Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, June 7, 2015

#1233 Me Vs Busan-Seoul

Lepas breakfast roti yang beli kat Paris Baguette semalam (last resort sebab tak jumpa roti halal lain) aku dengan encik Jack keluar bersiar-siar sekitar Choryang ni. Itinerary asal pagi ni ke Gamcheon sepatutnya. Dah pegi kelmarin, pagi ni free la takde program. SILs lepak bilik je layan citer Korea kat henpon. Diorang dah hooked up dengan My Girl sejak kat Jeju lagi. Hahahaha.. Aku dah bertahun khatam citer tu.
Turun dari guesthouse kitorang jalan je ikut suka kaki melangkah. Dekat guesthouse aku ada Choryang Market. Jalan kaki sikit je. Pagi ni aku layan ambik gambar bunga sebab there's nothing to rush. Bunga-bunga kat Busan ni memang thriving lah. Sini kan sejuk dari Seoul.
Kitorang takde tujuan pun pagi ni. Ingat nak cari Daiso. Kelmarin nampak dari atas bas. Lupa pulak blok mana. Tak jumpa Daiso, jumpa kedai dengan pasar je.. Takpe, aku suka kepochi nak tau pasar dia jual apa.
Kitorang keluar pagi lagi, diorang pun baru nak set up kedai. Banyak yang belum bukak pun lagi.
Dari awal sampai Korea lagi aku teringin nak rasa melon Korea yang kuning-kuning bentuk macam belimbing tu. Tapi nak beli, banyak sangat ni. Malas nak angkut pegi Seoul pulak pasni.
Sampai ke Chinatown kitorang jalan. ;p
Garlic jual camni kat sini.
Tomatoes
RM34 sebijik. Besar gilo buahnya.
Miniature roses.
Yang ni terkilan tak try. Raspberi kot. Nak beli takut tak sedap. Dah menyesal di situ.
Kimchi
Kedai Encik Jack.
Iklan Tourism Malaysia pun ado sini.
Tiket kul 12pm. Kul 11 lebih lagi cek out tinggal je kunci bilik kat tingkap reception yang takde staf jaga. Terus jalan kaki heret beg ke Busan Station KTX tu. Saje masing-masing gelenya nak naik KTX. Padahal tiket KTX ni lagi mahal dari flight Jeju baru ni. Bila lagi nak rasa naik bullet train Korea pulak. Aritu dah rasa bullet train China.
Kat sini pun kitorang pakai mask. Nampak ada pegawai/wartawan yang duk berkampung siap dengan kamera thermal untuk pantau suhu orang ramai. MERS kan. Entah berapa dah mati rakyat kat Korea ni.
15 minit sebelum time, kitorang dah turun ke platform. Takde sape yang jaga. Train kitorang dah ada. Terus masuk letak beg dan cari seat. Takde cek tiket pun? Kalu kitorang main naik tak bayar tiket pun takpe agaknya.
Tak penuh pun train hari ni. Padahal hari Ahad.
3 jam nak gi Seoul ni memang berperang dengan mengantuk aku. Hati nak sangat tengok pemandangan kampung-kampung, ladang anggur, ladang epal, sayur.... Tapi mata memang berat giler. Berapa kali entah tertido.
KTX ni takleh lawan bullet train yang kitorang naik kat China sampai 300km/j. KTX ni 300 pun tak sampai.
Okay, dah sampai Seoul Station. Cari tempat nak naik subway,
Kali ni kat Seoul kitorang duk area Itaewon pulak. Senang nak cari makanan halal. Memang dah plan dari awal last day kat sini tak nak masak nak makan luar je.

No comments: