Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, June 6, 2015

#1232 Me Vs Haeundae & Yonggungsa Temple

Yang aku study sebelum ni, nak gi Haeundae by subway. Tapi kena transfer. Time nak keluar guesthouse tadi terserempak dengan manager Popcorn. Dia cakap takyah gi dengan subway, naik bas je senang. Bertindak mengikut arahan, kitorang pun tunggu la bas nombor 1003 ke Haeundae. Lama jugak perjalanan nak ke Haeundae hujung tanjung nun. Sejam kot. Dah la bas penuh. Lama jugak la aku dengan encik Jack kena berdiri. Letih :(

Sepanjang jalan nak ke Haeundae boleh tengok mall sana sini. Giler membangun Busan ni. Bila nampak signboard 'Haeundae' aku tanya unni sebelah aku, kat sini Haeundae ke... Ceh, tanya dalam bahasa Korea siot... Sekali dia jawab, sepatah , NEXT. Hahahaha... Pandai pon speaking! So kitorang pun turun la stesen berikutnya. Betul-betul tepi pantai..
Kat Haeundae ni tak tahu la diorang korek and timbun pasir berbukit-bukit untuk apa... Tak cantik mana la pemandangan. It's okay, kitorang ke sini pun nak kenal je. Pasni nak terus ke Yonggungsa. Bas ke Yonggungsa ni kena naik kat sini. Sebab tu apa-apa hal pun kena gak datang sini.
Cuaca sejuk-sejuk ni tak dapat la tengok unni oppa hotbods berjemur hahahaha... Semua bertutup je sebab sejuk.
Lepas SILs pegi toilet, kitorang cari bas stand untuk ke Yonggungsa. Here comes trouble sikit-sikit. Aku kan study ke sini by subway. Tapi tadi derhaka datang dengan bas. Kalu ikut yang aku study asal tu, keluar exit 7 terus ada bas stand kat tepi tu. Nah, stesen subwaynya kat mana?

Memang la dah study peta Haeundae ni. Dalam map nampak ada 1 je jalan lurus dari exit Subway  nak ke pantai. Bila kat lokasi sebenar ni nampak banyak pulak jalannya. Jalan yang mana 1 ni nak ke subway? Tadi kat pantai ada label anak panah tunjuk ke subway. Pastu dah takde. Warrgggghhhh!!
Sampai kat traffic light, lampu merah. Sempat la aku tanya unni kat sebelah mana arah nak gi subway. Cakap korea bengkang-bengkok you. Sekali dia tunjuk arah sana. Bila ikut arah sana tu, lost lagi... 
Apa-apa pun singgah convenient store topap T-Money. Giler kentang... Buh KRW50,000 pun tak cukup? Orang lain buh KRW20,000 je... Wakakakaaa... Mana taknya, orang lain pegi 3 tempat je sehari, kitorang ni belasah sampai 7 tempat. Lagipun T-Money tu guna bukan untuk transport je. Ada jugak guna untuk beli susu pisang bagai kat 7 Eleven tu.
Jalan-jalan, masing-masing gunakan kehebatan eagle eye view masing-masing untuk cari exit subway. Last-last nampak gak exit 7 ni. Tepi tu memang betul la ada bus stand untuk ke Yonggungsa.
Naik bas nombor 181. Bayar pakai T-Money macam biasa.
Tengok la bus schedule dia pun digital. Jakun mak. Bila bas sampai, nombor bas tu dia akan otomatik skroll ke next bus. Canggih, canggih. Boleh tahu bas kita ni berapa minit lagi nak sampai. Delay ke tidak...
Bas lama jugak nak sampai. Dapat je seat, aku terus bukak notes.  Cek itu ini. Dan pulak paparazzi aku ni candid gambar aku tengah study siap tepek kat whatsapp group family aku dengan tag berbunyi tour guide sibuk study. Cheh!
Bila announcement cakap Yonggungsa tu, kitorang turun la. Serik teringat silap turun kat Taejongdae tadi. Turun je bas, kitorang tercari-cari signboard ke Yonggungsa. Nak ke depan tetiba driver bas tadi honk... Ingatkan sebab kitorang bayar tak cukup ke apa. Rupanya dia cakap kitorang salah arah, patutnya pusing ke belakang. Eheheh... Tahu-tahu pulak dia kitorang nak gi mana. Gamsahamnida ahjussi! Kan bagus kalu driver Taejongdae tadi buat camni jugak.
The Running Ahjumma kembali meneruskan race. Dari jalan besar, menapak beratus-ratus meter untuk sampai ke entrance Haedong Yonggungsa Temple. Kesian SILs dah pancit tahap apa dah. Aku pun penat gak tapi disebabkan semangat nak tengok Korea ni puas-puas, aku lupakan seketika penat tu. Lagipun yang berjalan tu kaki, bukan otak.
Nak sampai ke pintu masuk kena lalu pasar diorang dulu.
Haaa dah sampai... Aku tahu kat depan banyak lagi halangan. Tapi aku duk diam-diam tak cakap kat diorang. Takut diorang givap awal-awal lagi. Hehe... Aku pulak yang bertenaga lebih-lebih kat sini. Padahal aku yang makan sikit sekali. Hehe..
Sini masuk free. Trip kitorang ni memang banyak nature yang free entrance pun. Haha jimat bajet. Tapi tempat tak kalah viewnya.
Turun tangga...
Masuk terowong..
Keluar terowong turun tangga lagi. Aku sebenarnya goyang jugak lepas baca banyak blogger kata nak datang sini kena naik turun tangga yang macam tak doable la.. Tapi terkejut jugak aku, bila berada kat sini secara live aku tak la rasa sesusah yang digambarkan. Or perhaps sebab kitorang dah rasa peritnya kat Cheonjeyeon tu dahulu sebelum ke sini. Cheonjeyeon jauh lagi challenging. So, setakat apa yang kitorang lalu kat sini, it's nothing lah. Cumanya kitorang ni penat sebab hari ni dah pekena Gamcheon dengan Taejongdae. 
Sampai daaaaaaahhhh... Lawa lah tempat ni macam yang diorang citer. Tapi in person ni nampak buruk sikit temple ni. Atau dalam blog-blog sebelum ni diorang dah touch up kasi filter bagai nak nampak cantik lagi.
Temple ni tepi laut. Kitorang  sampai sini dah nak maghrib. Memang lain lah moodnya bila berjalan time matahari takde ni. Macam aku citer gi Yongdusan tu la semalam. Aku rasa kalu datang sini tengahari, sure mood dia lain. More upbeat. Sebab tu Nabi pesan maghrib-maghrib duk dalam rumah jalan merewang sana-sini time setan banyak berkeliaran...
Tiap kali ada kolam, sure ada duit syiling yang orang baling. Percaya la orang-orang Korea ni kat benda-benda karut camni. Apa agaknya si pencuci kolam buat lepas dipungutnya semua syiling-syiling tu... Kau rasa? Eh tapi orang Korea yang sivik-sivik ni takkan ambik hak orang senang-senang camtu.
Kat sini pun ada jugak haenyo kalu kena timing. Tapi ni dah senja diorang mana turun ke laut.
Berhenti lepaskan penat kat sini kejap. Tunggu SILs recover their strength. Haha... Semangat betul aku ni kat Korea. Sakit-sakit pun larat je.
Kat Haeundae tadi teragak-agak sebenarnya nak datang sini. Sebab kat Haeundae tadi dah kul 6 dah. Naik bas dekat sejam nak sampai sini. Sini pulak tutup petang. Kot-kot la sampai kat pintu masuk diorang tak bagi masuk cane. Tapi gamble jugak datang tadi. Tak strict pun sini. Aku tengok ramai je lagi orang kat dalam ni.
Nak pos aku pun buleh ni..
Pic by google
Kat sini ada banyak patung diorang sembah.. Ada untuk pelajaran. Ada untuk zuriat. Patung dewa untuk dapat anak tu lupa aku nak snap. Diorang percaya la, kalu gosok perut gendut dewa tu, akan dapat anak laki/pompuan. Kalu gosok tempat lain dapat anak laki/pompuan. Gitu... Bila lalu kat dewa zuriat tu boleh nampak la kat perut tu licin sikit berbanding anggota tubuh yang lain. Ramainya orang gosok sampai licin perut-perut menggerutu tu.
Okey, jomlah balik. SILs dah penat. Mari menapak keluar semula dan tunggu bas kat seberang jalan dari tempat kitorang turun tadi.
Balik dari Haeundae, kitorang guna subway je sebab malas dah nak ke tempat tunggu bas tepi pantai tadi jauh pulak nak jalan. Turun bas terus masuk subway. Transfer lah sekali kat Seomyeon. Bila sampai Stesen Choryang, SILs balik bilik dulu. Aku dengan Encik Jack pegi tapau nasik basmathi kat Little India tadi. Dapat nasik, terus balik untuk siap dinner...

Dinner malam ni sesambil misi nak perabihkan makanan tin. Esok dah nak ke Seoul semula. Malas la mengangkut makanan-makanan tin ni. Lagipun beras dah habis. Kat Itaewon esok nak makan luar aje.

Malam ni bukak sup daging Adabi. Sedap weh! Memang rasa macam home cook. SIL1 bawak sambal belacan Adabi.. Aku ambik bau je la. Nak makan takut sakit perut. Sedap jugak bau sambal belacan tu. Sardin dengan kari-kari tin ni tak lalu dah.
Google.... Sedap nih.
Kenyang perut, nak basuh baju la. Kat Popcorn ni, basuh pun caj jugak. Yeha basuh je free. Sini, Basuh aje KRW3,000. Dryer KRW2,000. Kitorang nak basuh kering teruslah senang. Kelmarin masa cek in tu staf mat saleh tu cakap kalu nak basuh kain kena inform staf, takleh buat sendiri. So, aku pun naik la cari staf kat tingkat atas lagi tu. Dia tengah berjangok nak keluar agaknya. Aku cakap la nak basuh kain. Dia kata ok tunggu kejap.

Sejam kitorang tunggu dekat laundry tu dia tak turun-turun. Lemah betul aku dengan guesthouse ni. Payah benar nak tengok bayang staf. Dah tak larat nak tunggu, kitorang dah penat giler dah hari ni. Nak tido la jugak. Staf tak kunjung-kunjung tiba jugak. Aku dengan encik Jack pun memandai sendiri la operasikan mesin basuh tu.

Sepatah haram takde simbol dalam English. Semua in Korean. Manalah kitorang paham. Main tekan je la. Kalu rosak padan muka owner. Payah sangat kan nak tunjuk muka time kita perlu ni. Tekan-tekan, kain je pusing, air tak masuk. Pulak dah. Arrrgghhhh!!! Sakitnya jiwa. Staf tak sampai-sampai jugak.

Tekan punya tekan situ sini last-last keluar jugak air. Kitorang pun tinggal je la. Masuk bilik solat and nak tido dah la.. Dekat kul 12 dah pun.. Lama tu, Manager dia datang ketuk pintu bilik aku. Dia tanya kitorang ke yang nak cuci kain tu. Pastu dia kata kitorang silap masuk mesin yang diorang guna untuk basuh kain guesthouse. Laaahh... Kena tukar ke mesin satu lagi. Buang masa betul la... Kitorang basuh kering terus. Pagi esok la ambik. Tak kalut nak jemur dah kan.

Ni lah satu kelemahan Popcorn ni... Staf selalu takde. Kita nak masak nak bukak api dapur pun terkial-kial pusing sana sini kena discover sendiri. Once dah cek in, pepandai kau lah nak idup dalam ni.

No comments: