Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, June 26, 2015

#1237 Me Vs Shopping Hazard

Assalamualaikum salam Jumaat untuk semua...

How's fasting? Aku, tahun ni la posa yang paling haru-biru. Paling lemau dalam sejarah. Since posa day one lagi duk rasa letih je sepanjang hari. Macam first-first belajar posa kecik-kecik dulu. 2,3 hari pertama posa tahun ni, cik Kak kita ni duk marathon susu dengan jamban. Baru je mata nak terlelap dengar Mommy, nak susu! Ok buat susu kasi dia... Baru je nak lelap semula... Mommy, nak kencing! Susu-kecing-susu-kecing-susu-kencing sepanjang hari sampai ke malam... Tengah tido tengah malam pun kejut nak gi jamban. Not complaining, sedar itu tandanya anak aku sihat walafiat, which is a good thing to be thankful. Tapi letih la... Gelap mata tu adalah perkara biasa dah skang ni.

Kenapa lah ye. Aku makan ok je. Nasik la. Ada sekali je berbuka dengan mi hailam. Sahur pun almost everyday ugut diri sendiri nak sahur roti je sebab tak lalu nasik. Tapi end up makan nasik jugak walau sikit sebab tak konfiden perut ok kalu tak makan nasik. Makin tua ni makin Melayu perut I. Kalu makan nasik sikit, aku topap la dengan roti atau buah atau susu.

Encik Jack sejak sakit macam-macam ni, dah jadi tak berapa lalu makan. Elok jugak camtu, bagus untuk kesihatan. Nak tunggu pantang betul-betul tu tak tahu la bila.. Dia banyak kali jugak sahur makan roti je. Perut dia tahan, takpe. Perut sotong aku ni mana boleh. Posa tahun ni hari pertama lagi dah beli kat param. Beli nasik kerabu. Sebab tak tahu nak makan apa. Lepas tu berkali-kali lah lagi beli kat param. Teruk idea masak-masak Ramadhan tahun ni.
Few days sebelum posa start tu colleagues encik Jack ada buat pot luck sempena nak posa. Main course diorang tempah. Tapi starters and desserts diorang pakat-pakat la buat. Encik Jack volunteer nak bawak popia. Hujung minggu lepas kitorang buat la popia. Popia aku ni memang la sedap. Kalu jual frozen memang la laku. Tapi satu je masalah. Aku tak reti gulung. Hahahaha... Ada senget. Ada panjang, ada pendek. Ada gemuk ada kurus. Cemano?
Selingan:Zaraa's mask. Dia beuat sendiri.
Selingan: Sambal belacan + tempoyak + kuinin/bachang
Last weekend kitorang keluar shopping raya. Tahun ni pegi awal-awal sebab kalu last minute, saiz baju payah nak dapat. Kitorang shopping kat Pacific aje sebab kat sini memang banyak sale. Dekat pun dekat. Budak 2 orang ni memang potong stim la nak shopping. Shopping baju diorang jugak, bukan baju kitorang. 2-2 duk mengamuk nak pegi main kat Playland sebelah tu. Kita ni datang sini nak beli baju, bukan nak main. Yang pompuan ni dok melalak tak nak bagi kerjasama. Nak pusing pilih baju pun putus angin aku. Last-last aku ambik je T-shirt. Jeans nasib baik sempat jumpa sebelum dia melalak tadi. So, raya tahun ni dia no dress. Sape suruh buat perangai. Fedap lah shopping macam ni.
Ikutkan hati memang tak puas hati pun pilih T-shirt tu kat dia. Tapi nak buat cemana. Stress mak shopping camni. Tahun ni baju raya anak aku tak semegah la. Tu je boleh cakap. Susah la shopping dengan diorang ni. Lepas bayar baju diorang, encik Jack nak beli baju dia pulak. Nak heret budak-budak tengah prolemo ni memang bukan pilihan yang bijak. Laki aku ni kalu pilih baju dengan seluar boleh tahan mengalahkan pompuan jugak. Dia pilih lama takpe la sebab aku yang melayan budak-budak ni. 

Makanya aku suruh dia naik dulu, biar bebudak ni makan kat bawah ni dulu. Hihi... Segan pulak aku nak pegi beli eskrim kat sini. Adam nak sweet corn in cup. Nasib baik kiosk ni ada tempat makan yang agak tersorok dari tatapan pengunjung yang lalu lalang. Selamat la port 2 orang ni makan. Lama jugak tunggu diorang makan. Lepas 1 kon, nak 1 kon lagi eskrem. Layan je la. Janji jangan buat hal. Kalu naik atas awal-awal pun diorang boring jugak nak tunggu kitorang shoppping.
Setel sahur diorang ni, baru naik atas. Sedang molek naik tu encik Jack tengah beratur kat cashier. Aku tinggalkan budak-budak ni kat dia, aku pegi ladies department pulak. One thing aku tak suka shopping sini, kat sini tak banyak bangku disediakan untuk duduk. Posa-posa ni memang tercari-cari la tempat nak duduk sambil tunggu yang lain shopping kan. Sangat la tak concern keperluan pengunjung.. Bila encik Jack datang, aku suruh dia pegi duduk mana-mana dulu kot-kot la aku naik syeh nak mengopakkan wallet dia lepas tu kan. Pusing-pusing tengok baju, banyak yang tak menepati syarak. Lengan dah labuh, punggung dah labuh tapi jarang lah pulak. Kain tak jarang, ikut body lah pulak. You know all these things. 
Frust tengok baju-baju yang tak mesra Muslimat ni, aku tuju ke arah handbag je la... Kalu aku berkenan tu mesti yang takde less. Bila tengok area henbeg tambun tu... Alaaaa macik-macik sangat la... Ingat lagi tahun lepas anak aku kata... Macam beg mamatuk T_T

Pusing-pusing-pusing, nampak la 3 beg best buy ni... All leather. Satu kaler kuning, satu kaler biru, satu kaler purple... Gambar kat atas ni bukan kaler sebenar. Tengok depan-depan tone dia lain sikit. But you get the idea lah how it looks. 3-3 nampak cantik di mata aku. Puas sangkut tiga-tiga kat lengan macam lengan Kak Ros kekdahnya... Tapi lengan I takde gelang bling-bling 4,5 kali ganda harga rumah I skang ni ;p Pastu aku eliminate yang biru... Sebab rasa macam purple lagi outstanding pulak... Pegi depan cermin lagi sangkut beg kuning dengan purple kiri kanan bahu.. Looohhhh dua-dua pun santekkkk... Sales girl tu cakap, yang kuning tu last, takde stok dah. Kaler lain banyak lagi. Mak ambik kuning! First time beli leather handbag. World rasa. Memang duniawi pun kan :p

Merasa la beli henbeg dalam dustbag uols... Hahaha... Yang ni second kot. First adalah henbeg atas hantaran kawin 9 tahun lepas. Kahkahkah... Beli henbeg ni pun sebab henbeg aku yang lama tu dah koyak. Biasa la beli barang murah kena kerap replace la. Aku bukannya rajin nak shopping-shopping ni. Penat fizikal dan mental bawak budak!
Yayay! Pokok kunyit aku dah berbunga... Kawan dalam group cakap, bila kunyit dah berbunga pastu pokok dah kering boleh lah korek ambik isi. Selama ni isi aku beli je kat tesco pastu simpan dalam fridge berbulan-bulan selagi boleh pakai. Tanam ni pun sekadar untuk ambik daun je. Lepas ni boleh la korek isi dia.. Nak jugak tengok rupa kunyit hasil kerja keras (lah sangat) aku selama ni. Hehek.. Terharu pulak tengok. Ni kunyit first aku yang berjaya hidup. Selama ni tak pernah hidup elok. Sama ada anak usik atau aku yang buang sebab tak nak semak.. Hihi... Ada sesape pernah makan bunga kunyit tak? Potong cemana ek...
Anak-anak aku skang ni duk hot dengan donat pretzel katanya... Homemade donat balls celup dalam melted butter and golek dalam cinnamon sugar macam Aunty Anne's tu.. Kalu buat proper pretzel tu nak kena bakar. Bil letrik punya la tinggi skang ni. Setakat nak gelenya-gelenya baking tu fikir banyak kali jugak. Hasil tak seberapa, tapi bil naik melambung semenjak ada gst ni. Buat je la donat. Goreng je kan. Rasa lebih kurang sedap jugak. Entah, tak try. Budak-budak ni asyik mintak tu maknanya sedap la tu.
Hmmm... Hari ni nak berbuka dengan apa pulak ye... Aku boleh je belasah nasik dengan sayur air... My other half la tak lalu... Pada aku sekarang ni makan untuk rasa fancy-fancy tu dah tak perlu. Kalu nak ikut sedap mulut, merana lah badan. Makan cuma untuk survive aje... Walau tak sedap sikit pun, makan jugak lah. Nak tunggu orang buat sedap-sedap kat aku kebulur lah dulu.

No comments: