Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, June 7, 2015

#1234 Me Vs Last Night In Korea

Sampai je Seoul balik, body diterpa suhu yang berganda. Kat Busan tadi 19 degree Celcius. Sini Seoul 29 degree Celcius. 10 degree beza.. Alaaaa... rasa hangat la pulak after some days bersejukan kat Jeju-Busan.
Googled
Keluar je dari Exit 4 stesen subway Itaewon, aku pun terkebek-kebek la duk bukak notes nak komfem jalan mana nak ambik. Saje nak kepastian je. Tengah sibuk tengok note tu, tetiba dengar orang tegur Can I help you? Eh bila masa diorang ni datang aku tak perasan. Macam gambar google atas dan bawah ni la. Diorang ni kira information center bergerak la. Keje dengan tourism diorang kot. Keje diorang ni tolong pelancong yang nampak lost macam kitorang ;p Bagus tak diorang? Aku tak sempat tanya pun dia tanya aku dulu. So, alang-alang dia dah tanya, aku pun tanya la arah nak ke Itaewon Inn. Padahal dah tahu, saje nak test skill diorang hehek. Terus dia keluarkan map, conteng-conteng untuk mark kitorang kat mana, pastu nak tuju arah mana. Okeh, got it.
Googled
Jalan la menerusi jalan yang dia tunjuk. Sekejap je dah sampai guesthouse kitorang untuk malam ni. 1 malam je pun duk sini. Esok dah nak balik Malaysia :(
Itaewon Inn. Bilik kitorang atas sekali :(
Reception counter kat tingkat 1, gigih la mengangkut anak-anak gajah memasing naik. Cek in, dapat bilik kat tingkat 4! Pengsan! Hahahahaaa... Nak mintak nyawa rasa! Nasib baik kitorang dah tinggalkan semua makanan dalam tin yang tak nak makan tu kat Popcorn tadi. Kalu tak, berpeluh lagi nak angkut luggage naik ke tingkat 4! Ramai gak Malaysia duk sini. Ada la jumpa Malaysian family yang baru nak cek in kat sini.  
Jumpa pintu bilik, bukak pintu ada 2 pintu. Satu pintu bilik kitorang, 1 lagi pintu bilik guest lain. Kitorang ambik 1 bilik je kat sini. Dalam bilik ada 2 queen bed.
Kat sini bilik agak luas jugak. Sama sebijik macam dalam website. Yay tak tertipu kat sini. Bilik kitorang lebih kurang camni la (gambar bawah) tapi susunan perabot lain la.
Google image.
Letak beg, solat, terus turun cari makanan. Lapar! Makan kat Turkish Kebab yang bersepah kat sini. Kedai sempit giler. Tapi boleh survive. Kebab sedap tapi aku tak habis makan. Encik Jack sedia berkhidmat untuk clear kebab aku hehe.. SIL1 beli eskrim kat sini. Menyampah pulak tengok abe turki ni duk buat ice-cream trick tu, orang nak lekas pun nak kena tunggu habis trick dia dulu. Masa kitorang makan kat kedai Sultan Kebab ni, ada makcik dari Malaysia dengan anak and husband dia tengah makan kat sini. Kitorang ada la bertegur sapa..
Lepas makan, kitorang tour kawasan Itaewon ni. Kat sini je la boleh nampak Muslim foreigners yang ramai kat Korea ni. Restoran halal, halal bakery, halal butcher, Masjid, library ada kawasan ni. So, kitorang pun jalan je la ikut kaki melangkah. Main point nak visit masjid je.
Last-last jumpa jugak masjid Itaewon. Tak susah pun cari. Time kitorang sampai ni diorang baru habis solat asar kat masjid. Ramai la duk melepak atas tangga. Mak nak ambik gambar pun ramai photobomb. Kitorang dah jamak kat bilik tadi, tak solat la kat sini. :(
Geram nak gunting tak?
Tadika di perkarangan masjid.
Nak dinner sini malam ni.
Dari masjid, kitorang keluar ke jalan besar. Saje nak tengok-tengok shopping street kat sini.
SIL2 nampak kedai orang jual soouvenir tepi jalan ni. Alamak, shopping part 3 continues. Bukan nak shopping sangat sebenarnya tapi duit won banyak lagi. Kalu boleh malas nak tukar dah bila balik Malaysia. Misi menghabiskan duit won mode in on!
SIL1 beli pinggan untuk display tu, aku terjebak sama beli untuk Puan Menteri sebab aku belikan dia brooch je. Dia yang tukang jaga anak-anak aku takkan bagi tu je kan. Pastu encik Jack remind, jersi Nik Pareh pesan tu. Aku dah lupa dah sebenarnya. Jumpa kat kedai underground, KRW40,000.
Dah. Duit banyak lagi pun dah tak larat nak shopping. Moh balik bilik rehat dulu. Malam karang nak turun cari makan lagi. Aku aim nak makan kat Eid tadi tu. Masa lalu tadi, tuan kedai dah bukak pintu tapi kitorang cakap later sebab nak makan malam karang. Tadi kan dah makan. Eid tu kedai Korean Food. Tokey dia memang 1 family Korean Muslim. Ramai bekpekes kata situ sedap dan harga berpatutan. Nak try!
Itaewon inn rooftop. Sama macam dalam citer Korea.
Tu je masjid. Kalu jalan straight dekat je la
Lepas solat maghrib kat bilik, aku ada reunion dengan geng kebun.Yang laki ni orang Malaysia yang dah bermastautin kat Korea 19 tahun dah. Merantau masa dia umur 18 tahun. Skang ni dah 3 tahun kawin dengan orang Korea. Tu bini dia la. Now kawan aku ni dah ada ic Korea dah pun. Tapi dia selalu la balik Malaysia. Dia kasi aku benih bunga Korea, in return, aku kasi dia souvenir budu. Hahaha... Suka dia. Dah lama tak makan budu katanya. Padahal orang Banjar Kulaan.
Gathering kat Itaewon Inn.
Sembang kejap je dengan dia. Sebab yang lain-lain dah lapar. Aku pun. So, kitorang berpisah dah terus hala ke Eid tadi. Sampai-sampai, kedai tutup dah! Uwaaaaaaaaaa!!!! Menyesal tak datang awal-awal. Muree pun dah tutup. Bersalah pulak aku dekat semua 3 yang lain. Kalu aku tak jumpa kawan aku tadi sure sempat datang makan sini. Sobs.... Terkilan sangat-sangat. Sorry ye SILs.... Salah I, I know. Semua kedai dah tutup. Tinggal kedai makanan arab, serbia, afrika gitu je la. Takkan la kot.

Awal benar kedai tutup kat sini. Kul 9 je pun baru. Last-last singgah kedai kebab tadi la order kebab 2nd round.... Wuuuu... Cari bakery halal pun semua dah tutup. Tinggal bakery yang jual baklava tu je bukak. Aiyyarkkkk.. Aku beli susu je la kat kedai runcit halal mart sini. Pastu tumpang kebab encik Jack.
Balik bilik, kemas lebih kurang, tido awal. Esok kul 4 pagi dah kena bangkit bersiap ke epot. Malam ni yang lawaknya, semua 3 orang yang lain sibuk marathon drama Korea penangan gi tempat-tempat lokasi penggambaran kan. Encik Jack rerun My Love From Another Star... SILs My Girl. Tapi masing-masing lain episod. Aku je yang tido awal, diorang layan drama.

Berakhir sudah tour di bumi kimchi... Sobs.. Esok nak balik dah.

No comments: