Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, July 18, 2015

#1244 Me Vs Jamuan Hari Raya

Nak kata open house, tak kot... It's just jamuan raya untuk anak beranak aje. Open house ni bagi aku, turut dihadiri oleh sahabat handai sekali. Kitorang ni jenis family bonding kuat. Time-time raya tak pentingkan sangat bab kawan-kawan. Bukan lah tak terima kunjungan kawan. Tapi more to family comes first. Kalu ada kawan-kawan yang kebetulan nak datang tu, boleh je datang. Kalu nak tunggu aku yang make effort, memang lambat la... Nak-nak pulak zaman semua tempat nak pegi pun jem ni lagi lah aku malas.

Okeh back to our story. Hari ni Puan Menteri buat jamuan raya. Kenapa kena buat jamuan? Sebab kalu tak buat official gini, nanti anak-beranak datang tak tentu masa dan hari. Kalu buat camni senang, diorang datang semua dalam satu hari ni. Dapat la jumpa semua orang.

Tahun ni Puan Menteri tempah sate, nasi dagang dengan roti ban/ roti jalan cicah kuzi ayam. Pagi ni rilek jugak la masing-masing just tunggu orang pegi ambik nasi dagang je. Bos IBM topap dengan bihun goreng and macaroni cheese. Tiap tahun pun memang Bos IBM la ketua Chef. Aku mana reti masak banyak-banyak ni. My bad lah tak reti nak bawak diri kat dapur selain dapur rumah aku sendiri.
Tahun ni special sikit. Sebab kitorang buat outdoor family photography. Fotografer pulak bukan calang-calang orang.. Banyak kali menang award majalah fotografi. Anak beranak sendiri, tapi nak dapat peluang ditawarkan free professional photography session ni bukan senang. Mulanya aku gurau je dengan fotografer professional ni.. Sekali dia tanya serius ke nak ambik gambar? Kalu serius, dia nak keluarkan kelengkapan fotografi dia, nak setting-setting dulu kat luar... Oh bagai orang mengantuk disorongkan bantal, laje je la aku angguk nak. Terus dia turun pegi kat keta dan prepare outdoor shoot kitorang.. Tengkiu Abe Aze!
Dalam banyak-banyak tempat, bawah pokok mangga ni jugak dia pilih. Ni je kot tempat yang boleh muatkan kitorang anak-beranak semua. Dia cakap, duk la mana-mana range dari pokok betik sampai ke pokok pisang.. Wakakakakakaaaaaa...
Nak bergambar dengan budak-budak ni almaklum saje lah... Hihi... Ini baru 1 per empat kot dari yang sebenar... Kalu semua ada maunya kena panjat pokok mangga separuh.. 
Tak pernah-pernah raya ke2 aku dah pakai jeans dengan kemeja. Tahun ni itulah yang aku buat. Lousy kan macam tak nak raya je. Sempoi giler.. Takde kasut raya... Takde baju raya... Tapi ada handbag baru! Hehe...
Tahun ni adik-adik aku ada datang. Sorang lagi dengan anak bini tak datang sebab ada hal. Lamanya tak jumpa adik-adik aku ni. Sayang sekali hubungan yang murni ni dicemari dengan isu remeh. Kitorang just jumpa time camni je. Tu pun bukan tiap tahun. Banyak benda yang aku terkilan dengan diorang ni. Tapi takpe la. Hari baik ni kita move on je la... Dah besar pun adik-adik aku ni. Kan ke elok kalu semua adik-beradik boleh berhubung macam biasa tanpa ada 'borders'? They're good kids... Tapi tu lah... 
Zaraa dapat banyak baju bertema princess dari SIL2... Mencewi la dia raya-raya ni.

No comments: