Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, June 8, 2015

#1235 Me Vs Bye-Bye Korea :(

Bangkit kul 4 pagi lagi. Kejut SILs yang marathon My Girl semalam entah sampai kul berapa baru diorang tido... Hahaha.. Lawak giler trip ni. Lepas gi Jeju tu semua kecuali aku pakat duk layan drama Korea... Rugi kan duk sini tanpa serabut dengan budak-budak, connection internet pulak laju, memang wajiblah marathon. Bila balik Malaysia takde peluang dah.
Hari biasa pun ramai jugak manusia atas AREX ni.. 
Flight kitorang kul 10.05 pagi tapi nak ke Incheon International Aiport tu sejam lebih dari Itaewon ni, nak kena tukar line lagi. So, kitorang bertolak dari sini kul 6 pagi lagi.. Takde la rushing kan. Buatnya ditukar gate last minute macam kat Ho Chi Minh tu tak ke haru. Dah la Incheon Airport ni besar tak besarnya, ada 132 gate. Tengok gambar bukti kat bawah ni. Walau kau ratu pecut sekalipun, kalu tersilap gate larilah tak cukup tanah.
Courtesy of SIL2.
Kitorang tiba kat epot Incheon kul 7 lebih. First thing, kena gi return Wifi dulu kat tempat yang kitorang collect aritu. Kang terlupa bawak balik sampai Malaysia habislah. Agen ni kul 6 pagi dah ada. Molek sangat lah. Takde la kitorang yang awal dari dia. Lepas hantar wifi, turun ke convenient store nak perabis T-Money. Kalu tak nak perabis pun boleh je. Saje je la sesambil teringat boleh beli souvenir Korea lagi. T-Money aku ada KRW8,000 lebih lagi. So, borong susu pisang la kasi orang kat kampung try. Kat Malaysia susu ni mahal weh. So, aku beli 5 botol. Tu pun ada belen KRW600 lagi.. Tak habis jugak T-Money aku. Huk aloh... Takpe, nanti sape-sape nak gi Korea boleh la aku pass T-Money aku ni. Kad ni takde expiry. Kau just topap je time nak guna (aktifkan kad tu).
Lepas habiskan T-Money tu, kitorang terus beratur untuk cek in. Berlingkar-lingkar line. Tapi tak lama pun sebab banyak kaunter yang dibuka. Heran aku tengok macik-macik Vietnam yang nak balik negeri ni beli periuk belanga kat sini berkotak-kotak sorang.. Tak exceed berat ke? Ke kira cane ek? *kepoci lagi.
Lepas cek in, baru la rilek sikit. Terus ke gate kitorang. Baru rasa lapar. Bangun pepagi tadi mana sempat nak makan-makan. Asyik duk pikir apa lagi yang tak isi dalam luggage je. Kat sini pun kitorang makan kat Lotteria lagi. Semalam kan tak jumpa roti. Kena la alas perut makan burger kat sini. Diorang makan burger udang. Aku je tak lalu bau mayonis pagi-pagi ni. Mual. Diorang makan burger, aku makan fries je. Janji ada makanan dalam perut.
Suka tengok food court kat sini... Bersih.. Sebijik macam food court dalam drama Korea. Nampak ada 1 stall ni jual set nasi Korea dengan sup and lauk tu... Nak order tapi tak tahu lauk apa... Kalu daging-daging ofkos la takleh makan.. Tetiba nampak sorang akak Muslimat sorang ni. Sorang-sorang je dia. Dari gaya tudung macam orang Malaysia. Aku duk usya dia kot-kot dia nak pandang, aku nak la senyum kat dia. Tapi dia tak pandang pun aku... Aku tengok dia makan kat stall yang set nasik tu... Eh, halal ke? Alaaaaa... Terliurnya korean food... Tapi sekadar terliur dari jauh je la. Nak gi order takut tak halal tu la..
Jakun aku kejaps kat sini. Dari jauh ingatkan mesin apa la yang dalam gambar bawah ni... Rupanya peti yang stainless steel tu peti untuk letak gelas besi macam gambar atas ni. Siap sterile you! Mesin yang kaler hitam berkilat tu drinking water vendor machine. Kiranya kalu nak minum air, bukak peti stainless steel tu ambik gelas yang siap sterilised tu, bawak ke mesin hitam sebelah tu untuk isi air... And of course it's free. Suka tak suka tak suka tak.
Kenyang perut, sambung pakai mask dan terus ke tempat boarding. Flight alhamdulillah on time. Hmmm... Cepatlah naik flight. Aku nak sambung tido.. Mengantuk dan penat yang dihimpun 8 hari kat sini ;p
Yay! Flight baru sikit!!!
Nak balik ke Malaysia ni, selera makin ok sikit. Berselera jugak jamah Moslem Meal yang kitorang order ni. Menu VA bound ke Hanoi ni  ayam rebus/celur/stim dengan ubi kentang, buncis, capsicum dan isi oren, shrimp salad (agaknya la), bun, with pineapple slices. Buah aku tak jamah la takut memerut dalam flight ni payah pulak. Salad udang tu aku makan semulut dua je, loya tekak. Ayam sedap jugak.. Chicken breast tu ada rasa oren-oren dari isi oren tu.. Banyak jugak aku makan walau tak habis pun.
VA Incheon-Hanoi
12.35pm landed kat epot Hanoi.  Sampai-sampai je kena isi borang health declaration ni. Hekeleh buang masa je. Kalu aku tak ok, tapi aku tipu kata aku ok pun dia cop jugak nya..
Transit sini 2 jam. Sempat la kitorang solat kat epot ni dulu. Time kitorang sampai kat ruang menunggu ni lengang lagi. Masing-masing cecepat pegi toilet ambik wuduk pastu bentang pelikat encik Jack kat belakang tiang. Haha tiang lagi kan. Sejadah tadi lupa nak buh dalam beg hand carry. Terbubuh dalam luggage, selamat la dalam perut kapalterbang. Nasib baik ada kain pelikat encik Jack untuk alas sujud. Flight attendants dengan staf lain yang lalu lalang tepi tempat kitorang solat tu panjang leher-leher duk perati apa yang kitorang buat. Tapi diorang tak kacau la.

Kat epot Hanoi ni, ada water cooler tapi kitorang takde botol nak isi air. Botol isi air masuk jamban tu ada la. Terpaksa la guna duit USD yang Puan Menteri bagi. 1USD je pun. Buat beli air mineral. Terkebek-kebek nak bayar duit USD tu. Hahaha.. sebab gambar sama je untuk semua note USD1, USD5, USD10 etc... Kaler pun sama.

3.40pm kitorang berlepas dari Hanoi ke KLIA.... Tak sabar-sabar dah nak balik jumpa anak-anak. Rindu sangat-sangat dah. Tapi, sampai KL tido umah SIL1 dulu malam ni. Flight ke KB tengahari esok. Wuuuuu... Lambatnyaaaaaa....
VA Hanoi -KL
Meal kali ni aku rasa yang paling sedap dalam 4-4 flight VA yang kitorang naik sepanjang 8 hari ni. Ke sedap sebab mood dah berubah ke happy giler nak balik jumpa nasik... Hehek. Menu petang ni tak tahu apa nama atau masakan apa. Tapi sedap. Tu je boleh cakap. Udang masak apa tak tau, kuah merah-merah tapi manis. Udang fresh. Pastu sayur sawi tu pun tak tahu masak apa. Kacang kuda pun tak tahu masak apa. Bau rempah agak kuat. Aku makan tak habis kacang kuda tu. Salad siap dengan vinaigrette dressing. Ada yogurt, Anchor butter, bun dengan susu dalam bekas kecik tu. Tak tahu nak makan or minum dengan apa susu kecik tu. Agaknya susu tu untuk buh dalam teh/kopi time diorang serve. 

Unfortunately, both VA flights yang aku naik hari ni tak dapat serve hot drinks due to bad weather. Ada sekali tu memang menjunam sekejap flight time rempuh air pocket. Fuh! Not a nice feeling to remember. Nasib baik tak tumpah air. Apapun, alhamdulillah semua selamat.
Tiba di KLIA jam 7.50 malam. Rumusan jumlah langkah kitorang kat Korea adalah seperti di atas. SIL2 la selalu update apps dia. Malam-malam sebelum tido mesti masing-masing sibuk nak tahu dah berapa langkah kitorang jalan hari tu. Ni 45,336 steps ni untuk 8 hari kat sana la. SIL2 cakap kalah steps masa pegi umrah hari tu ;p

Jumpa Iron Chef untuk pass souvenir dia dengan Bos IBM. Bagi teruslah senang. Solat dan dinner kat KLIA malam ni. 

Sampai umah SIL1, dah kepenatan... Esok nak balik jumpa anak-anak!!!! Yahooo!!!! 

Maka esok bakal berakhirlah percutian aku.... Kembali ke pangkuan anak-anak. Back to square one.

No comments: