Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, June 4, 2015

#1226 Me Vs Yongduam Rock & Yongyeon Pond/Bridge

Kat Yongduam Rock ni betul-betul touch and go lah. Sampai je terus pegi ambik gambar jarak jauh. Malas nak menapak turun tangga sampai ke bawah. Ambik dari jauh pun jadi lah. Tapi ambik dari jauh ni tak dapat angle yang sepatutnya la. Yongduam Rock ni femes sebab bentuk batunya macam kepala naga. Panjang la kisahnye pasal naga ni. Nak tahu baca sendiri lah. Letih nak taip 25 entries ni tawww..
Gambar yang kitorang ambik dari atas dan jauh.
Googled- sepatutnya kalu turun akan dapat angle yang macam ni. Baru betul.
Haenyo-female diver yang femes di Jeju. Baru perasan tour hari ni tak terserempak dengan haenyo pun.
Ambik gambar sekeping dua, terus ajak orabang ke Yongyeon Pond. SILs dua-dua tak turun keta sebab tak larat. Aku je dengan encik Jack yang sambung posing marathon. Aku google sebelum pegi, memang cantik la Yongyeon Pond/Bridge ni. Tempat pertemuan air laut dengan air sungai. Kalu datang belah malam pun cantik jugak sini. Bergemerlapan cahaya lampu. Dating-dating syoklah.
Orabang citer 30 tahun lepas dia pernah swim kat sini.
Dah nak kejar masa, tak sempat la nak tour kawasan ni. Takde la besar sangat pun tempatnya. Tapi taman dalam ni very nice la kalu nak stroll. Kakak-kakak ipar tak join sekali ni rasa tak best la pulak. Lagipun masa sewaan teksi ni dah nak habis. Kalu lebih masa kena bayar extra.
Google image
Google image
Okay time's up. Ngam-ngam 8 jam sampai ke Yeha. Pandai kan orabang bajet masa. Ni kad dia kalu berminat. Kitorang memang puas hati dengan servis dia. Kalu datang Jeju lenkali definitely akan hire dia lagi. Tak nak orabang, ahjussi lain dah. Sebelum berpisah, kitorang kasi keropok segera kat dia sebagai hadiah. Suka la dia.

No comments: