Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, August 11, 2015

#1252 Me Vs Lakorn

Hadoiiiiiiiii.... Lakorn lah pulak.

Sebelum ni haramjadah tak pernah aku kenal sorang pun nama pelakon Thai. Muka tu ingat la sorang dua. Tapi nama memang blank lah. 
Thai version of Autumn In My Heart (Remake)

Pernah tengok apa-apa citer yang lepas habis tengok tu kau rasa takleh nak move on? Letih mak nak... 

Kisahnya bermula 2,3 minggu lepas... Biasa la.. Time takde benda nak buat, browse Youtube. Tetiba teringat kat citer The Princess (Luerd Katiyya) yang pernah tayang kat TV2 tak silap aku. Tahun 2003 kot. Masa tu aku kat USM lagi. Ini semua Sukriah punya pasal. Dia la dok gebang kat aku citer ni sedap. Mak pun try la usya bependa sedap sangat ni. Lepas satu, satu episod aku ketagih. Waktu tayangan pulak kul 2 gitu kot. Aku pulak ada tutorial Kimia Analisis 2 kali seminggu kau rasa aku tak ponteng ke... Wakakaka... Kesian adik-adik yang ambik PMR tahun tu yang follow citer ni. Aku dengar citer final episod ni jatuh time exam PMR, paper Pendidikan Islam. Wakakakakaaaaa... Meroyan adik-adik tak dapat tengok kan..

Aku pun ada banyak jugak missed episod citer ni. Tahu pasal ni pun citer dah tengah-tengah dah. Tapi apa pun, ending aku sempat la tengok. Hujan lebat depan tv weh. Boleh dikatakan, ni lah drama paling lejen. Paling sweet, paling sedih sampai belas-belas tahun pun aku kenang lagi cinta tak sampai diorang ni. Forget Winter Sonata, forget Stairway To Heaven. Citer ni lagi win. Sedih-sedih sedap.

One thing about Thai lakorn, diorang tak se'bold' Korean. Skinship adalah berpada-pada macam drama Melayu lah jugak except ada la glitch sesikit. Dalam citer The Princess ni misalnya.. Diorang jarang ada scene pegang-pegang. Maklum la sorang darah raja, sorang darah merah biasa. Mana boleh dating jiwang sesuka hati kan. Jarang pegang, jarang sentuh, tapi sekali ayat, sekali tenung perghhhh, getar tu sampai dik! Nampak tak aura citer ni? Tu sebab ramai yang tengok citer ni tak kira surirumah mahupun budak PMR boleh terpukau.. 

Cer google pasal citer ni, mesti jumpa banyak blog yang citer, katanya citer ni reminds zaman sekolah diorang dulu. Balik sekolah mesti tercongok depan tv sambil makan nasik tengok citer ni. Besar impak citer ni kat orang kita.
Compared to K-drama, thai lakorn ni bab file sharing ni agak payah sikit. Thailand ni bagi aku antara syurga imitation. Ironically, bab-bab copyright local product diorang ni dijaga ketat pulak. Citer ni kalu cari kat youtube (youtube je yang available, mak dah try cari sana sini tak jumpa), file ada. Tapi subbed cuma partially. You can find most of the episodes there, but not all audio available. Audio copyright issue katanya. Dah tu, boleh tengok gambar je la. Suara yilek. Lagi sadis, suara yilek, sub yilek, ada gambar je. Nak tengok punya pasal, aku tengok jugak lah without subbed and audio. Pastu tak paham apa yang berlaku. 
Lepas 12 tahun baru aku dapat tengok citer ni full dari episod 1 sampai habis. Dulu tengok mana yang sempat je. Harap dapat tengok yang tayang kat tv je lah time tu. Sesungut tak panjang lagi macam sekarang kan. Nak-nak pulak time tu internet access sangat limited. Manolah mokcik reti nak godek-godek mana nak melanun. Mp3 zaman tu pun suruh encik Jack yang burn. Hahaha... Tahu bukak internet untuk email dengan cari maklumat pasal assignment je. Suci nya blog diva! Kahkahkah...
Apa yang boleh buat kau tertarik dengan satu-satu drama/movie? Pelakon nya kah? Lokasi nya yang lawa kah? Skrip nya kah? Background music nya kah? OST nya kah? Footage nya kah? Costume nya kah? Pengarahnya kah? Babak romantiknya kah?
Untuk citer Luerd Katiyya ni, first thing yang menarik mata memandang adalah Pra'ek nya (leading man/hero) dengan costume Princess Tippiyarat Darakumari ni. Tiap kali ada appearance puteri ni, mata pasti terpukau dengan kecantikan dress-dressnya. Sangat-sangat graceful. Hero dalam citer ni muka most of the time serius je, jarang senyum. Nak senyum or nampak gigi sangat la payah. Tu yang mahal tu. Lagi satu kan, tiap kali hero panggil nama si puteri, pehhh... Aku pulak yang senyum-senyum. Belum panggil nama aku lagi tuh. Panggil nama je pun dah boleh buat hati kau tremor. Berhantu sungguh panggilan dia nih. Padahal panggil nama je pun. Haaaaa... Aura siot.
Tiap kali tengok citer ni mesti ternanti-nanti scene 2 orang ni. I went all giddy whenever these 2 appear together. Bila hero renung hujung mata je pun dah rasa takde tulang dik... Punya la massive impact dia ni. 
Nak pegang-pegang susah. Diorang ni asyik curi-curi pandang je antara satu sama lain. Alahaiiiii sweet giler!!!! Memang citer ni banyak scene yang makan dalam. Deep weh. Panggil nama pun boleh bagi deep impact. Tenung-tenung pun deep impact... Memang aku tak jumpa lagi orang yang kata citer ni tak best.
Behind the drowning scene.
Pada aku yang dah berbelas tahun berkecimpung menjadi penonton drama tempatan dan antarabangsa ni, drama ni la yang paling legend sedihnya. 10 kali tengok 10 kali nanges swimming pool air masin. Itu yang tengok video low quality je tu. Kalu in HD available, agaknya aku replay balik semua episod lagi satu kali. Drama Thai ni nak jumpa in HD siap hardsubbed adalah agak payah. Terpaksa la tengok kualiti pecah-pecah pun. :(
2 episod terakhir kena sediakan tisu berkotak-kotak. Tak pun baldi. Memang cry a bucketful of tears lah kau. Sebab tu aku kata sedih drama ni tahap lejen. (episod last-last takde subtitle, choiiii mood aku). Lebih separuh citer asyik senyum-senyum je kan tengok... Bila episod last-last sedihnya takleh nak cakap pulak. Tu yang citer ni sedih-sedih sedap kot. Lepas tengok habis akan ada rasa terbuku di hati. 
Part ni walau aku tak tengok balik lepas 12 tahun ni pun aku ingat lagi yang aku tengok tahun 2003 dulu. Part ni. Scene paling sedih. Takde lagi citer yang sedih setara ini. Sampai rasa nak nanges mengongoi-ngongoi sesambil sedut hingus. Habis lengan t-shirt aku buat lap air mata air hidung segala. Makan nasik pun tak lalu. Macam gewe aku pulak yang nak mati.
This scene make me cry a river. Tak tipu.
Aku malas nak citer lebih-lebih kasi spoiler kat sini incase ada yang berminat nak tengok. Tapi memang terkilan la akhirnya jalan cerita jadi macam tu. What to say, kita sebagai penonton keje tengok aje lah apa yang dihidangkan. Hmmm... Kalu hero tak ending macam ni pun, dia tetap takleh memiliki si puteri. Hati je dapat kat dia. Tapi nak kawin tak boleh. Seksa jugak kan? Why oh why... Time tu memang rasa macam kita pulak yang berlakon dalam tu... Sedihnya macam kita pulak yang bercinta tapi tak kesampaian tu. It's that damn good. Just so you know.
Puteri di pulau tempat dating diorang, mengenang kembali segala detik indah bersama.-di pusara cinta hati.
*air mata meleleh ke lantai.... Kenapa harus ada cerita sesedih ini huwaaaaaaaaaaaaaa~~~!!!!! 

No comments: