Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 4, 2015

#1224 Me Vs Yeongmori Coast

Sanbanggulsa Temple, Seogwipo.
We're here for Yeongmori Coast. Totally recommended by Yeha staff. Kalu dia tak rekemen pun memang aku dah listkan awal-awal lagi. Banyak kali tengok dalam blog-blog traveller, memang lawa lah... Macam Grand Canyon pun ada. Ofkos kena datang.
Sanbang Mountain
Orabang suruh.
Orabang suruh. Wakakaka..
Orabang bagitau, Yeongmori ni ada 2 entrance, ikut suka la nak masuk dari kiri or kanan. Nak masuk both pun boleh tapi kena bayar 2 kali lah. Masuk bayar KRW2,000 seorang. Masa nak turun ke arah entrance ni, SIL2 pulangkan paku buah keras kat orabang. Dia cakap, You no strong, you stay here... Wakakakaaa.... 
Tak jauh mana pun... Sepanjang perjalanan boleh tengok pemandangan indah. Panas-panas matahari pun anginnya sejuk. Sebelum proceed entry, kitorang cari toilet dulu. Ingatkan dekat sebab nampak sign toilet. One sign leads to another. T_T 
Belum sampai lagi....
Hamel Castaway Memorial
Ini entrance belah kanan.
On the way nak cari toilet, berapa kali entah benti ambik gambar. Jauhnye la hai jambannya..
Nun hujung tanjung baru jumpa jamban. Kalu tahu sejauh ni, sure kitorang cari jamban kat atas tadi. Peh. Tapi macam tak kisah sangat menapak sebab boleh tengok pemandangan cantik meletops yang takde kat Malaysia...
Bangunan toilet dia.
Signage pun comel!
Takut tak sempat balik ke guesthouse sebelum Maghrib, Encik Jack solat terus kat sini. Wuduk ambik siap-siap kat toilet tadi. Sebelah ni pun ada water cooler, kalu takde orang boleh je guna untuk ambik wuduk. Kalu takde orang la. Kang hangin pulak diorang tengok kita duk cuci kaki kat tempat air minum.

Selamber je la bentang sejadah tepi bangunan apa entah. Staf dia siap keluar tengok apa yang pelik Encik Jack buat. Tapi dia takde la halau. Ahjumma-ahjumma yang balik dari toilet tadi pun sambil lalu cekak pinggang kehairanan tengok apa la yang kitorang buat ni. Apa pun kewajipan harus ditunaikan.
Dah semayang, baru la kitorang ke kaunter tiket. Aku pilih entrance dari kiri (arah datang tadi) sebab pernah tengok dalam blog sebelum ni, belah tu lagi grand. Sebab dia ada macam 'grand kind of entrance' untuk turun ke bawah tempat posing tu. Belah kanan tak mencabar sangat. Tapi belah kanan panjang sikit tempat untuk bergambar. Ikut suka la nak pegi yang mana.
Lepas bayar, terus masuk. Sebelum masuk kena pakai safety helmet dulu. Tengok semua orang pakai, kitorang pun pakai je la.
Haaaa ni lah grand entrance yang aku maksudkan... Santek tak kak Ton?? Kat sini takde railing nak pegang-pegang. Pepandai kau lah nak merayap turun kepala dulu ke cane... Apa pun, safety first! Tak menyesal pilih entrance ni... Wuhuuuu!
Engineer jadian.
Amacam, ada rupa Grand Canyon tak?
SIL2 tolong ejas skru helmet I bagi ketat.

Kat pintu masuk tadi ada orang jual air... Teringat student Malaysia kat Uni Jeju ni pernah rekemen try air aloe vera ni kalu datang Korea. Banana uyu kan too mainstream. So, aku try la air ni... Sedap! Ada isi aloe vera dalam tu. Kalu orang kita rekemen, aku berani la beli. Tak was-was.

No comments: