Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, July 1, 2015

#1238 Me Vs Korea Facts From My Point of View

Hari ni 1 Julai ye.. Dah 1 bulan berlalu sejak mula-mula aku jejak kaki kat Korea.. Tiap hari rindu kat Korea. Entah bila la boleh jejak kaki ke sana lagi. Next time if I still have chance, tak nak pegi tempat-tempat yang tourist gi dah. Nak tumpang duduk umah kawan aku tu and visit kebun-kebun buah/bunga yang famili mertua dia tanam. Jeles giler tengok gambar buah pic, aprikot, anggur, plum, raspberi.... Meleleh air liur! Dia dah tak termakan sebab banyak sangat buah. Kalu nak rasa buah-buah free tu, kena gi bulan Julai lah.

Itu citer yang tak tahu bila akan menjadi realiti. Citer hari ni aku nak share summary pasal Korea hari tu. Ini catatan peribadi aku sepanjang 8 hari kat sana. Fakta lepas 8 hari memerhati dan mengalami sendiri kat sana.

Fakta #1
Orang Korea hanya melintas di lintasan zebra sahaja.
Ye. Orang Malaysia je kalu gi sana melintas mana-mana yang disukai. Kalu lampu merah, walau takde kereta lalu pun, diorang akan tetap tunggu sampai lampu hijau. Baru diorang cross. Itu kalu ada lintasan zebra. Kalu takde, diorang cross jalan guna underground tunnel.

Fakta #2
Tempat yang selamat dilawati.
Sepanjang 8 hari kat sana, memang tak pernah rasa takut akan keselamatan diri dan harta benda. Cuma takut tercicir atau any other kecuaian diri sendiri tu je. Balik guesthouse lewat malam pun tak rasa takut. Lagi selamat dari berada di negara sendiri. Kat umah ni, nak keluar siram pokok luar pagar pun pandang kiri kanan takut kena ragut. Real deal story.

Fakta #3
Bersih tapi busuk
Ini bukan pasal tandas. Tandas memang no doubt sangat bersih. Kat sana, kalu lalu tempat-tempat khususnya macam night club, restoran yang menghidangkan alkohol, memang boleh tengok traces of muntah... Eeeewwwww I know! Setompok sana... bila jalan lagi ke depan, jumpa setompok lagi. Be careful not to step on it. And lagi satu, kat sana aku jadi kenal bau arak. Aku tak tahu bau apa, sebab kat Malaysia aku tak familiar bau tu. Tapi kat sana, almost everywhere, every person yang selisih akan bau camtu. Specially time lunch dengan dinner. Loya tekak bila tercium bau ni. Not pleasant certainly. Lagi-lagi kalu dalam subway yang tengah padat dengan manusia. Menahan napas sampai berpisah la jawabnya. Suka benar diorang ni dengan arak. Soju dengan beer lah yang paling banyak aku tengok. Lagi satu, bau hancing tepi jalan. Elaborate sendiri lah.

Fakta #4
Never sit on the VIP seats
Dalam subway, walau takde ibu mengandung, warga tua atau OKU, diorang tetap akan berdiri and leave those seats vacant. Sape duduk, siap sedia la jelingan-jelingan paku dari mata-mata di sekeliling. Selalunya seat VIP ni kat tepi pintu di penghujung koc.

Fakta #5
Almost every person yang naik subway atau pengangkutan awam kat sana, jarang yang sembang. Masing-masing akan hadap gajet masing-masing. Cuma nenek yang dah tak nampak mata nak tengok skrin je yang tak pegang henpon. Pakai henpon pun, jenis lipat. Haha. Sepanjang duk naik turun subway dengan bas kat sana, boleh bilang sebelah jari je berapa kali terjumpa orang dia yang baca buku sesambil tunggu sampai ke destinasi. Kat mana-mana je, people staring at their phones. Sambil jalan, sambil makan, apa-apa je. Pepagi time orang pack sibuk nak pegi keje tu pun sempat lagi tengok henpon sambil jalan laju-laju. Mata tak pandang ke jalan pun. Kaki tu otomatik tau je nak hala ke mana. Giler ah life camtu. Masing-masing macam takde soul. Body je depan mata, tapi soul takde.

Fakta #6
Berkaitan dengan #5 tadi. No powerbanks.
8 hari aku duk sana, tak pernah sekali pun nampak diorang caj henpon.  Or pegang powerbank. Takde sorang pun! Kalu perhatikan diorang, naik turun tren sibuk duk tengok video/movies. Tak habis-habis ke bateri diorang? Dah la 24 jam berkepit dengan henpon memasing tu.

Fakta #7
Takde remaja berpeleseran.
Pelik. Kat mana-mana pun takde budak melepak tepi jalan, merempit tak tentu hala. Kat mana semua orang ye? Mengadap henpon?

Fakta #8
Rajin kerja
Orang dia ni undeniably kuat kerja. Walau kedai kecik sempit pun, memang nampak usaha dari pagi sampai ke malam diorang tu. Anak muda walau tak masuk Uni pun, nampak bersungguh-sungguh bekerja cari duit. Takde duk kalut nak meragut orang macam kat sini. Agaknya sebab tu rasa selamat kat sana. Sebab they live an honest life. No pain no gain.

Fakta #9
Polices everywhere
Lagi satu sebab rasa selamat. Ada sorang polis yang jaga kat Gyeongbukgung tu, alahai comei sungguh. Aku tanya dia kat mana exit subway. Dia siap jawab dalam English sambil tunjukkan aku tempatnya. Sampai aku nampak. Sopan pulak tu. Ayyyyyayyyyayayayyyyy... Tapi adik-adik lagi :(

Fakta #10
Tandas free, air free
Yes. Public toilet kat Korea, tak kira tempat pelancongan ke, mall ke, RnR ke, semua free. Padahal air kat Korea mahal tau. Tisu pun tak pernah tak cukup. Sebab tu diorang mandi manda kat public bath. Tapi kena bugil la.. Kalu sanggup boleh la try Korean public bath. Mak tak sanggup pitam-bangun-pitam-bangun-pitam berganti-ganti. Air minum pun disediakan di serata tempat. Bagus kan convenient macam ni. Apa kasta pun boleh minum. Tak bawak duit pun boleh minum.

Fakta #11
Restoran atau tempat makan kat sana cuma hidangkan air kosong je. Free.

Fakta #12
Free banchan
Side dishes free. Boleh refill (mungkin tak semua tempat, I don't know). Yang paling aku suka, kimchi kobis, kimchi daun kucai, bilis goreng manis tu.. Teringat sampai ke hari ni side dishes yang kitorang makan kat Seogwipo and Dongdaemun tu. Memang win lah!

Fakta #13
No fork
Hahaha mak jakun tak reti chopstick.. Boleh je panggil waitress mintak garpu. Tapi kalu nak tunggu diorang hidang tu tak la kot. Kecuali la ko memang order western food. Aku dah ambik iktibar masa gi China dulu. Lepas tu keluar mana-mana bawak je fork and spoon. Kot-kot la kan malu nak mintak garpu atas dasar ego tinggi menggunung. (gunung kinabalu pun robek jugak)

Fakta #14
Orang Korea kalu makan, memang penuh semangat. Macam yang biasa tengok dalam citer Korea tu la. Aku perati kat sana time makan tu, memang diorang style sumbat makanan sepenuh-penuh mulut. Pastu kunyah laju-laju. Hirup kuat-kuat slurp-slurp tu.

Fakta #15
Gloves
Selama sebelum sampai Korea tu, selalu tengok dalam citer Korea... Kalu pekerja sure pakai glove yang kat palm kaler merah tu. Dalam hati, ceh style nyaaaaa... In reality, memang macam tu pun. Semua orang kerja rencam pakai tu. Safety concern or sebab sejuk? Atau disiplin? Kalu kita kat sini alah leceh la nak kena pakai-pakai tu... Panas! Kan..

Fakta #16
Semua kasta kat sana naik public transport. Tak heran pun sana kalu pakai kot macam jawatan tinggi-tinggi naik subway je.. Sempoi giler kan. Nak buat acaner kat sana tempat parking kurang. Kalu ada pun mahal nak mampos. Baik ler diorang naik subway je. Kereta tu guna untuk balik kampung or bercuti ke luar bandar lah kot.

Fakta #17
Kat Korea lebih banyak recycle bin dari thrash bin. Tapi nak jumpa sampah payah. Orang dia dah dididik untuk recycle bahan buangan dari kecik. Environmental concern sangat.

Fakta #18
City Tour Bus kebanyakan yang baru-baru ni pakai sumber elektrik sebab kerajaan diorang tak nak bagi pencemaran udara kat dalam bandar. Pelik pulak aritu kitorang tengok electric bus tu tengah caj.. Sekali tengok macam nak isi minyak la... Instead, diorang cucuk a 'giant USB' to the body (bus). Kalu gi Namsan Tower by bus, cuba perhatikan.

Fakta #19
Sebelum pegi Korea agak skeptikal bila ramai yang kata makanan dia tawar, tasteless and super hot. Well, bergantung pada lidah masing-masing dan tempat yang makan. Me, aku boleh tahan tahap kepedasan yang mild tu. Tak pernah try mintak extra chilli paste pun. Hahaha...

Fakta #20
Takde baby
A'aah... Jarang sangat jumpa orang bawak baby kat sana. Patut la birth rate diorang menurun. Peringkat umur yang selalu jumpa, remaja aje dengan dewasa. Orang Korea dah start malas beranak sejak belasan tahun yang lalu lah kot.

Fakta #21
Orang Korea banyak masak style bakar/ rebus.. Again, health concern. Bahan masakan pun mostly natural.

Fakta #22
Dulu, tengok citer Korea mesti ada part pakai losyen lepas mandi and sebelum tido. Ye, realitinya memang begitu. Sebab kat sana kering. Aku dah rasa dah. Nak gi Korea mesti, wajib bawak losyen or any kind of moisturizer. Derhaka, sendiri rasalah akibatnya... Aku dah rasa :p

Fakta #23
Convenient Stores are everywhere
Orang Korea suka membeli-belah ke apa. Kat sini la diorang beli/topap T-Money... Kat sini lah diorang beli nasik/ramen dan boleh makan situ terus. Kopi pun ada...  Complete.

Fakta #24
Tiap kali tren sampai (masa nak naik/turun) akan berkumandang satu muzik/lagu/irama/bunyi/alarm ... Alahai... Nyesal tak rekod. Rindu nak dengar 'lagu' tu lagi... Bunyi dia macam trompet gitu... 'Lagu' untuk naik, lain. Untuk turun, lain. I missed both songs.

Fakta #25
Subway kat Korea adalah 4,5 floor di bawah tanah. Ada yang ada escalator. Many don't. Just use the stairs. Ada yang sediakan escalator hanya untuk naik, turun guna tangga no choice.

Fakta #26
Orang dia minat nak tau pasal kita. Tapi segan nak tegur sebab tak reti speaking. 

Fakta #27
Orang Korea sangat suka bercinta dan mengagungkan cinta. Couple-couple bersepah sana sini. Kota cinta la katakan.. Dapat pulak couple ring, couple mafela, couple T-shirts, couple handphones... Diorang suka la bebenda camni.

Fakta #28
Korean & Kopi berpisah tiada
Ye. Diorang sangat suka kopi berbanding teh. Kedai kopi bersepah-sepah kat Korea. Kopi diorang sedap-sedap pulak tu. 

Fakta #29
Beras Korea sedap makan dengan makanan diorang je. Pada tekak aku lah. Sebab nasik diorang ni macam berpulut sket. Kalu nak gu dengan lauk tin atau Brahims, memang cepat muak lah. Pada aku lah. Kalu nasik Korea ni makan dengan lauk Korea, memang sedap la no doubt. Dah makanan dia kan.

Fakta #30
Vandalism kat Korea sangat minimum.. Bunga walau macam mana lebat sekalipun kat tempat awam, takde sape yang petik. 

Fakta #31
Korean are helpful. Ramai yang tercari-cari arah nak tuju kat sana, belum sempat nak cuak orang Korea dah tegur ada apa yang diorang boleh tolong. Kitorang aritu pun ada la 2 kali kot disapa orang sana. Ada yang tak sape apa pun, bila dengar kitorang tengah argue kiri or kanan, terus dia tunjuk belah kiri (contohnya). Bila aku doubt, dia siap cakap you wrong. Ahahaha... Speaking pun speaking lah pokcik.

Fakta #32
Macam-macam boleh bawak naik subway. Basikal, electric wheelchair. And even rabbit!
Fakta #33
Orang Korea ni memang mengagungkan bakat local diorang. Contohnya, sepanjang kitorang kat sana, memang nampak iklan produk made in Korea je. Model? Ofkos la kalangan artis diorang. Jarang sekali nampak model mat saleh. Bagus kan diorang support produk tempatan. Even talent pun diorang lagi appreciate local talent diorang lagi. Dah serba boleh apa nak dikata.

Tak ingat dah.. Nanti kalu ingat, aku update lagi.

2 comments:

R I N I . R A N I said...

hehe...tq mek
dpt baco hok mung tulis ni pun segho happy doh. bilo lah bulih sappa sano...aku kalu sappa sano, nok mkn sushi jah.

Blog Diva said...

holoh...mu x sapa korea pun europe mu sapa doh... aku gak mikir nok g jauh2 duk dlm flight belas2 jam tu sero putus angin doh ;p