Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, July 29, 2015

#1247 Me Vs Aku Rajin

Entry masak-masak dan makan-makan lagi. Minggu lepas punya cerita ni. Terkenangkan mie ayam kat Es Teller punya pasal :( Macam biasa la... Aku google sana sini, bukak youtube situ sini, derhaka itu ini, tapi ada macam-macam versi mie ayam. Aku compile dan gabungkan semua resipi, alter sikit-sikit akhirnya terhasillah resipi mie ayam macam ni.
 Mie Ayam Mudah
Mi (saya guna wonton noodles)-celur dulu
sepokok sawi- potong & celur
Daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Bahan untuk sup
2,3 ketul ayam
4 cm halia -diketuk
2 ulas bawang putih -cincang/tumbuk
2 ulas bawang merah kecil
Air secukupnya
1 kiub ayam/daging
serbuk lada sulah
garam
Cara untuk masak sup/kuah:
Tumis bawang putih dan bawang merah kecil hingga keemasan. Masukkan air, ayam, lada sulah, kiub ayam/daging dan halia. Biarkan hingga isi ayam empuk dan kuah mendidih. Tambah garam jika perlu.
Bahan untuk perapan ayam:
2 ulas bawang putih -cincang/tumbuk (untuk perapan isi ayam)
sehiris bawang holland -dadu
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
cendawan butang fresh (saya guna grey oyster mushroom je)-hiris/cincang kasar
sedikit minyak bijan
garam
Cara untuk perapan ayam:
Keluarkan ayam dari kuah dan dicarik-carikkan/didadu. Ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang holland hingga keemasan.
Masukkan isi ayam & cendawan.Kacau rata.
Masukkan kicap, sos tiram dan minyak bijan. Kacau.
Sesuaikan rasa.

Cara menghidang:
Gaul mi yang telah dicelur dengan kicap manis dan sedikit sos ikan. Taburkan isi ayam, sawi yang dicelur, tabur bawang goreng dan daun sup daun bawang. Curah kuah di atasnya. Dah boleh makan!
Ini half recipe aje.
Ni pulak brownies sempena nak try oven baru rosak ke tak lepas bakar ayam tu. Sebab lepas bakar ayam, extension plug yang aku selalu pakai tu tetiba je cair ;( Oven sebelum ni pun pakai extension yang sama tapi okey je. Oven baru ni wattage lebih tinggi kot.

Encik Jack suruh bake apa-apa untuk try oven ni okey lagi ke tak. Kalu tak okey, boleh tukar baru terus hehe. My brownies turn out well. Oven tak apa-apa lah tu.

Brownies ni aku try resipi ambik kat group resipi ringkas. Aku buat tak rasa gooey pun. More to fudge-y aje... Ke aku buat silap tak tahu la.

Brownies Cake Chewy Goory .. hasilnya sangat superb sedap
Bahan2
300g butter /mentega
300g chocolate masakan
6 biji telor ayam - pukul sedikit
80g serbuk koko
350g gula perang
2 sudu kecil esen vanilla
100g tepung gandum- ayak 2 kali
1 cawan kacang ( walnut/ macadamia / pecan) yg telah di panggang 10minit dan dicincang
Caranya :
Cairkan butter.. pastu masukkan serbuk koko.. guna whisk je senang.. x yah guna mesin pemukul ya.. kacau sebati.. tutup api.. masuk dalam mangkuk.. campur kan ngan gula perang.. kacau rata..
Masukkan telor sikit2.. kacau rata....tepung gandum..masukkan esen vanilla.. kacau rata..
Bekas yg lain.. cairkan coklat masakkan dgn cara double boil.. pastu curah kat adunan tadi..
Masukkan kacang yg dipanggang .. kaup balik sampai rata.. terus masuk loyang yg telah di griss butter ..kalau rajin buh tepung skit kat loyang tu lepas griss butter.. In sha Allah x melekat
NOTA LUTUT :: Kalau ada budget lebih.. bole tabur chocolate chip di atas adunan tu sebelum korang bakar.. (mir tabur sikit sebab kebetulan ada kat rumah)
Mir guna loyang 10x10 inci..
Bakar suhu 150'c selama 60 minit.. tapi mir bakar 75minit bg garing skit atas dia..bergantung pada oven korang..
Sejukkan sebentar baru hidang.. bole tabur coklat cair kalau nak..tapi coklat kat umah mir dah habis.. mir makan mcm tu je..
NOTA KAKI :: Tip mir utk yg baru belajar :
1-Jangan pukul over sgt ya sebab dia guna tepung sikit je.. nanti kek u ols mendap kat tengah..
2 - bole taruk serbuk kopi skit..dalam adunan tu tapi umah mir takde kopi..
3- kalau korang lagi kaya.. bole makan ngan aiskrim.. terus ke Pintu Syurga..!!!!
Agak puas hati la guna recipe ni. Boleh la. Tapi aku kalu boleh nak brownies yang merekah kat atas, tapi chewy kat dalam... Kalu ikut resipi kat atas ni, dia suruh bakar sejam dengan suhu 150 kan. Aku bakar 40 minit je dah keras kat atas. Sib baik tak hangus. Pe'el oven baru susah nak jangka kan?!

No comments: