Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, July 16, 2015

#1242 Me Vs Raya Eve In Apal

Kitorang balik Apal dulu tahun ni. Kelmarin kasi Adam tuang kelas. Mak bapak separuh jiwa dah ada kat kampung dah weiii... Ikut plan asal nak balik esok, tapi dah tak keruan dah kat sini. Adik beradik encik Jack semua dah ada kat umah MIL. 

Meriah tak hengat la umah MIL.. Kalu arwah FIL ada lagi, dia la yang paling happy. Sebelum anak cucu balik lagi dah kalut nak cucuk batang pelita kat halaman rumah. Rindunya kat arwah.. Tahun ni hari membuat ketupat adalah sangat meriah sebab The Ramlis sepakat nak berbbq sempena bukak posa hari ni. Sebelum kitorang balik kampung lagi dah beli frozen lamb siap-siap. Tahu dah kalu dan balik, memang stranded takleh nak ke mana-mana dek jem serata ceruk jalan. Memang terbukti lah.
Hari ni pepagi lagi kitorang the mak-mak siapkan bahan perapan. Buat coleslaw siap-siap... Perap ayam.. Perap lamb.. Oii meriahnya! Alhamdulillah... 
Balik kali ni the boys dah besar. Tiap kali waktu solat aku suruh diorang solat sama-sama. Ada la scene-scene mengarut diorang buat sampai aku suruh diorang smayang balik 3,4 kali. Mana boleh main-main kan. Tinggal kejap, tengok kedudukan diorang berubah. Makmum tu siap berubah tempat 2,3 orang. Aik.... Memang kena suruh solat semula la... Tapi diorang buat je takde bersoal jawab. Good.
Tahun ni Zaraa dah geng dengan Nuha. Selalunya asyik nak berkepit dengan Tihani aje. Tahun ni dengan Nuha pun dah boleh geng main doll.. Deduan tu dengan sesapa pun dia join... Hehe.. Tahun ni takde la pening kepala sangat dengan isu geng sepupu sepapat diorang ni. Masing-masing dah boleh build up chemistry between each other gitu... 
Nenen buddies.
Lepas Asar, start busy lah masing-masing.. Kaum pak-pak sibuk buat bara api untuk bbq.. Kaum budak-budak sibuk main pasir.. Mak-mak sibuk masak & mengidang kat meja.. Pehhh... penuh meja dengan makanan... Bubur jagung, bbq ayam and lamb, bihun goreng, mi goreng, coleslaw, murtabak, air tebu, air mangga, air sirap, teh panas... Huiii sampai tak tau nak serang yang mana satu dulu. Alhamdulillah... Tak silap aku buat keputusan nak balik sini dulu... Memang seronok ramai-ramai ni... Tapi jauh di sudut hati, teringat jugak kat Puan Menteri dengan Bos Ibm je kat Kb tu. Nik Pareh tak balik tahun ni. Selalunya di hari-hari terakhir Ramadhan ni Puan Menteri memang tamak pahala. Bab masak-masak tradisional dia tak ambik port sangat. Selagi boleh tunjuk, dia guna kuasa hujung jari dia je. Hehe... Kat sini lain. Semua buat sendiri. Itu yang seronoknya bila ramai-ramai berkumpul.
Budak-budak dibiarkan bebas main pasir. I am not comfortable seeing my kids play dirt. Tapi buat-buat tak tau je lah. Bukan selalu kan dapat jumpa pasir macam ni. Oh patut la diorang ni layan main pasir.. Takde gadjets rupanya masing-masing... Good good. Terasa macam jeritan batinku didengari pertama kalinya. Rimas weh tengok budak-budak mengadap gadjets je... Hik... Padahal anak-anak pun sebenarnya lagi rimas bila tengok mak bapak 24 jam tengok henpon je bila-bila masa pun.... Kaaaaaaaannnnn?????
Most pictures are courtesy of BIL's camera.. Aku sibuk marathon Maid kot dalam bilik... Hahaha... Time panas-panas tak tau nak lari ke mana nak kurangkan panas tu aku tengok la drama ;p Siap download satus series tuh buat bekal kot-kot mati kutu kat sini.. Tahun ni memang tak dapat award menantu kesayangan lah. Hahaha... Padahal dari awal kawin lagi dah tak dapat-dapat pun kahkahkahkah... 
Kemain lah memasing balas dendam main pasir. Lain kali jangan haraplah nak main pasir. Siap buat sand castle lagi mengalahkan feeling tepi pantai. Loh gi la puok mu.. Malam karang cepat sikit tido. Ngehngeh.....
Malam takde buat apa pun. Dekat nak tido tengok MIL masih kat dapur duk prepare tapai beras pulut. Tu je la aku tolong... Tolong isikan tapai dalam bekas dan tabur gula..  Bila ek nak try buat tapai... 

Ermm... esok dah nak raya.. Mak aku buat apa ek kat rumah. Curtain, sofa, perabot memang sah-sah la tak tukar tahun ni mahupun tahun-tahun lepas. Sibuk mengaji kot dia... Macam ni la sambutan hari raya bila dah kawin. 

No comments: