Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, July 2, 2015

#1239 Me Vs The Problematic Dog

Letih mokcik 2,3 hari ni. Dah 3 hari berturut-turut keje mokcik samak tangga belakang dapur aku ni ha. First day, takde pengalaman lagi kan tanjat la gegirl bila intai belakang ni tengok ada anjing duk tido atas tangga. So, halau-halau camtu je la. Tangga kering. Tapi nampak macam basah-basah peluh/liur anjing tu. Kena la samak kan. Ok setel samak first day. Itu belah pagi. Petang tu, intai sekali lagi tengok dia datang tido lagi. Hamboiii... Ini sudah lebih ni. Halau pagi, petang datang balik. Halau lagi. Tapi malas dan tak larat dah nak samak petang-petang ni. Esok-esoknya je lah.

Esoknya, samak la lagi sekali. This time lepas samak aku calit-calit minyak kibasy kat tong sampah, pintu dapur, tepi dinding... Kononnya minyak kibasy ni untuk halau binatang buas lah mengikut perkiraannya. Busuk ok. Bau kambing gurun penga-penga bak kata orang Kelantan. Sape duk kat pintu dapur ni memang boleh dapat aromaterapi kambing pure. Lepas samak dan calit minyak kibasy, ok tutup pintu dan mangga. Tak lama lepas tu, intai-intai tengok makhluk Allah ni datang lagi tido atas tangga yang masih basah tu. Grrrrrr!!!!! Hangin mak! Kat anjing pun nak marah, kat minyak kibasy yang tak menjadi tu pun nak marah juga. (Kalu Allah tak izin, apa pun tak jadi kan)... Malas dah aku nak samak hari tu... Tunggu esok-esoknya lah pulak...

Esoknya, samak lagi untuk kali ke-3. T_T Lepas siap samak, aku angkat parking tongkat sampah terus kat atas tangga. Semak la sikit tiap kali aku nak turun siram kitchen herbs aku kat belakang ni. Tapi takpe la, janji hati senang tak payah samak dah. Geram tau. Anjing ni takde tuan. Selalu join melepak dengan guard taman ni. Nak marah sangat pun takleh jugak kat anjing ni sebab banyak jasa kat Taman ni. Banyak kali jugak orang-orang yang berniat tak baik dikantoikan oleh anjing ni malam-malam. 

Selalunya anjing ni aku tengok dia tido kat tangga dapur umah hujung yang takde tuan. Skang ni umah tu dah ada tuan baru. Makanya anjing tu dah hilang port dia tido la. Pagi-pagi aku tengok dia jadi guard kat depan gate jiran depan umah aku. Bila matahari dah mula tinggi, kul 11 dia datang mai tido kat tangga aku pulak. Merempat dia ni. Nak call jabatan haiwan datang tangkap, kang hilang pulak watchdog yang berkaliber kat Taman ni.

Keje menyamak kat tempat aku ni yang lecehnya nak ambik tanah tu la. Sana sini sinun tanah lapang dijadikan public toilet bagi anjing-anjing bertuan dan tak bertuan. Nak kena pilih-pilih tempat la yang aku rasa yakin anjing tak pernah kareb kat situ. Tanah dalam pasu aku, semua aku pernah bubuh baja taik ayam (palet). So, takleh la ye dok nak guna untuk samak? 2,3 hari tu memang keje aku korek tanah belakang buaian kat playground. Area playground pun banyak kali dah tengok anjing kencing kareb kat situ. Siao lah... That's why I hate dogs no matter how cute they are.
Setakat hari ni, trick letak tong sampah ni berkesan lagi. Ye lah, sebab anjing tu besar, mana muat dia nak squeeze in. Kalu degil jugak tu tak tahu la. Hopefully dia pegi cari port lain lah yang teduh jugak. Tak larat weh nak korek tanah sini. Korek-korek, asyik tercangkul batu je...

Have you ever faced the same problem like this at your house?

No comments: