Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, August 20, 2015

#1253 Me Vs Masak-Masak Minggu Lepas

Minggu lepas menggelupur mokcik tiap kali nak masak. Kering idea sungguh-sungguh. Kena pulak last weekend kitorang tak gi grocery shopping. Masak makan apa je yang ada dalam esbok. Padan muka kan. Sape suruh tak reti drive. Sape suruh malas keluar. Lauk nak masak tu semua ada stok dalam freezer. Tapi tu lah, kalu seminggu sekali tak keluar gi pasar/Tesco, memang mati akal. Nape ek? Agaknya seminggu sekali dapat ubah angin keluar tengok dunia tu, akal pun fresh boleh generate idea nak masak macam-macam.

Dalam takde idea nak makan apa tu, gewe aku ni 2,3 kali dah duk sebut-sebut terkilan raya baru ni tak sempat nak makan sambal ikan nasi impit MIL puas-puas. Makanan banyak sangat sampai tak tahu nak fokus kat yang mana satu. Bila dah balik Penang ni mula la duk teringat. 

Gigih la isteri mithalika ni pepagi hari menumbuk sambal ikan. Buat sambal ikan ni bukannya payah. Tapi renyah la sikit sebab nak kena sangai kelapa parut dulu, cobek isi ikan rebus dulu, tumbuk kelapa, tumbuk isi ikan, tumbuk bawang... Very energy consuming. Naik muscle aku pepagi hari hahahaha.. 

Presenting my first handmade, homecook, selfmade sambal ikan..... Gewe makan tak menyungguh pun. Tak berapa sedap la gamaknya. Pada tekak aku, dah ok sangat dah. Zaraa makan banyak jugak. Puas hati la tumbuk separuh nyawa paginya tu.

Parking resipi sambal ikan nasik impit kat sini je lah... Senang nak refer.

Ikan selayang/sardin -rebus, then buang tulang
kelapa parut-disangai
bawang merah
halia
serai
lada hitam
gula nise
garam

1. tumbuk kelapa yang disangai. Ketepikan.
2. tumbuk isi ikan. Ketepikan.
3.Tumbuk bawang, serai, halia, lada hitam. Ketepikan.
4. Gaul semua yang ditumbuk tadi dan tumbuk sekali lagi. Masukkan gula nise dan garam secukup rasa.
5. Sedia untuk dihidang. Kalu suka kering, boleh disangai sekali lagi.
Nasi impit aku rebus banyak sekaligus. Tak habis makan takpe boleh masuk fridge. Sebab nak rebus tu kan makan masa. Alang-alang buat banyak terus. Belen nasik impit tu belah malamnya aku buat kuah lontong pulak. Sebab tengok gewe macam dah tak lalu dah nak hadap nasi impit cicah sambal ikan pagi tu.
Minggu lepas bunga telang aku kembang dengan meriah sekali. Kalu tanam blueberries berbuah macam ni kan best. Lepas kutip tu pokok terus merajuk tak nak berbunga sebab aku tak siram 2 hari hahaha...
Kutip sebab nak buat blue barley kat Adam. Tapi silap teknik. Banyak sangat bunga aku guna. Sebelum ni tahu bunga ni takde rasa dan bau. Tapi itu kalu guna 10 kuntum. Tapi ni aku guna dekat 100 kuntum, kau agak-agak jadi cane? Rasa tak sedap weh. Bau daun. Choiiii.... Aku kasi sink je yang minum lepas tu. Lenkali pakai sikit je ye puan-puan. Orang tamak selalu rugi.
Cik Kak kita ni makin hari makin segar bugar bodynya... Makan tak banyak pun... Nasi pun jarang-jarang je makan. Susu je la. Kadang-kadang serabut aku bancuh 2,3 botol terus. Nanti bila dia nak minum ambik je. Hangin mak time nak melakorn setengah jam sekali ada mintak susu.
Adam pulak sekarang ni aku concern pasal gigi depan dia. Dari umur 4 tahun cabut, sampai sekarang dah umur 8 tahun pun masih tak tumbuh-tumbuh lagi. Hujung tahun ni nak pegi refer folder dia kat HUSM lah. Dulu doktor dia suruh tunggu sampai hujung tahun ni, kalu tak tumbuh jugak kena bawak dia follow up lah. Kesian dia, dah 4 tahun makan dengan takde gigi kacip. Kalu boleh konfirm gigi tu dah tak tumbuh, nak proceed gigi palsu cepat-cepat lah. Dia pun makin besar. Mesti ada rasa malu sebab takde gigi lagi. 

No comments: