Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, August 8, 2015

#1249 Me Vs The Blind Fisherman and The Kindergarten Teacher

Okay, how about this....

Kau putus cinta. Gewe yang kau sayang tu rupanya tok laki orang. Kau pun lari ke Langkawi nak tenangkan diri. Atas bas, lalu kat satu jambatan. Ko tetiba turun bas dan rasa nak bunuh diri terjun jambatan. Kebetulan lalu lah lelaki buta tapi hensem tapi nampak macam orang miskin tetiba tersadung dan tertolak kau dengan tak sengaja. Kau pun tergelincir tapi sempat berpaut dan bergayut terkontang-kanting. Pastu si hensem tapi buta tapi kacak tu selamatkan kau naik balik.

Syok tak? Mesti tak syok kan sebab si buta ni miskin.
Gambar hiasan je
Kecek punya kecek, kau dapat tahu si buta ni pun pernah patah hati secara sadis. Satu hari, si buta ni dapat berita ada penderma kornea yang sesuai dengan mata dia. Operation ni disponsor pihak hospital sana katanya. Tapi operation tu kena buat kat Paris. Nak pegi buat operation tu ofkos la takleh gi sorang. Nak kena gi dengan family. Si kacak ni pulak sebatang kara. Dia mintak tolong kau kawin dengan dia untuk teman dia pegi buat operation kat Paris. Kau mesti rasa dah terhutang budi sebab si kacak ni dah selamatkan kau aritu. Sure kena balas jugak budi dia kan. Si kacak ni kata, kalu kau rasa takde chemistry antara korang dua orang, lepas dia buat operation, dia akan lepaskan kau. Alah, lagipun keje kau senang je, teman dan jaga dia je sepanjang kat Paris tu. Kalu kau tak pegi, nanti bekas gewe kau yang tak reti nak move on tu akan continuously kacau hidup kau. Good opportunity la ni kan. In fact, it's a win-win situation.

Kau setuju tak?
Nak tolong pimpin seumur hidup tak kalu hensem camni.
Ok katakanlah kau setuju sebab nampak jate ni baik. Kau sendiri pun takde plan apa nak ke mana keje apa whatsoever. Kau pun kawinlah kontrak dengan jate ni. Sebelum gi Paris tu, dia kata kena singgah KL dulu (nak fly international kan kena fly dari KLIA). Kat KL dia kata nak tumpang umah sedara dia sementara nak fly tu.
Gambar hiasan je oi
Bila sampai je kat 'rumah' sedara si buta ni, alangkah terperanjatnya kau sebab rumah tu bukan rupa rumah la... rupa istana seistana-istananya... Punya la godang. Keluar aje dari teksi, orang gaji dah line up nak meet and greet korang berdua. Kau mesti lah terpinga-pinga kan rumah sape ni, dah apa hal nak sambut sebegini grand.

Bila masuk dalam 'rumah' tu baru si kacak yang dah jadi laki kau ni buat pengakuan 'rumah' ni rumah dia. Dan dia sebenarnya multi billionaire. Hari tu kau tersalah anggap tengok dia pakai baju lusuh sebab dia terjatuh dalam air masa nak beli ikan. Pastu ada orang kampung kesiankan dia, kasi pinjam baju diorang. Sebab tu kau ingat dia orang miskin takpun, nelayan. Malu tak malu tak?

Laki kau sengaja tak reveal identiti dia sebab dia tak nak kau malu sebab salah tafsir. Dan, dia nak tengok sejauh mana keikhlasan kau nak kawin dengan dia. Sebab dia tak nak la pompuan yang gilakan harta dia. Dah kau terima dia dari awal sebab tahu dia 'fisherman' aje, dah cukup untuk impresskan laki kau. 

Sekarang ni kau dah jadi mem besar kat 'rumah' ni. Tapi ofkos la tido bilik asing-asing sebab kawin atas kertas aje kekdahnya. Kau memang la sentap sebab rasa tertipu dengan identiti laki kau tu. Tapi sentap-sentap manja je la. Laki kau dah la hensem. Baik budi pekerti, pandai ambik hati pulak tu. Sehari lepas kau jejak kaki kat umah agam tu, dia panggilkan stylist untuk doll kan kau. Buat rambut, kasi satu wardrobe persalinan baru, henbeg baru, kasut baru hujung rambut hujung kaki semua branded items. Memang la kau tak kisahkan benda tu semua. Tengah culture shock kan.

Tengah malam tu kau dahaga. Terjengket-jengket kau keluar bilik sesat nak cari kat mana dapur. Kata besar sangat kan rumah. Tetiba orang gaji nampak kau dan stopkan kau dari jauh. Oh nak sarungkan selipar rupanya. Kau nak pakai sendiri pun dia tak kasi. Biar diorang je pakaikan kat kaki kau. Lepas tu orang gaji tanya, nak pegi mana sebenarnya ni. Kau cakap la dahaga, nak pegi ambik air... Terus orang gaji mintak kau balik bilik, nanti diorang hantarkan air ke bilik. Just tekan bell je nak apa-apa lenkali katanya. Peh. Sure la kau tak biasa kan dengan layanan sediva ni. Disebabkan kekampungan kau tu, terus win hati semua orang gaji dalam istana laki kau ni.

Ok... Beberapa hari berlalu, tibalah hari berlepas ke Paris. Sampai kat Paris, bff laki kau dah ready sambut korang kat epot sana dengan sebijik Bentley hitam berkilat. Dari epot, terus korang dibawa ke private mansion milik laki kau kat tengah kota Paris tu. Somel giler rumah agam laki kau ni. Tak lawa apa nya kalu siap dengan French gardennya. Dah nama pun rumah the super rich people, mesti la lawa... 

Sampai-sampai je, bff laki kau masukkan semua beg korang dalam satu bilik. Eh, dah cane ni? Laki kau kata kat sini kena tido sebilik la sebab mansion ni tak segodang istana kat Malaysia tu. Nanti apa pulak kata bff dia kalu tahu korang tido asing-asing... Kat Paris pulak skang tengah nak masuk musim bunga... Sejuk lerr.. Cane nak tido sorang atas lantai, sorang atas katil. Not doable lah.. Kot-kot mana pun terpaksa la tido sekatil jugak. Takpe kot, laki kau kan buta. Bukan dia nampak pun kan.

Esoknya, korang kena gi spital tempat laki kau nak buat operation. Ada epoiment dengan pakar mata. Lepas jumpa pakar mata, doktor kata kena postpon dulu sebab doktor nak kena pegi Tokyo, ada urusan kat sana. Nanti lepas dia balik dari Tokyo tu baru boleh proceed. So, okaylah .. Laki kau dah 3 tahun spend masa menunggu. Setakat seminggu dua lagi, boleh je dia tunggu walaupun dia anxious. Ofkos la tak sabar-sabar nak dapat melihat balik, dia nak tengok muka kau yang semua orang kata cun melecun tu lah.

Sementara tunggu doktor kembali ke Paris, laki kau ajak pegi bercuti sekitar Paris. Ofkos pegi sekali bff lah sebab kalu bff takde sape nak drive keta bawak korang pegi. Mula-mula pegi dekat-dekat je.. Macam sekitar taman Eiffel Tower tu.. Habis pusing yang dekat-dekat, korang bertiga pun menuju ke Honfleur keesokan harinya... Laki kau memang purposely nak bawak kau jalan-jalan area Honfluer. Kat situ ada chateau yang sangat cantik katanya, sesuai la nak bawak kau.

Sampai-sampai, memang lawa giler la chateau ni. Korang je yang sewa masa tu. Alahaiiii romantik sangat ambiance... No word can describe this.  

Eh panjang lagi kalu nak citer ni. Ni bukan aku buat citer tau. Ni citer betul ni... Tapi bukan citer aku lah... Manis sangat citer ni sebab tu rasa nak share dengan korang. 

Kalu korang berminat lah. Ni baru citer sikit je ni... Dah rasa takleh nak move on dah.... Thehehe..

Best tak best tak best tak????

2 comments:

R I N I . R A N I said...

mek....sambung citer ni pleaseeeee

Blog Diva said...

rini....wootwoot!!!! ado org ruponyo! ingatkan aku potpetpotpet sorg2... ngeeeee....