Kat sini kena ambik turn bergambar. Masing-masing nak abadikan kenangan kan. Memang cantik. Sini tak dibenarkan piknik atau swim. Makan-makan bekal atas kerusi sambil hilangkan penat tu boleh la.
Lupa pulak nak cecah tangan dalam air. Sebab air paip biasa kat tempat lain pun sedia sejuk, lagikan pulak kat sini lagi sejuk. Bersih je waterfall ni. Takde botol mineral atau pempes dilempar rata-riti. Budak pun tak datang agaknya. Sape sanggup nak pikul naik turun tangga weh. Nak bawak body sendiri pun nyawa-nyawa ikan.
Kolam kecik.
Setel posing, hilangkan penat kat first pitstop, kitorang teruskan ke 2nd waterfall. Kali ni banyak mendaki naik. Semput mak jemah sekalian. Naik-naik-naik... Last nak sampai kat waterfall je kena turun... Jangan risau kalu dahaga, sini ada provide water cooler. Boleh refill kat botol mineral. Bagus kan tempat awam diorang. Water cooler ada je kat mana-mana. Public toilet pun semua free. Kaya jugak negara walau takde hasil galian bumi pun.
Nah, ni dia 2nd waterfall.... Memang patut la waterfall ni digelar God's Pond.. Pemandangan yang sungguh memukau... Bersih. Sejuk je udara kat sini. Nak duduk kat sini tapi tak banyak kerusi disediakan sebab kat sini platformnya sempit. Area ni banyak batu-batu asal. Sebab tu takleh nak bina tempat rehat-rehat kot. Sini pun macam 1st waterfall tadi jugak, takleh mandi. 
Puas hati kat sini, kitorang naik ke arah 3rd waterfall pulak. Jalan punya jalan punya jalan... Nampak la signboard 3rd waterfall ni. Ada label tunjuk 500m.. Mak aiii.... Kitorang jalan sekerat jalan aje, pastu patah balik sebab pancit. SILs serender nak patah balik. Sebab 500m tu pegi je. Kalu pegi balik dah 1km kan. 1km kalu tanah rata takpe, ni naik turun tangga yang tak laratnya. So, kitorang pun patah balik je lah ke pangkuan orabang yang sedia menanti kat parking.
Aku sebenarnya nak je pegi ke 3rd waterfall. SILs cakap, pegi je la. Diorang tunggu kitorang. Tapi tak syok la pulak tak cukup korum. Ingat memang penat. Takpe la.. Aku pun tak jadi pegi. Aku ni spesis suka ikut orang. Kalu penat pun orang lain nak pegi, aku pegi jugak. Hehehe...
 
Next!

No comments: