Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, July 27, 2015

#1245 Me Vs New Hob & Oven

Glass hob aku rosak. Berbulan-bulan dah tapi aku buat derk je la.. Asal api keluar, aku buat-buat tak tau je selagi boleh guna. Last-last ni api dah takleh nak kontrol kecik besar. Kalu nak ejas api, terus padam or dia keluar api light blue with gas odour. So, boleh guna api paling kecik je. Makin lama makin sakit ati lah mak nak.. Kadang-kadang tinggal masakan atas dapur nak pegi toilet ke apa, bila kembali api dah padam tapi gas still keluar... Tak ke bahaya gitu?

Sempena nak raya baru ni, Seng Heng buat promosi. Laki aku ni kalu barang letrik dia takleh tak beli kat Sen Q. Selaku tukang pilih tanpa perlu penat membayar, mak redho je mana-mana pun. Asal dapat apa yang dihajati. Posa aritu lagi laki aku ajak pegi beli hob baru kat kedai angkat dia tu. Tapi aku dok delay-delay. Mana nak cari bini malas shopping ni?

Balik dari raya baru ni, hob lama tu makin buat hal.. The next day sampai kat Penang ni terus pegi Sunway shopping hob. Kau ado? Kali ni encik Jack ayat osem kat telinga aku, beli oven baru lah terus... Kata oven lama dah rosak.... Ehemmm... Baiknya ati laling aku ni.... Demam-demam pun sanggup aku pegi Sunway semata-mata nak cari hob and oven. Skang ada promosi dengan oven-oven sekali. Molek benar lah tu. Harga promosi sempena raya + harga untuk members + harga certain points collected lagi... so, semua sekali dapat offer 3 lapis lah... Mana tak berbaloi-baloi kan.

Satu yang best shopping kat kedai besar macam ni, kalu barang rosak, nasib kita sebagai pembeli lebih terbela la. And, diorang ada technician sendiri. Macam tv Samseng kitorang yang rosak aritu, diorang datang cek kat rumah, disebabkan kitorang ada beli warranty extra sekali, makanya diorang replace dengan tv baru terus. Tu yang encik Jack suka tu. Takde baiki-baiki.. Baiki nak kena tunggu kan. Meantime nak tengok apa? Same goes with our new hob and oven, kalu rosak, tukar baru terus. Suka tak suka tak suka tak?

Satu lagi, bila points dah banyak (beli barang letrik ofkos la cepat boleh kumpul ribu-ribu points), boleh la redeem... Aritu sebelum encik Jack start sambung study dia, dia beli laptop dengan points Seng Q tu lah.. Points ribu-ribu yang sedia ada tu tambah cash sikit je, dah boleh dapat laptop. How cool is that. Mak tak campur. Apa-apa hal, semua encik Jack yang decide. Dah dia tukang bayar pun kan.

Hob lama aku tu rosak agaknya sebab masuk air masakan yang limpah/meleleh masa masak dalam lubang tempat keluar api tu.. Tak tahu istilah nama benda tu nak cakap. Senang citer, hob lama aku tu lubang keluar api tu dari atas... (ko paham tak ni) So, this time lepas ambik iktibar dari kesilapan lalu, kitorang cari hob yang lubang keluar api tu dari tepi. Hah, susah nak explain ni. Nak google image pun tak tahu apa nama yang orang panggil tu.. Main point is, cari dapur gas yang keluar api dari sisi tungku. Mungkin boleh memanjangkan hayat glass hob kau. Adeh... Malu pulak kat MIL aku. Dapur gas dia sama umur encik Jack. Baru tahun ni tukar stove lain.  
Encik Jack kemain pilih oven yang ada function rotisserie. Tak tercapai dek akal aku nak function oven yang sebegitu. Hahaha... Apa citer dia lagi surirumah dari aku ni? Yang aku tahu, nak oven untuk baking-baking aje. Pretty straight forward kan? Oven dah ada ni, esoknya lepas beli tu pegi Tesco beli ayam untuk test function rotisserie ni. Resipi for marination, encik Jack nak macam ayam bbq raya eve baru ni. 

Ni resipi ayam bakar mayonis dari fesbuk. Di share penuh kasih sayang oleh SIL1 ;p
Bahan-bahan
8-10 ketul kepak ayam
4cm halia - parut
4 ulas bawang putih - parut
1 sudu besar madu - leh add
1 sudu besar gula perang - hana x ltk tp lebihkan madu
1 sudu kecil blackpepper
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 ½ sudu besar mayonis
Butter@minyak zaitun@minyak masak
garam
Cara-cara
Basuh bersih kepak ayam. Ketepikan.
Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun@butter. Perap 4jam atau lebih. Seeloknyer semalaman.
Panaskan oven suhu 180. Alaskan loyang dengan aluminium foil.
Susun kepak ayam dan renjis2kan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.
Bakar selama 45min-1jam atau hingga keperangan.
Lupa pulak nak ambik gambar yang dah siap. Macam ayam Kenny Roges tu la... Tak habis-habis encik Jack puji sedap. (puji oven sebenarnya) Dia kata jauh lagi sedap dari ayam Nandos or Kenny. Memang lainlah rasa isi ayam yang bakar pusing-pusing camni dengan bakar statik gitu je.. Isi pun lembut and very juicy.. Tak payah makan kat Kenny dah pasni ;p

Kitorang bakar half chicken je. Sebab kalu whole chicken, banyak sangat. Ayam kecik takde masa beli tu. Bila guna half chicken ni, nak cucuk kat batang skewer dia la masalahnya... Cocok jugak la with all means asal dia lekat. Hehe.. Janji boleh pusing.
Minggu lepas encik Jack beli durian hybrid. Tatau nama apa. Tapi bukan jenis durian kampung la. Isinya ya Allah macam gigit paha ayam belanda punya la tebal... Sedap, tapi feel lari sikit sebab terlalu tebal isi. Baru aku tahu aku memang suka durian kampung. Musang King whatsoever, no thanks. Encik Jack suka la isi tebal camni. Me, aku makan seulas je pastu tersadai muak. Nasib baik beli sebijik je. Isi durian yang tebal ya ampun tu aku ambik sikit untuk buat jemput-jemput durian. Selalunya aku buat cekodok durian style letak isi durian kat tengah-tengah and 'balut' dengan bancuhan tepung. This time gelenya nak try style kacau sekaligus isi durian tu macam buat cekodok pisang tu... Ermm.... tak best lah style ni. Hahahahaaaa... Choiiii... 
Kelmarin aku dengan encik Jack posa. Laki aku ni punya la banyak dia punya craving list. Dia mintak nak makan laksa penang. Dah cakap last minute ni, kena la repeat pegi pasar untuk cari bahan yang tak cukup tu. Kalu submit list tu weekend baru ni boleh la aku belikan terus. Nak jadi citer, 3 buah pasar kitorang terjah untuk dapatkan bunga kantan. Last-last jumpa kat pasar India... Hadoiiii... 
Dekat nak bukak posa dia tambah mengidam nak makan lemang pulak dah. Keluar lah dengan motor pegi beli lemang pulak. Bersorak Adam lepas encik Jack potong buluh lemang tu... Dia kata nanti boleh minum air tebu! Ahahahahaa.... Adoyaiii.... Dia ingatkan orang mesin batang buluh untuk buat air tebu. Buluh buluhlah.. Tebu tu tebu... It's TWO different things lah sayang.
Credits to encik Jack sebab pandai pilih laksa kering. Kejap je rendam dan rebus dah lembut. Halus-halus macam laksa Kelantan pulak tu! Aku prefer laksa halus ni dari laksa gemok-gemok tu. Yang tu nak rendam rebus ambik masa.. Rasa pun macam plastik je. Yang ni memang terbaek lah... Puas hati alhamdulillah..
Ini first time aku buat laksa penang yang paling complete. Siap dengan daun pudina sekali. Hehe.. Pohon pudina memang tanam... Nak, snip-snip aje dalam planter. Weyy sedap lah laksa aku hahahahahaaaaaaaa... Berbaloi la cari bunga kantan sampai 3 pasar tadi ;p
Selamat berbuka!

No comments: