Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, July 6, 2015

#1240 Me Vs How My Day Is Spent

Alhamdulillah... Genap 34 tahun dan masih diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk bernafas di atas bumi milikNya... Sengaja aku offkan birthday notification kat fesbuk. Sorang je yang wish aku. Tq! Mokcik tak suka orang wish kat wall... Nak wish, whatsapp je... Free jugak apa. Or, tak payah wish langsung. Ingatan dah cukup. Ikhlas tu Allah je tau. So, duk diam-diam dan ingatkan aku dah cukup untuk buat aku terharu. 

So, malam semalam genap kul 12 aku belum tido lagi. Encik Jack pun. Tapi dia tak wish pun aku. Soheh cik abe aku ni lupa. Pagi ni pun dah pukul berapa baru dia teringat nak wish aku. Tu pun masa sibuk-sibuk nak pegi lab. Nasib baik kan... Aku memang nak buat tak tau je, saje nak tahu dia ingat ke tak birthday aku. Sipi-sipi dah tuuuuu... Bila teringat tu cepat-cepat dia wish aku sesambil suruh Zaraa nyanyi kat aku. Tapi unfortunately recording artist aku pagi ni takde mood nak nyanyi. Choiii...

Pagi ni lepas siapkan Adam pegi sekolah, terus membibik kat bawah. Atas aku malas nak naik. Mop lantai, cuci comforter dengan selimut yang Zaraa basahkan pagi tadi (dah lama tak kantoi tak pakai pempes ni), kait sawang, cuci kipas yang dah luruh black snownya and jemur bantal Zaraa yang basah tu. Tak sangka pulak this is how I spend my birthday this year. Tak class langsung kan. 

Cik Kak kita ni pulak, satu hari ni dia punya la banyak idea nak berkarya. Lantai sepah-sepah dengan scrap papers karya tak jadi dia. Mentang-mentang la encik Jack kasi dia kertas baru 1 ring. Happy lah dia. Minggu lepas pegi Mr DIY beli magic pen dengan colour pencils. Last week pulak beli crayon. Mana la tak over the world dia ni. That's how I made her happy. By buying her stationery. Dapat alat tulis baru, memang 1 hari mengadap kertas berkarya la dia sorang-sorang. Tunggu sapu dan kutip kertas bak salji lah bila dia siap. Sakitnya tu disini kalu nak kira... Tapi lesson learnt dengan time Adam, so buat-buat tak nampak je la segala salji atas lantai ni... Demi sel-sel otak dia berhubung kan.
Puas hati. On my birthday, aku hadiahkan diri sendiri dengan lantai dan siling yang bersih... Hahahaha... Nikmat jugak tu. Jalan atas lantai kotor adalah antara perkara yang paling aku tak suka. Alhamdulillah, I made myself happy today. Bila tengok lantai bersih... Kipas pun laju (hehek), rasa macam I'm home sangat-sangat. ***super-duper sengal
2,3 hari lepas aku duk tengok Dia Isteri Luar Biasa (DILB) kat internet. Nak jugak tau apa yang diorang duk bising-bising sangat pasal citer ni. Part yang diorang kecohkan tu aku no komen. Cuma nak komen drama Melayu tetaplah Melayu. Kualiti walaupun tengok in HD pun, tetap (..................) *sigh... The same goes to Malay movies. Macam mana orang nak sapot local entertainment. Dah la almost semua background music ceduk dari drama Korea. Shame on us la... Takde ke bakat-bakat composer or singer yang boleh jayakan satu-satu drama music background. Dah la citer tu adaptasi dari novel. Senang la orang bikin drama skang ni. Jalan citer dah ada, lagu pun dah ada. Semua cedok. Tinggal cari pelakon aje. 

Satu je aku nak puji, bilik Julia Megat Junid, anak kepada Ziela Jalil yang digunakan dalam DILB sebagai bilik Dewi Yusra kat umah dia tu, memang ohsem! Terbaek wok... Tak terjangkau pemikiran low class aku ni bilik boleh dihias secantik dan seclassy itu. Pokok pangkalnya, ada duit semua jadi kan. Mana aku tau bilik Dewi Yusra tu sebenarnya bilik Julia Megat Junid? -From her ig lah. Aku tak minat pink, tapi warna pink dalam bilik tu sangat-sangat classy. And classy is my middle name ;p 
Dah la, stop drooling over someone else's gorgeous bedroom. Kelmarin sempena birthday aku sendiri, aku baik hati tanya encik Jack nak makan apa for berbuka. Sebab dia sorang je posa kat umah ni kan. Hahaha... Tiap hari pun aku tanya jugak. Dia request nak makan ayam bakar mayonis yang SIL1 share kat wall dia.. So, belek-belek ingredients semua ada kat dapur. Buat laaa... Resipi asal suruh bakar dalam oven tapi aku malas nak angkut oven keluar. Bil letrik pun mahal lately ni, bakar pakai magic grill je lah. Masak jugak.
Encik Jack tanya nak apa...aku cakap nak kek je. Kalu dia tak tanya pun, aku dah anggap trip ke Korea aritu sebagai hadiah harijadi aku tahun ni. Dah syukur sangat-sangat dah.. Since dia tanya ni, aku cakap la nak Chocolate Indulgence dengan Mango Tango. Saje suruh beli 2 sebab birthday girl tanak share kek dengan budak-budak ni.. Hahaha buruk lagak kan.. Dah lama tak makan kek bagus-bagus. Kek buatan sendiri bukannya sedap sangat. Bake la kek apa pun, semua rasa sama je. Soheh la kan aku tak reti buat kek. Kebetulan sangat-sangat Secret Recipe dah obtain balik permit halal diorang minggu lepas, rezeki aku lah ni. Dah susah hati dah baru ni, takut by the time birthday aku SR belum dapat green light dari Jakim lagi... Apa pun, kalu dah tertulis rezeki aku kat situ, ada lah jugak. Alhamdulillah....
Mintak 2 slice kek, tapi cik abe ku sayei ni beli 3. Baik pulak dia hari ni. Ke puas hati hasil keje bibik pepagi hari ni tak tau la. Mango Tango takde, dia beli kek peach. Tau sangat la bini dia berahikan sangat apa-apa food related to peaches... Mak suka! Kemain kan, makin tua ni makin tamak kek.
Kek peach tu aku makan sorang. Chocolate Indulgence tu Adam dengan Zaraa makan sampai habis. Choc cheese cake tu aku dengan diorang makan. Emmm... Macam tak cukup kek pulak.... Hehek..

Korang masak apa untuk bukak posa hari ni?

No comments: