Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, July 14, 2015

#1241 Me Vs Resipi Kimchi

Tadi go through gambar-gambar holiday yang lalu. Merecik air liur mengenangkan makanan-makanan Korea yang aku dah try tu... Oh my... I have got to do something with this super crazy crave. I know, kimchi ada dijual di pasaran sekarang ni. Tapi rasa nak cabar diri sendiri untuk cuba buat homemade kimchi. Kot-kot berjaya buat sedap boleh la ada stok kimchi seumur hidup kan. Man, I am so head over heels with kimchi. Tak puas makan kat Korea aritu. Nyesal tak mintak refill banyak kali. Huhu..

Hasil gugelan sana sini, dapat la resipi kimchi ni. Rata-rata semua local blogger sebut resipi dari this Maangchi blog... So, aku pun menjejak la link tuh... Memang senang nak paham la. Dia bikin tutorial dari A sampai Z cane nak buat kimchi tuh. Detail. Gambar dan video pun cantik. Boleh la try bagi sape-sape yang berminat. Nanti, kalu jadi tu jangan lupa share story mory!
Tinggal berapa hari lagi nak raya?3 ek? Ni raya paling sendu bagi kitorang kot. No particular reason. Ibadat tak seberapa, tak malu ke nak raya beriya? Aku dengan encik Jack takde baju raya pun, pakai je baju-baju yang masih baru. So, tahun ni takde tema kaler-kaler lah. Tema ikut suka gitu. Oh baru teringat sandal Zaraa belum beli lagi ni cemano?! Adam punya dah jumpa. Zaraa punya je belum jumpa. Ada aritu dia nakkan selipar yang kelihatan sangat tak cantik di mata ku... Tak beli la. Hahaha... Macamlah aku yang nak pakai kan. Kesian dia. Dah tu cemana ek? Hihi baru nak tergaru-garu. Kelmarin pegi Tesco dah petang, nak melewa pun tak jadi sebab Zaraa dah terlelap dalam troli kesian pulak kat dia. Terus balik rumah. Langsung lupa pasal footwear dia. Hayyyyooo....

Pagi kelmarin cik Kak kita ni bikin lawak spanar duk berjoget terlompat-lompat depan anak ular.. Nak gugur jantung aku. Nasib baik anak ular tu belum tahap stress tengok anak aku duk free show depan dia. Diam je setempat tak bergerak seinci pun. Terus aku heret dia masuk dalam rumah tunggu si superhero encik Jack datang menyelamatkan keadaan. Nasib baik laki aku ada kat umah. Fuh! Ular apa ek kaler milo-milo gitu, ada corak spot bulat-bulat sepanjang rusuk dia. Bawah perut kaler putih. Kepala tak kembang macam tedung tu. Tapi bila diacah dengan batang penyapu dia 'berdiri' jugak lah... Puas tolak dia suruh escape ke tempat lain tapi dia tak berganjak pun. Laki aku tolak-tolak-tolak sampai atas tar. Pun tak berganjak jugak dia. Sekali datang avanza jiran, tergilis terus... Haih.... Awat tak lari?

Bila belek-belek balik gambar holiday.... Teringin nak gi lagi. Tak kisah la mana-mana. Jauh or local. Yang penting pegi dengan orang tersayang. Bercuti, sape yang tak hingin kan?

Udah ler citer pasal percutian khayalan ni, meh layan ciskek... Kelmarin beli kat Tesco. Ingatkan rasa gitu-gitu je... Omaiiii.... Sedap! Rasa macam tergigit awan punya la gebu.... Dan tak muak tahap Secret Recipe la... Hahaha... Tengok harga murah pun boleh agak dah. Never mind the cheesiness... The gebuness that counts! Banyak kali try nak upload gambar tapi server error katanya. Huk aloh.

No comments: