Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 4, 2015

#1223 Me Vs Haemultang In Seogwipo

We're in Seogwipo area. To tell you the truth, disebabkan terlalu seronok tour hari ni, aku sampai lupa pasal makan. Duk pikir ke mana pulak next destination bila orabang tiba-tiba cakap dia nak bawak kitorang pegi makan haemultang (haemul=seafood, tang=soup)... Oh dah waktu lunch rupanya... Cepatnya masa berlalu!
Songuon Sigdang (Songuon Restaurant)
Puas kitorang explain apa halal haram yang boleh kitorang makan. Dia cakap sini ok, jual seafood je, no pork, no meat, masak pun tak guna alkohol. Dia selalu bawak orang makan sini. Makanan pun sedap dia kata. Mula-mula kitorang skeptikal jugak dengan orabang ni. Mana tahu sedap bagi tekak dia, mulut kitorang belum tentu kan. So, kitorang ikut je la... Asal ada nasik. Lapar lah pulak tetiba rasa lepas dia cakap nak pegi makan. Sebelum tu tak ingat-ingat pun haha.
Sini ada banyak restoran. Time kitorang sampai ni, banyak gak bas-bas pelancongan dengan teksi-teksi tour macam kitorang yang singgah makan area ni. Kedai-kedai sini semua facing to the sea holoh cantik giler! Subhanallah... Sibuk nak masuk mencekik sampai lupa nak ambik gambar scenery depan kedai menghadap ke laut ni... Masya Allah, super cantik! Macam mana aku tengok dalam drama yang pernah berlokasikan kat Seogwipo ni, macam tu la yang sebenarnya aku tengok depan mata.... Betul-betul puas hati trip ni.
Abalone hidup menggeliguk-geliguk lagi.
Tadi dalam keta lagi orabang dah explain sini portionnya besar. Satu portion besar KRW60,000. Boleh pilih nak makan gitu je or makan dengan nasik or dengan ramen. Portion kecik KRW53,000. Kitorang sepakat pilih yang kecik je. Manalah tahu kot-kot tekak takleh telan ke kan. Takde la rasa sayang sangat duit tu. Lagipun small portion pun dia kata boleh makan 4 orang. Elok la tu.

Masa mula-mula sampai kitorang kena tunggu dulu kat luar sebab kat dalam full house. Sambil tunggu tu hidung terbau-bau ketam je... Tak lama pun tunggu, pastu tokey jemput masuk. Semua staf muka tak senyum pun. Agaknya kepenatan melayan customer bertali arus. Dalam kedai ni boleh pilih nak makan bersila atau kat meja makan. Disebabkan tempat bersila semua penuh, kitorang makan kat meja je la.
Semua ni sedap. Tak tipu.
Duduk-duduk je terus owner letak towel basah macam kat hotel tu. Refreshing towel ke apa dia panggil. Pastu terus hidangkan side dish. Side dish free.  Air sejuk pun free. Kedai-kedai makan kat Korea takde jual air teh o ais, ais blended, sirap laici ke apa-apa yang manis ok. Semua air kosong sejuk je. Makan cara sihat.
We have no idea apa yang akan dihidangkan sebab orabang yang tukang order. Kira pasrah je tunggu orang hidang. Sekali hoh staf kedai letak dapur, buh periuk siap dengan isinya, pastu bukak api tinggalkan kitorang terkulat-kulat... Peh... Kalu yang depan mata ni size kecik, yang besar tak tahu la kawah gulai kenduri tu kot dia hidang...
Rasa macam ikan kerisi goreng garing.
Order 3 mangkuk je nasik sebab ingat aku tak lalu. Menyesal tak berguna. Hahaha... Hoi sedap lah. Nasik korea kalu makan dengan lauk-pauk dia memang sedap tak muak. Kalu makan dengan lauk Brahims je jadi takleh nak telan.
Agaknya dari tadi lagi tokey ni duk perati kitorang terkial-kial tak reti nak makan, dia datang secara tiba-tiba kat meja kitorang, besarkan api sampai mendidih buak-buak, ambik gunting potong sotong, potong abalone, then leave. Muka tak senyum langsung. Sepatah tak cakap apa pun. Kelakar pun ada. Terkejut kitorang dia datang mengejut tu. Ooooo... Camni ke cara makannya....
Masa kitorang makan sini, orabang makan kat meja lain, join set driver lain. Dia dapat makan free kot kat sini sebab bawak pelancong makan. Sekali-sekala dia datang la tanya khabar kot-kot kitorang tak puas hati tak sedap ke, nak tambah apa-apa lagi ke... Bagus kan orabang ni.
Orabang sibuk duk suruh try octopus hidup dengan abalone mentah-mentah yang masih menggeliat tu... Dia bagitau kat Encik Jack la, bagus nanti 'strong'. Bahahahaaa.. Sebenarnya dari mula-mula start tour pagi tadi lagi, masa awal-awal sembang pasal family kitorang, dia tanya aku ada anak berapa orang. Cakap la 2 orang. Terus dia kata Encik Jack strong sebab boleh bagi aku anak 2. Hahahha... Dia tak strong katanya, sebab anak sorang je. So, sebab tu dia suruh encik Jack try makan abalone dengan octopus hidup tu mentah-mentah... Nak suruh 'strong' lagi lah tewwww... Tak habis-habis nyakat kitorang..
Mak jemah buruk lantak
Kat kedai ni ada coffee vendor. Free! Lepas makan boleh la minum untuk bilas rasa binatang-binatang laut kat tekak tadi. Kitorang ambik la... Sedap pulak tu kopi dia... Mengopi dulu seround sebelum keluar... 
Orabang cakap pulau depan kedai ni namanya Adik Abe Island... Bahahaha... Penangan kelas bahasa dalam keta tadi. Banyak jugak kitorang ajar dia cakap Kelantan. Ambik kau.
Nampak feri kuning tu? Itu kapal untuk submarine tour. Aku tak study la pasal tu sebab tak bajet nak join pun. Mahal dan most people yang dah experience it kata tak berbaloi dengan nilai.
Orabang sibuk bagitau aku, kat bawah nun tempat penggambaran Daejanggum last scene kot. Ahaha.. Kalau dia tak bagitau memang aku no idea pun.
Bawah payung banyak-banyak tu tempat orang jual raw seafood. Depa serve yang hidup-hidup cicah kicap dengan wasabi kot. Lagi sekali, modal 'strong' keluar dari mulut orabang. Haip. Takde keje lain nak suruh laki aku strong. Dah strong lah! LOL.

No comments: