Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, August 5, 2015

#1248 Me Vs Nasi Mandy Al Bayt

Ni citer minggu lepas. Khamis tu kitorang posa. Duk geledah gerobok aku sesambil pikir nak masak apa for berbuka. Tertengok kotak nasi mandy yang Puan Menteri bagi aritu. Aku ni main sumbat je dalam gerobok. Kekadang lupa benda tu dah berkurun kat dalam tu. Dalam tak tahu nak masak apa tu, memang langkah kanan sangat la terjumpa kotak ajaib ni. Senang keje aku.
Aku tak pernah buat nasi mandy sebelum ni. Tau makan je. Dalam kotak ni ada 3 in 1 ingredients... Molek sangat lah tu. Ada beras basmathi, rempah untuk tumis dengan rempah kasar. Yang lain-lain memang dah sedia ada dalam fridge. 
Instructions memang dah sedia printed kat belakang kotak. Aku ikut sebijik-sebijik tanpa derhaka sikit pun. Hahaha... Projek paling komited la nih. Memang menjadik la. Aku yang tak reti masak ni pun boleh buat, korang yang lagi terer tu kacang je la... Memang sedap. Aku kasi 5 bintang. Satu rumah bau macam Hadramawt.. Eh lupa pulak nak ambik gambar. Sebab terlalu teharu aku berjaya buat nasik mandy setaraf Hadramawt. Tak tahu pulak harga sekotak ni berapa. Kat Tesco aku ada tengok product macam ni jugak, tapi lain brand, dalam RM14.++ sekotak. Sekotak ni kitorang boleh makan 2 kali. Kalu beli kat Hadramawt, satu set RM17.++ boleh makan 2 orang. Tapi siap sekali daging/ayam... Hmmm... Macam lagi murah kalu beli siap je kan? Hahahahaaaa... Tapi nak pegi Hadramawt kat Perda nun malas pulak..

Next time boleh la beli lagi Nasi Mandy Al Bayt ni untuk saat-saat tak terduga macam ni. Memang sangat-sangat membantu. I like lah. 
Ni pulak kimchi yang aku buat baru ni. Macam tak jadik kot. Masa sebelum peram tu bau dah sama dah.. Bila dah siap ni lain pulak jadinya... Setakat ni aku simpan lagi dalam fridge. Tak tau la bila nak humban. Hahahaha... Yang aku makan kat sana, kobis dia rangup sangat-sangat. Yang aku buat ni lembik... Tak best lah. Bila ntah nak pegi Seoul Garden ni. Skang kat Sunway Carnival Mall dah ada Seoul Garden. Tapi tak pegi-pegi lagi. Nak pegi, kitorang je yang makan. Budak-budak ni mana makan makanan camtu. Tak syok lah.

No comments: