Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, June 5, 2015

#1228 Me Vs Goodbye Jeju :(

Pagi ni hujan... Sejuk giler.. Ingat kalau hujan tak serik, nak ambik teksi 2 bijik la pegi epot. Sementara tu, SILs masak spegeti untuk bawak bekal makan kat mana-mana lapar nanti. Pakai sos dalam tin je. 
Kat Yeha, pagi-pagi dia provide breakfast. Roti, jem, telur, cheese, teh, orange juice gitu la. Boleh ambik makan sampai kenyang.
Baked beans kitorang bawak. Ni lah breakfast jutawan-jutawan yang datang bekpekes kat Jeju. Kelmarin dah makan grand kan. Hari ni kena jimat-jimat lah pulak.
Hujan dah stop, dekat kul 11 kitorang cek out. Kat sini cek out betul-betul la.. Takde main tinggal kunci gitu je.. Staf hantar sampai ke pintu.. Punya la.. No wonder guesthouse ni boleh dapat Goodstay Award by Korea Tourism.
Keluar Yeha, jalan ke arah bus stand seberang jalan untuk ke epot. SIL2 sempat lagi masuk Eco Mart yang terletak belakang bus stand ni untuk shopping last minute. Tak puas lagi shopping semalam hiii..
Ngam-ngam diorang habis shopping, bas pun sampai. Naik bas sama yang kitorang naik aritu, cuma arah bertentangan. Pakai T-Money jugak. Cash pun boleh.
Sampai epot terus operate tayar luggage SIL1 yang tercabut... Alahai sayang betul. Baru je beli luggage tu.

Kat epot ni most people pakai mask. Baby kecik pun dipakaikan mask Hello Kitty. Comey boh! Oh baru perasan, kat Korea ni kan tak kira la Seoul or Jeju... Jarang jumpa local yang bawak anak kecik. Patut la growth rate diorang menurun. Orang modern-modern sibuk obses nak cantik pakat malas beranak ke cane.
Bye-bye Jeju. Tak puas rasa. Nak naik flight tu kena lalu gerimis pulak... Don't fall sick Blog Diva!

No comments: