Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, August 28, 2015

#1254 Me Vs When You Have Thousands Of Memories With Someone

:((((

Sedih sangat.

Hati sangat-sangat berduka dengan seorang sahabat yang sedang berjuang melawan kanser ovari tahap 4. Bila mesej tak berjawab, hati terus rasa tak sedap. Mesej direct kat mak dia tanya khabar.. Itu cerita masa lepas raya. Mak dia cakap, dia kat wad. Nak keluarkan air yang banyak dalam perut. Selagi tak keluarkan air, dia tak boleh nak makan. Ya Allah... Besarnya dugaan Allah kat dia..

After so many weeks, takde sebarang berita dari dia. Aku paham. Mak dia mungkin sibuk uruskan dia. Aku lah yang patut bertanya khabar. Jadi aku mesej lagi bertanya khabar. Mesej dari mak dia benar-benar meruntun jiwa. Buat masa sekarang Amy x dapat berjalan, terbaring atas katil aja. Nampak semakin merosot. Sekarang chemo x dapat buat, cuma treatment untuk keselesaan n sehat untuk dapat makan. makan tu dalah sikit2. insyaallah Amy akan sehat n dapat berjalan kembali. kuasa Allah akan mengatasi segala2nya Aug26, 2015 @12.51pm.

Ya Allah.... Apa yang aku risaukan dah berlaku. Semenjak tahu dia sakit, dah banyak air mata yang tumpah mengenangkan dia. When you have thousands of memories with someone, it's harder to forget that someone.

Dia, yang aku kenal sejak darjah 6. Kitorang satu tadika. Tapi aku tak kenal dia masa tu. Sampai la masa darjah 6 sekali. Pun tak rapat lagi dengan dia. Start rapat dengan dia masa form 1. Masa tu kan awal-awal masuk sekolah menengah. Sekolah baru, muka-muka pun ramai yang aku tak kenal. Antara muka yang aku kenal dalam kelas adalah dia. Kebetulan pulak group aku masa tu tak cukup seorang. Kelihatan dia keseorangan di ceruk belakang kelas. So, I invite her to join our group. Semenjak tu, kitorang rapat.

Buat projek form 1 sekali. Pegi keluar cari bahan sekali, pegi school trip sekali, tido sebantal, share citer hantu sampai takleh nak tido kat asrama sekolah Ajil yang kitorang tumpang masa school trip tu, share stories about boys, our dreams, our likes and dislikes, our silliness. Yes, we were silly. Aku rasa masa ni, aku kot satu-satunya kawan dia yang pernah datang umah dia. As for her, she's quite 'protective' pasal rumah dia. Hihi.

Masa form 2, dia naik ke 2M1 while I remain in 2M2. Tapi masa English, kitorang satu set. So, tiap hari masa subjek English aku akan masuk kelas dia. Duduk sebelah dia. Tiap hari boleh jumpa dia as long as ada kelas English. We remain friends,

Masa form 3, aku dapat keputusan top 3 masa final exam form 2. Dapat la naik ke kelas 3M1. Dia pun remain dalam 3M1. Sekelas lagi kitorang. Satu group projek Sejarah. Tusyen pun sekali. Duk sebelah aku. Ponteng pun sekali. Buli budak lelaki yang budiman pun sekali. Sambut birthday sama-sama... *tears..

Keputusan PMR sama-sama dapat result cemerlang. Tapi dia dapat offer ke MRSMPC. Aku pulak dapat offer ke boarding school kat Pekan, tapi aliran teknikal. I turn down the offer. Staylah aku penuh kemurungan sekali kat ZS sebab kawan-kawan aku mostly semua dah ke boarding school/MRSM. Yang tinggal cuma 2,3 kerat je. Form 4 kat ZS memang zaman gelap bagi aku lah.

Selang sebulan agaknya, aku dapat tawaran second intake ke MRSMPC. Yay!!!! Dapat jumpa dia! Seronok lah aku dapat jumpa dia. At least dapat pegi ke tempat yang ramai muka yang aku familiar. Mula-mula nama aku under kelas Nukman... Tapi sebab apa entah lupa dah last minute tu aku diturunkan ke kelas Ghazali. 'Turun' tu sebab kelas Nukman tingkat 2, kelas Ghazali tingkat 1. As, literally. Dia pulak kelas Ghazali. So, you know what I means. Dalam kelas G ni, kitorang partner lagi. Kuat kan jodoh kitorang?

Lepas SPM, aku dapat matrikulasi tak menjadi Datuk N yang pada ketika itu Menteri Pendidikan. Aku dapat Matrikulasi KPM Bangi, dia pulak ke UTM buat QS. Berjauhan sudah, tapi kitorang masih berutus surat. Tahun 99 masih zaman pos-mengepos surat. Tiap kali raya, dia akan tumpang tido kat umah aku dan mintak tolong Puan Menteri hantarkan ke stesen bas. Kampung dia kat Jeli, tak convenient la. Banyak tahun jugak la dia tido kat umah aku time raya.. I'm blessed with our friendship. Alhamdulillah.

Masa kat UTM, dia aktif jugak la join charity whatsoever. Pegi Medan pun belikan aku souvenir. Bag yang dia bagi tu aku guna untuk pegi kuliah. Suka.

Dia habis study, aku tak habis-habis. Masa tu family dia dah pindah ke Perlis, kampung ayah dia. Masa dia belum dapat keje, aku ada pegi Perlis time weekend. Penang Perlis kan tak jauh mana. So, naik bas la turun kat Kangar. Tak sangka sangat, bila sampai tu, dia dengan mak ayah dah siap tunggu... Memang sambut aku penuh layanan VVVVVVVVVVIP.. Mulia betul aku ni rasa. Bawak aku gi situ sini.. Tunjuk itu ini. Bagitau itu ini.. Bawak aku balik kampung dia. Perghh tak pernah aku dilayan macam ni sekali. Agaknya nak balas budi lah sebab dia kan selalu tumpang transit umah aku masa raya-raya tu.

Tak lama lepas tu, dia mesej aku bagitau ayah dia meninggal sebab heart attack... Terkejut la aku. Sebab macam baru je kot jumpa kat Perlis tu. Masa tahu tu aku kat USM. Tunggu weekend, aku pegi dengan classmate aku 3,4 orang. EG, Mael, Encik Jack, Razila, Hisyamruddin join aku pegi ziarah dia. Terasa jugak la bila ayah dia takde ni. Eh macam ayah aku lah pulak. Memang baik la ayah dia. Tahu la kan aku dengan anak dia dah kenal lama since kindy.


Masa abang dia kawin dengan orang KB, mak dia jemput aku join rombongan. Aku pegi dengan encik Jack. Nampak tak hubungan aku dengan dia tu macam mana rapat?

Unfortunately on my wedding day dia tak datang. What can I say. Takkan dia nak kena ambik cuti  di KL semata-mata nak attend wedding aku kat KB. Tapi dia ada la pos hadiah kawin berupa set cadar yang aku guna sampai hari ni- sampai lunyai.

Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku jumpa dia. Maybe almost 10 years.. Aku kawin pun dah 9 tahun. Lepas kawin rasanya tak pernah jumpa dia. Cakap phone ada la sebelum dia kena kanser dulu.

Dapat tahu pasal kanser ni pun dari orang lain. Ya Allah... Bila aku mesej tanya khabar (awal tahun ni) dari mesej tu dia macam ceria je. Sangat-sangat positif pasal sakit dia.
Sekarang ni memang teringat sangat-sangat kat dia, Rindu sangat nak jumpa dia. Aku ajak encik Jack pegi KL weekend ni. Tapi encik Jack kata Bersih nak buat demostrasi pulak. Time macam ni rasa frust sangat. No word can describe. Frust sangat sebab aku tak kaya harta. Not born-rich kind of rich. Tapi rich atas usaha aku sendiri. Kalu kaya kan senang, nak pegi mana-mana main klik je beli tiket penerbangan kelas pertama, business ke apa tak kisahkan harga. Biasa tengok kan dalam movie, dah terkaya sangat sampai boleh hirekan the best care for our love one. Nak hire private nurse ke, duduk dengan dia sepanjang masa sampai dia ok.. Jaga dia... Tapi realitinya bukan begitu. Aku cuma manusia biasa yang terlalu lemah dan kurang segala-galanya.

Sebelum lelap pasti air mata mengalir terkenangkan dia. Schoolmate aku yang pegi melawat dia terkini, katanya kaki dan tangan dah bengkak... Bila baca mesej, memang air mata takleh nak kontrol dah.

Macam ni kanser rupanya ye. Selama ni tahu la kanser tu is an unpleasant sickness. Tapi tak la tahu secara detailnya apa kanser ni buat... Terseksanya dia.. Satu persatu organ dalaman tak berfungsi. Tak sanggup nak bayangkan apa pulak lepas ni.

Tiap hari hati meronta-ronta nak pegi tengok dia. Takut sangat-sangat...... Takut tak sempat jumpa dia. Kalu tak dia yang pergi dulu, aku yang pegi dulu. Ajal maut ni sape yang tahu. Takut tak sempat nak mintak maaf dengan dia. Takut tak dapat tatap wajah yang paling lama aku lihat selama ni... Nak pegi, tapi bila ada depan-depan takut tak dapat kawal emosi pulak...

Ya Allah.... Besarnya dugaan kat dia... Aku cuma mampu doakan dari jauh aje. Sakitnya hati bila tak mampu nak jayakan impian hati nak jumpa dia. Aku nak sangat jumpa dia. Selalu doa, biar Allah panjangkan umur dia biar aku sempat jumpa dia. Tapi selfish ke aku ni... Dia mungkin rasa dah tak tertanggung, aku pulak mintak Allah prolongkan lagi hayat... 

So, dear readers... Please witness me when I say I miss her. I want to be with her and I cherished all of our bitterweet memories together. 

I love you Amy.

No comments: