Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, July 28, 2015

#1246 Me Vs Kimchi 101

Tak pernah sekalipun aku meluahkan isi hati aku, dari hati ke hati pada sesiapa yang aku sangat-sangat, teramat merindui Korea. Selama ini aku pendamkan saje kerinduan aku. Pada siapa aku nak katakan? Benda pasal feeling aku kat Korea ni memang deep la... Takde sape yang paham melainkan diri aku sendiri. Sebab tu sampai ke hari ni lepas balik dari Korea, aku takleh nak tengok lagi citer Korea. I am still longing for Korea. Biarlah orang nak kata kes kemaruk ke apa.

Kelmarin, aku try buat kimchi. Sebelum tu tengok kat youtube dulu cara-cara nak buat. Ada banyak versi tapi aku stick to cara Maangchi yang aku pernah share dalam previous entry. Aku substitute udang jeruk dia dengan udang kering, pastu dia taruk radish, aku tak bubuh. Yang lain pretty much the same. 
Ini repetition aje dari apa yang Maangchi ajar. Aku beli kobis yang kecik je sebab aku tak berani nak menghadapi risiko kimchi tak menjadi. Halfkan kobis, pastu bersihkan dulu dengan air. Cuci setiap layers tu kot-kot ada pasir or kotoran.. Rinse. Dari apa yang ditonton dari youtube, cikgu-cikgu kimchi cakap, kalu basuh dulu kobis tu nanti garam mudah dan cepat diserap..
Lepas tu, lumurkan garam pada setiap lapisan kobis tu, layer by layer. Bahagian batang yang keras dan tebal sikit tu kena lebihkan garam.
Lepas siap lumurkan garam semua tempat, biarkan 2-10 jam. Ada cikgu yang buat 2 jam, ada buat 4 jam. 10 jam pun ada. Dah aku buat sikit, aku perap 2 jam je lah. 
Sementara tu, prepare porridge dulu. Porridge ni untuk bind kan semua ramuan perapan nanti. Baru melekat cantik. Porridge yang aku buat ni guna air secawan, tepung beras pulut sesudu besar pastu gula perang sesudu besar. Kacau sebati pastu baru bukak api. Kacau-kacau sampai mendidih dan likat sikit. Tutup api dan biarkan sejuk sesambil tunggu kobis siap digaramkan.
Every 30 minutes, balik-balikkan kobis ni biar semua air garam diserap serata.Makin lama, kobis kau akan makin shrinking. Prinsip osmosis ye mak-mak sekalian. Aku tunggu 2 jam je. Sebab nak dekat 2 jam pun kobis aku dah jadi kecut giler. Kalu tunggu 10 jam agaknya tinggal selai je kot? Cukup 2 jam, bilas dengan air 3 kali. Atau sampai kobis tak masin sangat. Disebabkan aku posa time aku buat ni, makanya aku tak test la masin ke tawar kobis aku ni. Harap-harap ok lah tak masin sangat nak.
Ini kobis aku setelah 2 jam dan dibilas dengan air sebanyak 3 kali. Boleh ready nak sediakan sos kimchi/kimchi paste dah.
Tuang porridge yang dah sejuk tu dalam mangkuk untuk diadun dengan bahan lain. Potong carrot bentuk batang mancis, potong daun bawang, cincang bawang holland suku labu,  parutkan sedikit halia, setengah labu bawang putih, suku cawan sos ikan, sesudu besar udang kering yang direndam air panas(ambik isi je, air buang) masukkan dalam mangkuk sekali dengan porridge tadi. Pastu bubuh la serbuk cili sebanyak yang kau suka. Aku buh dekat secawan aje. Sebab tak sure serbuk cili kita lagi pedas dari Korean chilli flakes atau cili dia lagi pedas dari cili kita. Baca dari blog, dia cakap kalu secawan tu ok dah. Tak tahu la cemana turn out nanti. Aku pakai serbuk cili Alagappas aje.
Siap adun, ambik kobis tadi, lumurkan di setiap lapisan macam kau lumur garam tadi. Siap lumur, masukkan dalam bekas bertutup dan kedap udara. Tekan-tekan atas susunan kobis tu biar padat dan tak nak bagi ada gelembung udara kat bawah. Cikgu kata, kalu banyak gelembung udara, kimchi cepat berkulat sebelum boleh makan. Erti kata lain, rosak la.
Dah puas hati, tutup bekas kemas-kemas, letak kat tempat gelap, jauh dari cahaya matahari. Aku buh dalam kabinet dapur. Kimchi lebih cepat masam kalu bubuh dalam bekas kecik. Bekas besar ambik masa lebih lama untuk dia fermented. So, kalu buat in big batches, make sure buh dalam bekas kecik-kecik.

Biarkan di luar peti sejuk selama sehari setengah ke 3 hari untuk proses fermentasi. Kalu nak masam sikit-sikit, sehari setengah dah cukup cikgu kata. Kalu 3 hari tu masam benar la kot. Selalunya 2 hari lah. Lepas tu baru simpan dalam peti sejuk. Makin lama simpan, makin masam. Sampai satu tahap masam sangat, diorang kena buat something else, takleh makan camtu je dengan nasik. Contohnya guna untuk buat stew ke camtu la. According to apa yang aku baca la ;p But again, lidah dan tekak masing-masing adalah sangat subjektif.

Macam mana nak tau kimchi ni dah ready untuk dimakan atau proses fermentasi dianggap berjaya? Cikgu kata, bila nampak bubbles, berair dan bau masam. Then it's ready to be consume.

Masa nak lumur paste ke kobis tu, bau dia dah ada iras-iras bau kimchi yang aku makan kat sana... Harapannya menjadi lah in sya Allah amiiin... Kalu tak jadi, kena try sampai jadi lah *berpeluh

Tengok kat youtube, semua cikgu-cikgu lumur paste ke kobis kering je nampak... Aku punya basah lencun... And lebihan paste cikgu-cikgu tak masukkan sekali pun dengan kobis untuk diperam. Aku bantai curah semua dalam bekas sebab macam sayang nak buang. Salah ek cara ni? Hahahaha... First time lagi dah derhaka... Haih...

Pada yang belum pernah try kimchi and no idea how it taste/ smell.... Pada tekak dan hidung aku, rasa dan bau dia lebih kurang macam somtam. (bahan nak buat pun lebih kurang sama, ada garlic ada sos ikan. 2 benda utama ni yang memberi rasa pada kimchi).

Aku tak masukkan Korean radish sebab 1 nya, takde. 2 nya, ada Malay blogger kata tekak orang Melayu berkemungkinan besar tak ngam dengan rasa radish (lobak putih Korea) ni. Ada yang substitute lobak putih ni dengan sengkuang. Tapi aku just malas nak melayan... So I just skip this part.

Tengok dalam youtube cikgu-cikgu guna udang jeruk Korea. Kalu tengok rupa, sebijik macam cencaluk. Tapi aku tak berani nak pepandai ganti dengan cencaluk sebab aku sendiri tak pernah makan cencaluk. Tapi dari rasa kimchi yang aku masih ingat, rasa udang tu kuat macam udang kering/ geragau dalam somtam tu. Sebab tu aku pakai udang kering je. Habis citer.

Pada yang senang nak dapatkan serbuk cili/ hot pepper paste Korea/gochujang... Please be careful, pilih yang ada logo Halal ye. Sebab gochujang ni ada yang dicampur alkohol. Wallahualam.

Looking forward nak try my first kimchi... Kemain aku duk gebang ajar orang buat kimchi kan... Sekali kimchi sendiri tak jadi... Memang potong arr.. Hihi... Doakan kimchi aku menjadi ye!

No comments: