Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, August 9, 2015

#1250 Me Vs Missing The Moments

Minggu ni masuk minggu ke dua sakit kepala tak hilang-hilang. Mata overstressed kot. Nak pegi klinik malas. Selalunya makan panadol okay lah dia. Tapi kali ni tak jalan. Bukak pintu pagi-pagi nak turun jemur kain punya la sakit mata kepala menahan silau cahaya. Tahan aje lah kepala dan urat belakang mata berdenyut-denyut tak henti. Nanti ok lah tu mintak-mintaknya. Hopefully bukan hypertension lah.
Dua tiga hari ni down sangat-sangat rasa. Makan tak lalu. Nak masak takde idea. Nak pegi grocery shopping pun malas. Pernah tak rasa camni? Sangat-sangat tak progressive. Keje satu apa pun tak jadi. Dalam freezer lauk nak masak semua ada. Tapi otak blur blank. Tanya gewe pun, dia cakap dia pun tak tahu nak makan apa. Haih boringnya makan air tangan sendiri ni. Open house raya pun takde jemputan tahun ni. Ke kat Penang ni orang dah ramai terkesan dengan GST dan kenaikan harga barang sampai rasa macam tak mampu nak buat.
Bila tak tahu nak makan apa, nak masak apa ni... Mula la depress. Ye, aku dengan makanan memang tak boleh dipisahkan. Kalu takde makanan, aku akan restless. Stok makanan kena ada. Perancangan nak makan apa, nak masak apa kena ada. Kalu takde, aku akan rasa serba tak kena. Orang gastrik ni kena makan every alternate hour. So, memang kena ada plan la lepas ni nak makan apa. Lepas tu makan apa pulak. Kalu tak plan, macam mana nak readykan makanan tu. Takkan 2 jam sekali nak makan benda sama. Not doable for me. Pokok pangkalnya, stok makanan kena sentiasa ada. Nak makan ke tak makan ke, itu belakang kira. Janji, time perut lapar aku boleh ngap je tanpa perlu pikir-pikir mana nak cari, mana nak buat.
Time macam ni rasa sangat-sangat rindu dengan segala moment-moment percutian yang lepas. Semalam masa nak tido, macam slideshow dalam kepala aku. Satu per satu gambar percutian lengkap dengan kenangan bermain dalam kepala.. Huuuuu.... :( sedihnya! Macam pungguk rindukan bulan pulak ai. Macam mana ek nak citer... Perasaan tersentuh tu, tak reti aku nak citer. Rasa nak je pusing balik masa. Rewind nak masuk balik dalam kenangan tu. 
Eh malu pulak. Surirumah duk umah je bukannya stress apa pun.. Pun, duk sibuk nak pergi bercuti jugak ke. Hehehe... Benda sedap sape tak nak weh. We don't have a certain plan yet. Ada la duk sembang kosong lepas ni teringin nak gi situ sini tu. Tapi takde la serius pun. Tahap koya-koya je pun. Tak kisah la pegi mana pun. Jauh or dekat. The moments we spent with our love ones that counts. Buat masa sekarang ni belum berkesempatan lagi nak travel mana-mana dengan orang yang bukan dari kalangan ahli keluarga. Ada jugak jemputan dari geng backpacker. Tapi belum berani lagi nak join. Maklum la sekadar kenal gitu-gitu je, takkan aku berani nak berangkat ke luar negara dengan orang tak kenal asal usul ni. Tapi dalam hati kadang-kadang teringin jugak nak ikut. I can make friends and it must be fun. Tapi tu lah. Besar risiko tu. Sebelum dapat approval dari gewe, kena lulus semua soalan killer dari gewe lah semestinya. 
Syahdu pulak bila belek-belek balik gambar trip aku ni. I am one greedy traveler. Bila tengok gambar lama, teringin nak retour. Tapi pada masa yang sama, teringin nak pegi tempat lain jugak. Bumi Allah ni kan luas. Ofkos there's 1001 tempat menarik lagi aku tak pegi. Bila tengok insta retis-retis yang keje bercuti keliling dunia ni, kecur air liur aku weh. Kita yang tak kaya harta ni mana la mampu. Bila join group backpackers ni, baru tahu... Tempat menarik atas dunia ni bukan setakat Paris, Switzerland, Scotland New Zealand aje.. Sebelum ni pun kenal dalam citer Hindustan aje. Bila tengok rakyat Malaysia sekarang ni dah makin advance... Makin berani solo trip sampai ke Lake Plitvice pun ada. Amerika Selatan, Afrika Selatan, negara-negara Balkan, Mongolia dan banyak lagi negara yang kita tak terpikir pun menarik untuk berbackpacking. Yang pegi backpacking ke Afghanistan dengan Bosnia pun ada ok. Yang kita tahu, negara tu pernah berperang dan tak selamat untuk melancong. Tapi kita tak tahu yang sebenarnya negara berperang tu cantiknya masya Allah... Join group backpacking ni tu lah kelemahan aku. Tengok orang pegi mana-mana, hati rasa gelenya nak pegi jugak. Sampai satu tahap, rasa nak unfollow aje group tu sebab tak tahan godaannya. Tapi setiap kali nak klik unfollow tu, rasa macam rugi pulak. Rugi ilmu dan pengalaman yang dishare. Nak pegi memang tak mampu. Tapi kita masih mampu baca kisah pengalaman diorang.. Tumpang hepi aje lah.
Bila tengok gambar pegi China aritu... Rindunya nak berisi lagi. Sejak balik dari Korea, makin kurus ada la. Semua seluar dah loose balik. Muka yang pinggan sikit dulu tu dah kembali panjang. Huuuu... Susah payah tau nak membina body. Berbelas tahun baru menjadik. Itupun sekejap aje. Bila pegi Korea, kuncup balik. Adoiiii.... Balik dari Korea kan terus posa sebulan. Ni, tak lalu pulak. Dah tu kalu episod pilu ni bersambung-sambung bila nak terbina balik bodinya? Orang lain sibuk nak kuruskan badan, aku pulak sibuk nak gemokkan badan. Trust me, kurus sangat pun banyak disadvantages jugak. Which is, tak best. Dan tak cantik dipandang. Langsung.
Ni dekat kul 11 dah. Lauk belum keluarkan dari freezer lagi. Bila dah keluar pun, tak tahu nak masak apa jugak. Haih, masalah dunia bagi aku skang ni, masalah tak tahu nak makan apa, tak tahu nak masak apa. Nak masak nasi kerabu, ulam pulak takde. Global tak masalah aku ni?
Blues orang teringin nak berjalan jauh lagi.

No comments: