Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, June 5, 2015

#1229 Me Vs Hello Busan!

Flight went smoothly. Dapat je luggage, terus keluar epot Gimhae dan cari gate tempat Limo bus. Naik Limo bus je lah. Kesian SIL1 begnya tayar tercabut. Lenguh jugak nak heret beg cacat ni. Kalu naik teksi, kena ambik 2 bijik sebab bonet dah penuh dengan tong NGV. Kalu subway, kena transfer 2 kali. Limo bus direct sampai ke Busan Station, tapi KRW6,000 seorang. Paling mahal la. Takpe la.. Sekali sekala. Tak yah buang tenaga nak tukar-tukar line dah.
Bayar kat driver masa nak naik. Free seating. Fulamak. Ada kelas la bus ni. Nama pun airport limo bus kan. Tengok la seat dia yang besar gaban ni... Bersih dan selesa. In bus free wifi pun ado. Very convenient la negara orang ni.
Sampai je kat Busan Station, hujan masih renyai-renyai... Kitorang pass rain coat kat SILs sebab diorang tak bawak payung. Heret la anak-anak gajah dalam hujan-hujan pun. Brrrrr sejuuukkkk... Kat sini suhu lebih kurang kat Jeju tadi.... Mereput aku sejuk-sejuk ni.
Model rain coat Guardian saya ;p
Kalu tudung boleh pelbagai gaya, rain coat pun!
Jalan-jalan-jalan sampai ke Popcorn Guesthouse Busan Station... Dah hafal dah laluan ni dalam google masa study trip ni dulu.
Yang kuning tu la Popcorn.
Ada tak puas hati sikit pasal guesthouse ni. Kitorang sampai tu nak kena tunggu staf turun bukak pintu dulu... Emmm, macam unwelcomed pulak rasa. Kecik ati tau. Masuk-masuk terus staf bawak pegi bilik... Takde isi form apa-apa pun. Sampai je kat bilik, terkejut sekali lagi. Eh apasal takde katil? Bilik kecik, ada tilam dengan bantal je. Tapi toilet kat dalam bilik la. Terpinga-pinga kitorang. Rasa macam booking aritu tengok dalam website ada katil. Hmmm... Ke cawangan yang lain dalam gambar tu. Popcorn ni ada 3 kat Busan. Haeundae, Busan Station dengan Nampo-dong tak silap aku.
Dari tingkap bilik boleh nampak exit 3. Tepi tiang belah kiri tu.
Kitorang book 2 bilik kat sini. Bilik SILs takde problem. Bilik aku staf tu kata kunci belum siap. Manager keluar, kena tunggu sejam lagi baru Manager balik. Huk aloh. Lepas letak barang, staf bawak kitorang tour guesthouse ni dan tunjuk segala fasiliti dalam ni. Ala, sini tak cantik macam Yeha wuuuuu.... 
Tepi jamban ada bus stop. Hehe...
Pillow case kena buh sendiri.
Bilik memang sempit lah. Nak ambik gambar pun tak muat semua dalam 1 gambar. Kena keluar baru nampak view banyak sikit. Dalam 4 guesthouse yang kitorang book kat Korea ni, yang ni yang paling mahal. Tapi alahai kesiannya tengok. Agaknya lokasi ni strategik sangat kot. Sebab tu kos kat sini paling mahal. Walaupun Seoul tu lagi grand dari Busan, tapi Hey aritu kitorang duk area dalam-dalam sikit sebab tu murah kot.. Hmmm... Terima je la seadanya. 

Kitorang masak nasik dan makan spegeti yang masak kat Yeha pagi tadi. Makan dalam bilik je sebab dapur macam tak semegah aje. Takleh lawan Yeha la dalam apa jua segi. Sebenarnya menjadi kesalahan makan dalam bilik. Kalu kantoi boleh kena penalti. Tapi kitorang buat jugak. Staf pun takde manjang. Seriously, kaunter reception cuma ada anjing je dia letak atas kerusi. Staf takde nampak bayang pun. Mat saleh yang bukak pintu tadi tu pun dah entah ke mana-mana pegi. Huk aloh. Nak meniaga ke tak nak ni?
Nak solat, kena tolak tilam ke tepi pintu. Pintu takleh bukak. Sempitnya.
Makan sudah, rehat kejap pun sudah, solat pun sudah, moh ler keluar jenjalan ke Jagalchi. Hujan masih bergerimis... Petang pun makin hujung, mood nak jenjalan kureng la sket rasa. Kitorang naik bas je sebab tadi manager cakap kalu naik subway memang nampak dekat exit tu dari Popcorn. Tapi bila turun bawah tanah kena jalan jauh. Baik naik bas je. Kat situ jugak bas stand nyer.
Jagalchi Market.
Naik bas bayar pakai T-Money jugak then turun di Jagalchi, dia ada announcement. Then jalan kaki masuk ke Jagalchi Market. Kitorang tengok-tengok je dulu riki-riki, nanti malam karang datang balik untuk santap. 
Pelabuhan kat belakang Jagalchi Market.
Gloomy aje cuaca hari ni. Not happy.
Freezing sorang-sorang.
Puas bergambar kat luar, masuk cuci mata kat dalam pulak. Jumpa budak Siam yang duk Kelantan. Tapi cakap luar. Kecik ati kita cakap Klate dia balas cakap luai. Diorang beli lobster nak makan kat atas. Jagalchi ni pasar basah yang jual seafood only. Macam-macam jenis seafood la. Segala jenis hidupan laut ada jual kat sini. Beli kat bawah, nanti diorang akan bawak naik ke atas ada food court. Nanti belian kita tu diorang masak kat atas la. Kitorang nak buat camtu la karang.
Muka hangus.
Tokey seafood ni yang pakai apron kuning tu muka sebijik Kim Kang Woo. Terkejut aku masa mula-mula tengok. Kitorang duk tengok-tengok king crab, si Kim Kang Woo jadian ni sibuk nak bungkuskan kat kitorang. Kitorang cakap la tak nak makan lagi, nak jalan-jalan dulu. Dia kurangkan sket harga. Kitorang cakap la tak nak lagi, later la. Dia kurangkan lagi dan lagi dan lagi. Kitorang pun bertegas la, dah orang kata nak makan lepas ni kan. Last-last dia mengalah, nak bagi harga special kalu kitorang datang balik karang. Dari KRW5-60,000 sekilo, dapat KRW20,000 sekilo. Hahahahaha.. Ok oppa, we'll come back later tonight.
Kitorang terus jenjalan ke BIFF, Gukje Market, Gwangbokro Shopping Street, Art Street dan Yongdusan Park. Semua ni dok setompok satu tempat dekat-dekat boleh jalan kaki je. Kitorang touch and go je. Bukan nak shopping bebetul. Kalu plan nak shopping, kena spend satu malam la kat sini.
BIFF.
Gwangbokro Shopping Street
Gwangbokro
Gwangbokro
SILs jumpa kedai toys lagi. Wakakakaaa... Ni je la keje kitorang beli toys kat anak-anak. SIL1 cakap anak dia dok mintak nak Robocar Poli... Kat Malaysia bapak mahal. Jumpa yang murah kat sini terus ambik 4 cukup set! Hahahaha... SIL2 sambung beli Lego kat sini pulak... Aku jumpa girls princesses theme watch, KRW6,000 satu. Ambik 2, untuk Zaraa dengan Semek.
Jumpa underground art street, turun la layan nak posing. Tengok-tengok banyak kedai dah tutup. Ingatkan ruang pameran hasil seni. Rupanya kedai yang jual lukisan hand painting dan segala pasal art... Tapi lengang je la satu lorong bawah ni.
Aku perasan ada nampak simbol evacuation site ke tsunami shelter kat sini. Takkan tempat orang berlindung dari tsunami kot? Kan ni bawah tanah... Lupa pulak nak ambik gambar.
Kedai banyak dah tutup.
Macam Beijing Lu aje..
Thai or Tahi? Yek!!!!

Pelik pulak kitorang ni tengok depan kedai ni dia letak tablet/henpon gitu je kat luar kedai.  Sebab nak pasang mp3 dalam henpon tu cucuk ke speaker. Main tinggal gitu je kat luar tempat orang lalu lalang. Takde sape ambik pulak tu. Selamat betul kat Korea. Ada sekali masa kat Jeju/ Seoul, kitorang tengok ada sorang driver ni tengah reverse keta, pastu agaknya tertinggal barang dalam rumah. Driver tu tinggal keta tepi jalan dengan enjin masih terpasang, pintu pun tak tutup terus masuk dalam rumah.... Takde rasa takut langsung kot-kot orang larikan keta dia... Kalu kat Malaysia ni, yang siap steering lock gear lock pun boleh curi lagi. 
Kitorang kat sini tak plan pun nak ke mana dulu. Sesambil jalan tu nampak escalator naik ke Yongdusan Park, terus menonong ke sini. Ikut kaki melangkah je. Takde la aku study bebetul nak gi Gwangbokro ni kena lalu belah mana, nak gi Gukje Market kena lalu belah mana. Ikut terserempak aje. Gukje market, time kitorang lalu pasar dah banyak stall tutup. So just lalu je la, tak masuk.
Nak sampai ke Yongdusan Park ni kena naik lif eskalator ni 5 kali. Curam giler slope bukit ni. Escalator ada untuk naik je. Turun kena guna escalator cap kaki. Hehek... Turun takpe, tak penat.
Sampai kat Yongdusan Park ni, dah nak senja. Suhu makin drop. Cakap pun keluar asap... Aku yang jakun ni suka la duk hah-hah-hah sorang-sorang nak tengok asap keluar. Hehek. Sejuk weh.. Pakai sweater pun gitu-gitu je rasa. Sebelum mai Korea ni duk pikir sorang-sorang, kalu tak selesa pakai sport shoes aku ni, aku nak jenjalan pakai selipar Jepun je lah.. Mat Saleh selalu buat kan. Hoiiii mati hidup balik pun aku takkan pakai selipar Jepun dalam cuaca sejuk macam ni. Frosbite tak pasal-pasal jari kaki kang. Nama je summer ni.... Sebenarnya transition from spring to summer. Sejuk belum reda lagi.
Bell of  Busan Citizen
Flower Clock
Habis round lebih kurang, perut pun dah lapar.. Duk terbayang-bayang king crab Kim Kang Woo jadian tu tadi. Moh ke Jagalchi balik...
Dari jauh lagi kitorang jerit oppa! kat Kim Kang Woo jadian.. Tersipu-sipu dia. Tapi tetap tak dapat diskaun. Harga runtuh sangat dah tu.
Kitorang suruh dia kaup king crab yang paling kecik. Takut kang tercekik pulak tengok harga... Yang paling kecik ada dalam akuarium dia ni pun berat 1.45 kg dah (seekor). Macam-macam binatang lain dia duk offer suruh beli. Tapi tak nak lah. Abalone pun dah try kelmarin kat Seogwipo. Last-last dia bagi menatang ni, service katanya. Service tu maknanya free la. On the house. Ni ha sea squirt tu. Aku awal-awal dah pasang niat tak nak try.
Googled-sea squirt.
Kitorang ambik king crab seekor, jenis lala-lala tu pastu ikan apa entah... Lepas bayar Kim Kang Woo ni ajak kitorang ikut dia naik atas tempat makan. Nak bawak balik masak sendiri pun boleh tapi kitorang nak rasa makan kat sini. Tersohor katanya. 
Ni side dish kat sini. Tak sedap. Tapi kimchi daun kucai tu sedap jugak. Yang lain aku rasa takleh terima. Ada sawi jeruk (rupa la, sayur apa sebenar aku tak tau), kobis parut mentah dengan kacang tanah tumbuk. Kimchi lobak putih, carrot mentah, sambal belacan dia, cili hijau mentah, bawang putih mentah seketul-seketul, wasabi, pastu macam daun leek jeruk/masak apa entah. Rasa macam rangup kenyal-kenyal. Yang dalam pinggan square tu sea squirt mentah, makan dengan sambal belacan dia. Encik Jack je yang makan. Kalu orabang tengok ni sure dia suka. Strong kan.
Kat atas ni memang tempat untuk masak dan makan je. Kitorang tak pilih pun kedai ni. Kim Kang Woo tu la tunjuk kat sini. Ada banyak kedai atas ni. Macam tingkat 1 kat Pasar Besar Siti Khadijah tu la. Kebanyakan customer makan kat sini yang beli kat bawah la. Diorang bawak naik masak kat atas ni. Kat sini takde orang nak tolong oderkan kat kitorang. So, cakap lebih kurang je la kat diorang nak ketam stim dengan ikan bakar.
Try cili mentah sebijik-sebijik.
Kat sini yang tak bestnya, takde nasik. Memang tak serve nasik. Makan ratah-ratah gitu je. Holoh.
Ni dia ikan yang kitorang pilih kat bawah tadi. Sedap jugak isi dia manis-manis fresh. Sekali rasa macam ikan kerisi jugak. Hihi... Haiiiii kalu ada nasik kan best. Kenyang sikit perut.
Ni star of the night. King crab. Kalu tak rasa ni macam tak cukup syarat la datang Busan. Tapi sini mahal sebenarnya. Kalu nak murah, beli belah luar bangunan Jagalchi ni. Beli kat ahjumma-ahjumma yang jual tepi jalan. Ada jugak kedai yang menyediakan khidmat tolong masak seafood kot kat luar.
Feeling dapat makan king crab? Macam gigit paha ayam rasa isi dia... Maniiiiiiisssssss! Padahal stim buh air je.. Punya la fresh kan. Ofkos masa beli tadi hidup-hidup lagi. Jangan ditanya la cane dibunuh ketam ni.
Harapkan benda yang kitorang pilih tu je la yang boleh kitorang telan. Yang lain jeruk-jeruk tu takleh telan tak sedap. Kat sini seafood yang kita beli kat bawah kita bayar kat penjual. Bila naik suruh dia masak kat atas, dia caj la upah masak tu.  Total makan-makan king crab malam ni KRW96,000 untuk seafood yang dibeli dan KRW26,000 upah masak . Mahal tapi tak sedap mana. Glemer je lebih Jagalchi ni. Ke kedai lain bagi side dish sedap tak tahu la. Next time try tempat lain lah. Sini mahal.

On the way balik ke Popcorn, melilau jugak cari roti. Stok roti dah habis. Kalu nak yang betul-betul halal, roti ni je yang aku tahu. (study tak habis). Tanya-tanya geng bekpekes, diorang kata beli roti kosong kat Paris Baguette atau Les Tou Jours. Paris Baguette tu diiktiraf Halal oleh KMF, tapi bila kitorang tengok kat Jeju baru ni, ada jual produk roti dengan ham... Adoiii... Traveller dah pesan, beli roti putih ok, jangan beli yang ada inti or ham bacon tu je. Hmmm... Kalu tak jumpa brand Morning Toast ni, kena beli kat Paris Baguette jugak la nampak gaya. Banyak kedai dah aku masuk, memang tak jumpa brand ni. 
Balik bilik, terus tido. Encik Jack siap komplen lagi... Dia kata macam takde apa je Busan ni... Yeah, bila jalan-jalan waktu senja, dengan cuaca gerimis kekadang renyai-renyai ni memang mood boleh lari. Ofkos, compared to Jeju memang down la sket rasa. Terkesan jugak aku sikit sebanyak bila encik Jack cakap camtu... Rileks... Hari ni punya itinerary cikai-cikai tak mencabar langsung.. Wait till tomorrow. Kita tengok dia komplen lagi ke tak.

Selamat malam semua... Teringat weh kat budak gedaf-gedaf tu.

No comments: