Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, June 24, 2015

#1236 Me Vs Post Vacay Syndrome

Dekat 3 minggu dah ye aku balik dari Korea.. Frankly speaking, I am missing Korea so much. Dekat 30 entries dok potpet-potpet citer pasal trip Korea kan. Tapi aku tak citer pun lagi ada benda yang aku bawak balik dari sana. Benda yang aku tak beli, dapat free je... Pine cones. And kulit. 

Pine cones... Idea nak mengutip benda alah ni aku pun tak ingat kenapa. Tiba-tiba rasa nak kutip kot bila tengok cones kat sana besar-besar. Berterabur tepi jalan takde sape kesah. Mulanya sebelum gi Korea aku penah pasang niat nak kutip je benih bunga yang ada kat public area.. Tak kira mencuri kan? Tapi tak terbuat pulak yang tu. Instead, aku pegi kutip pine cones pulak... Hihi.. Tapi pines cones pun cantik! *pada mata aku lah

Makcik aku dulu pernah duk US dekat setahun. Masa pakcik aku habis service kat sana, diorang pun balik la Malaysia semula. Pine cones antara barang yang diorang bawak balik dari US. Berkotak dia kutip kat sana. Cantik-cantik dan besar-besar. Malaysia ni aku tak tahu la Fraser's Hill or Cameron Highlands or Genting Highlands boleh capai standard ni ke tak.
Aku start kutip cones ni kat Gyeongbok Palace di Seoul haritu... Tapi cinonet je pine cones kat sana. Yang aku jumpa cuma sebesar ibu jari je. Lebih kurang kat Malaysia ni kot. Seoul masa aku gi tu agak panas compared to Jeju and Busan. Bila kat Jeju hari yang buat island tour tu... Sukanya dapat jumpa pine cones yang besar-besar ni.. Kutip sampai kembung backpack aku. Hihihi... I'm one happy gal that day, enjoying myself to the bits. 

Dalam hati cuak gak kot-kot sampai kat epot kastam tak lepas sebab aku bawak keluar hasil bumi dia... Mak ni kan jakun epot. Dalam kepala dah set dah, kalu dia nak rampas, let it go je lah. Bukan aku beli pun. Tak rugi apa lah cuma rugi dari segi keinginan tak dapat ditunaikan tu je la. Cones ni aku buh dalam backpack hand carry je. Nak buh dalam luggage takut hancur kena lenyek. Handle with full of care ni tau! Penuh hati-hati nak letak beg ni takut terhimpit, terhempas nanti patah tak cantik la... Tapi bila sampai ni, tengok-tengok ada jugak yang patah... *sigh I've done my best to protect them. :P Apapun, alhamdulillah lepas je mesin scan tu.
Paling cinonet tu yang kutip kat Seoul.
First I laid my eyes on these lovelies adalah masa kat Oedolgae. Mula-mula nampak cone tergolek tepi laluan tu dok berbelah bagi nak kutip ke tak nak kutip... Selaku orang yang tinggi ego, malu weh kalu orang tengok aku duk buang tebiat tertonggeng-tonggeng sorang-sorang kat situ hahahha.. Alhamdulilllah aku telah ambik keputusan yang aku sekali-kali tak sesal. Takde orang tengok pun. Cuma Moon Orabang aje yang tegur aku buat apa (in Korean)... And I replied, I like it (in Korean too) Nasib baik dia tak join tolong kutip sekali. Ahahaha...

Now, having these babes in my home, seeing them everyday makes me miss Korea even more. Haih.. Makin mahal hobi aku nih (hobi asyik nak gi Korea). Eh tapi don't play-play, someone told me, these cones kalu time Krismas dijual dengan harga RM15 each! Peh. Awat tak habaq awai-awai... Boleh aku bawak guni gi Korea haritu. Ceh.

Ingatkan aku je yang cheapskate traveller... Ropanya, bila share pasal gambar ni, ramai pulak yang pakat share kisah masing-masing dengan pine cones ni. Ada sorang tu study oversea dulu. Dekat tingkap bilik dia ada dahan pokok pine yang subur.. Dia cakap sanggup tu panjat dahan tu semata-mata nak petik pine cones nak bawak balik Malaysia hahaha... Pulak tu, pine cone yang masih intact dengan induknya adalah sangat liat nak petik. Nasib baik tak jadi nangka busuk.

Yang lain-lain pulak share benda yang sama macam aku, kutip time pegi makan angin oversea. So, I'm not the only one and I'm not a freak okay. Hiiiiii :) 
Ganti rantai emas yang Wa bagi tapi hilang tu.
Last day kat Korea tu aku tak sedap badan. Malam last kat Itaewon tu rasa nak selsema dengan demam. Time tu pulak tengah hot dengan Mers kan. Cuak weh takut kena quarantine kat epot mana-mana negara. Banyak negara nak singgah kan sebelum sampai epot KB. Malam tu cepat-cepat telan ubat segala maknenek yang ada. Pagi esoknya nak ke epot tu pun macam-macam tak best rasa... Ubat dah makan, tawakal aje lah... Dengan harapan it's just the weather. Ye lah kan, hari yang Jeju ke Busan tu ada main hujan sikit... So most probably because of that lah. Hopefully. Sebab SIL2 kata virus Mers ni after 3 weeks lepas balik dari Korea pun dia boleh hidup lagi... Ngggiiiiii... Takottt...
Ni sebelum Ramadhan. Ramadhan dia rajin baca Quranul Karim.. Bini je banyak syaitonirrojim ;p
So far sampai ke hari ni masih mantain lagi kesihatan. Takde demam. Rasa nak terselsema tu asyik ada lagi. Jangkit dengan budak-budak ni kot. Apart from that, I just suffer from post vacation syndrome ;p! 

Encik Jack in the other hand balik-balik Malaysia sempat sambung marathon My Love From Another Star tu lagi. Warning: Do Min Joon is infectious and contagious... Ada orang terkena badi Korea sudah.... Kakak-kakak ipar 2 orang lagi tu tak tau la pe citer hahahahaha... Rasa macam takde chan dah kot hahahahaha... Tapi sempat je ajak kitorang trip Oz pulak... Adoiiiii.... Penat study trip Korea pun tak habis lagi rasa. Not to mention the fulus side.. (but it's a good thing that SILs tak serik untuk world tour dengan aku yang sotong ni lagi hehek).
Mula-mula sampai ku putih lagi... kulit made in Malaysia.
Ok... Tadi awal-awal aku sebut 'kulit' kan. Yes, kitorang bawak balik kulit baru. We got free tanning session in Korea LOL.... Gaya cakap tu macam kat Malaysia ni dah puas berjemur tak hitam-hitam kan. Agaknya pembakaran kulit banyak terjadi kat Jeju kot. Sebab banyak outdoor activity tepi laut. Punya la having a whale of time katanya kat sana kan. Dekat nak balik baru masing-masing perasan kulit dah Dayang Nurfaizah sangat. :p But it's a worthy Dayang Nurfaizah kind of skin tone. Sawo pun sawo lah. Bukan tiap tahun boleh gi tukar kulit kat Korea kan. It's okay, balik Malaysia kita perintah berkurung sampai kulit seputih the next Adira wakakakakaaa.. 

Sementara ni, tiap kali selak lengan baju kat pergelangan tangan, kita enjoy saje lah pemandangan bendera pahang di situ. Tengok bendera pahang, ingat Korea ;p
Orang Korea sendiri pun tak hitam camni duk kat Korea.
Pegi Korea haritu aku sengaja bawak jeans yang paling longgar dan selesa yang aku ada. Sebab pikir nak solat di mana-mana sahaja kan kat sana kalu perlu. Sebelum pegi tu, semua jeans aku pakai dah macam model jeans Calvin Klein pakai. (bluekkk) Bila sampai sana, jalan sana sini beribu langkah sehari naik turun tangga tambah-tambah pulak dengan takleh makan banyak, loose terus seluar aku. Both SILs and Encik Jack face the same thing. Diorang happy la buleh shred some kilos kan. Tapi si kerempeng ni kalu boleh nak ikat semua lemak tak nak kasi hilang.. Boohooo...
Again... I missed Korea...

Balik-balik Malaysia aritu bila jumpa anak-anak, Adam macam biasa je. Tapi cik Kak kita ni macam malu-malu pulak dengan aku. Kalu tanya apa-apa, tersipu-sipu dulu dia nak jawab. Hihi.. Lucu pulak.. First few days balik Malaysia tu memang kena ejas diri sendiri dengan persekitaran yang child-friendly ni. Selalu lupa nak suruh Adam solat. Everything needed time to be resumed. So do I. Tapi seboleh mungkin tak nak marah-marah diorang la sebab dah banyak hari tak jumpa...

esok sambung mengarang lagi... for now...aku update dulu...thehehe...

No comments: