Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 4, 2015

#1225 Me Vs Mysterious Road


Ini pun takde dalam list. Tapi aku tanya orabang, Mysterious Road ni takde ke dalam laluan kitorang. Dia cakap, kalu nak gi boleh. Balik nanti boleh balik melalui jalan tu. Orait sangat la tu sesambil nak balik kan.
Jalan ni misteri sebab semua objek dan cecair akan bergerak, bergolek atau mengalir menaiki jalan berbukit ni. Lawan graviti. Selalunya kan kalu turun bukit baru gerak, golek atau mengalir sendiri kan. Ha, tu la specialnya jalan ni. Masa kitorang sampai sini, nampak ramai pelancong duk try letak botol mineral kat jalan yang menurun. Pastu boleh tengok la botol tu bergerak naik. Creepy tak. Hahaha... Ada la explaination pasal ni. Teori ilusi optik je. Baca sendiri la malas aku nak explain.
Bila sampai jalan ni, beratur la segala jenis kenderaan. Mostly yang lalu sini kebanyakannya kenderaan yang bawak pelancong la. Macam teksi dengan bas pelancongan. Bila lepas je sign 'Start' ni orabang tunjuk dia N kan gear, pastu turn off the engine, cabut kunci. But car still move up the hilly road. Creepy tak creepy tak. Ada ambik video tapi file exceed limit takleh nak upload. 
Subhanallah... Kuat tak kuat daya semulajadi sampaikan seberat-berat bas pun mampu bergerak sendiri. 
Apasal tunjuk kat perut aku.
Jalan ni tak panjang pun. Dalam 100m je kot. But we had fun experiencing the miracle here.
Tourist yang duk tunggu nak letak botol air.

Ni semua pose-pose paksa yang orabang arahkan. Siap suruh orang lain ke tepi and tonyoh kepala aku dalam mulut statue ni. Cilakak.
Berakhir sudah semua dalam list aku. Orabang cakap kitorang still ada masa setengah jam lagi, nak gi mana dia tanya. Kitorang pun no idea. Kalu ikut hati nak gi Seopjikoji dengan Seongsan Ilchulbong tu la. Tapi mana sempat. Sekali orabang cucuk laki aku suruh pegi Love Land.. Wakakakaaa... Korang google sendiri la Love Land tu tempat apa. Malas (malu) nak citer. Haha. Bila aku kasi red light, dia sibuk la duk lecture teori 'strong' dia tadi tu.. Wakakakakaaaa.

Aku tanya dia kalu gi Yongduam Rock dengan Yongyeon Pond sempat tak. Dia cakap sempat. So, moh ler kita. Sebenarnya 2 tempat yang aku tanya ni dekat je dengan Yeha. Itu itinerary untuk esok pagi sebelum bertolak ke epot. Dah orabang kata sempat, pegi je la. Esok takyah gi dah. Jimat dah duit teksi yang sepatutnya lebur esok. Gi hari ni free la sebab dah termasuk dalam caj tour hari ni. 

Bijak tak bijak tak.

No comments: