Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, June 6, 2015

#1231 Me Vs Taejongdae Park

Dari Busan Station, kitorang cross jalan ke bus stand untuk ke Taejongdae. Taejongdae ni takleh gi by subway, tak sampai. Naik bus nombor 88 atau 101. Pakai T-Money je. Tambang bas sini mostly KRW1,000 gitu je. Murah kan. Patut la kitorang perati, yang naik public transport tak kira la subway ke bus ke.... Yang naik tu terdiri dari pelbagai kasta.. Yang pakai kot macam kerja bagus-bagus pun naik subway je.

Bus ni ada announcement. Bila dengar dia sebut Taejongdae, kitorang pun turun la. Masa nak turun dah rasa was-was betul ke tidak hentian tu. Sebab masa google street view dengan map, nampak macam Taejongdae tu dah last-last... Tak nak turun takut terlepas pulak. Ah turun je lah... Sebab ramai yang turun. Aku agak, betul dah tu kot dah ramai turun situ.

Alamak.... Tersilap la... Taejongdae jauh ke depan lagi. Style pengumuman bas ni, stesen yang jauh lagi nak sampai pun dia announce dah. Tapi in between tu ada je orang tekan loceng. Tu yang kitorang kompius tu. Menapak la beratus-ratus meter. Ke sekilo... Tapi rasa jauh gak la... Hekeleh... Driver pun takde kata apa... Salahkan driver pulak...
Last-last nampak jugak pintu masuk ke Taejongdae. Betul la Taejongdae ni last stop. Semua bas akan tuju kat terminal sebelah pintu masuk Taejongdae Park ni. Huk aloh penat je jalan kaki.

Kat Taejongdae Park ni masuk free, boleh pilih nak jalan kaki (hiking gitu) atau naik Danubi Train. Luas berkilo-kilo meter la jugak dalam ni. Kalu larat nak jalan kaki, boleh la join ahjumma ahjussi yang lain hiking. Aku awal-awal lagi bagitau 3 orang lagi ni, better naik train. Kang patah riuk kaki nak jalan.
Pokcik pakai topi kertas. Sempoi giler.
Masuk-masuk, beli tiket untuk naik Danubi Train dulu. KRW2,000 seorang. Dalam ni ada banyak hentian. Kau boleh hop on hop off sesuka hati dalam ni. Tapi tiket kena simpan la. Tiap kali nak naik dia akan cek. Kalu takde tiket, jalan kaki la kot.
Giliran kitorang naik train ni sejam lagi. Hari ni hujung minggu, ramai orang. So, molek jugak sejam lagi tu. Sempat la kitorang rehat makan minum dulu. Aku beli susu je. Diorang ni ada beli churros, kopi ais etc. Nak sangat try kopi ais kat Korea kan... Paittt!!! Kopi kat Seogwipo aritu sedap!
Train before ours.
Tempat duduk terhad pulak kat sini, ramai yang mencangkung-cangkung je nak tunggu giliran. Yang bentang tikar piknik pun ada. Tersadai la kitorang kat sini makan-makan sambil tunggu turn. Panas, tapi sejuk. So, tak sakit ati menunggu. Tak berpeluh mana pun herannya. Patut la mat saleh dalam tv suka benar piknik tengah panas kan. Memang tak panas mana pun.
Cukup time, kitorang naik train. Memang pilihan yang bijak la naik train ni. Harus la carut tak larat nak daki bukit...
Sini kitorang turun 2 femes spots aje. Spot sendu-sendu tak turun lah. Serik teringat masa kat Zoo Shenzhen tu. Pi baca balik apa yang berlaku. Ambik iktibar dari situ, kitorang just turun kat hot spots aje.
Ni 1st stop yang kitorang turun tapi dalam route train ni, ini stop yang dah ke berapa entah. Hentian sebelum-sebelum ni kitorang kan tak turun.
Aku ambik gambar kat bawah aje. Sebab dah tahu tingkat atas ada galeri gambar-gambar Choi Ji Woo aje. So, aku biar diorang je yang naik ke atas. Aku tunggu bawah je.
Secret admirer continues.
Ini gambar yang diorang ambik kat atas. Dah puas ambik gambar sini, kitorang naik next train untuk ke Yeongdo Lighthouse yang glemer dalam blog-blog tu. 
Turun train, kena hiking turun bukit sket. Jalan jauh pun tak terasa sebab sepanjang jalan rasa sejuk dan pemandangan pun cantik. Subhanallah..
To tell you the truth, aku lagi suka kalu jalan pergi tu menaik, dan jalan balik tu menurun. But it's the other way around :(
Turun lagi...
Lagi...
Dah nampak arch merah biru ni sedap sket hati. Dah nak sampai dah ni.
Tengok manusia-manusia bertabah kat bawah sana. Kalu rajin, dipersilakan turun tangga sampai ke bawah. Turun rilek je... Nak balik karang kau carut la diri sendiri sorang-sorang.. Hahahaha...
Melepek mokcik.
Pemandangan kat sini memang cantik giler ar. Bertuah orang Korea negara diorang cantik.
Nak naik cruise pun boleh. Tapi beli tiket kat mana, naik kat mana jangan tanya aku. Dah awal-awal takde dalam itinerary.
Kat bawah sana ada ahjumma yang jual raw seafood macam kat Jeju tu.. Sape nak makan mentah-mentah boleh la turun situ.
The famous Yongdo Lighthouse
Cukup-cukup lah tu. Kitorang patah balik tempat tungu train dan naik train untuk ke pintu utama semula... Keluar Taejongdae Park, jalan ke terminal bas dan cari bas nombor yang kitorang naik tadi. Turun kat Busan Station dan singgah Little India dulu makan-makan. Bekalan beras Malaysia dah habis :( Masa duk lalu-lalu area ni kelmarin dah perasan kedai ni. So, lunch kat sini je la hari ni. Tengok menu dia ada beriyani, tak mahal mana.
Restoran ni bawah tanah. Tertebeng logo Halal kat pintu masuk. Bila masuk, tengok ada jual wine and alcohol beverages. Patung Hindu pun penuh kedai. La hai. Tapi kitorang makan jugak la kat sini. Aku dengan SIL1 share chicken beriyani.. SIL2 dengan encik Jack share lamb beriyani. Portion tak besar mana tapi sedap dan kenyang jugak la alhamdulillah.. Tengok dalam menu, kat sini ada jual nasik putih beras basmathi. Beras korea pun ada tapi kitorang tak nak. Cadangnya dinner karang kitorang nak singgah tapau nasik basmathi tu la balik makan dengan lauk tin kitorang yang masih ada. Jimat sket kan. Lauk banyak lagi, beras yang habis dulu :p Bawak 2kg aritu ingatkan cukup dah wakakaka... Kuat melantak nasi kat sini.
Setel makan, singgah balik solat kat bilik dulu. Dah dekat dengan guesthouse kan. Lepas ni boleh proceed ke Haeundae Beach.. Yay!!!

No comments: