Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, September 8, 2015

#1256 Me Vs 97/98 Gathering

Kawan yang dah lama menyepi tetiba add facebook kau. Terkejut tak. Happy tak. I was. At once. But now I started to doubt her intention. Bila dalam banyak-banyak mesej banyak bertanyakan pasal bebudak kelas aku nak pegi tak gathering nanti... It makes me wonder... Contact aku balik sebab nak jayakan gathering tu je ke? Bukan sebab nak catch up session.

Tipah tertipu... Terperasan aku sekejap minggu lepas. Ingatkan pemergian Amy berjaya menyatukan aku dengan kawan aku ni. Dah lama kitorang renggang yang disebabkan oleh apa pun aku tak pasti.  Atau pun aku yang tak nak tahu. Hmmm... Harap sangatlah aku salah tafsir. Kalu boleh aku nak bersangka yang baik-baik aje dengan kawan-kawan semua. Hidup ni bukan lama sangat pun. 

Encik Jack cakap dia dilantik jadi wakil kelas kitorang untuk handle pasal gathering ni. Damn. Laki aku ni pulak macam dah jatuh hukuman mandatori tak reti nak excuse-excuse dah. Cakap je lah busy sambung belajar ke hapa.. Lagipun kitorang ni kat Penang. Gathering kat KL. Ramai kan lagi Ghazalian yang duk KL. Ada 22 orang lagi kan bebudak Ghazali lain. Menyumpah sorang-sorang dalam hati.

Reunion. Gathering. Atau apa sahaja gelaran kau orang panggil. Aku paling kalu boleh tak nak attend. Mak segan nak. Mak ni bukan grand pun lepas tamat belajar MRSM dulu. Grad pun tak. Yes, you heard me right. Aku tak grad pun MRSM dulu. (*sila fahami istilah 'grad' bagi MRSM)

Aku sampai sekarang ni malu kalu nak kena jumpa bebudak maktab. Paham-paham aje lah... Orang lain keje bagus-bagus. Gaji sebesar bas pun ada. Specialists, diplomats, keje dengan UN,  kapten kapalterbang, usahawan, you name it. Aku? Hehe... Surirumah. Malu dowh nak menjawab bila ditanya nanti. Boleh imagine time gathering nanti sure aku terkulat-kulat sorang diri. Nak mencelah tak tahu point apa nak menyampuk. Ko paham tak? Haih... 

Ni bukan first gathering bebudak maktab anjurkan. Tapi sebelum-belum ni kitorang tak pernah ambik port pun. Sebab rasa macam jauh je Penang-KL ni kan. Satu lagi sebab yang paling utamanya, sebab kitorang bukan AJK or wakil or whatsoever jawatan yang dilantik. So, takde la rasa obligated sangat kan. Ni, dah terlantik takleh la tak gi. Damn damn damn. Sejujurnya, sikit pun aku rasa tak seronok. Lagi-lagi lepas pemergian kawan baik aku ni. Pegi gathering kelas yang tak cukup seorang.

Selama ni asyik tengok gambar bebudak maktab bereunion tak pernah pun teringin nak pegi. Ini kali dah terlantik tu, naik syeh pulak dia cakap pasal reunion. Halamak... Can I just skip this meeting? Sangat-sangat tak nak pegi.

One thing about Ghazalian yang aku kesal dari dulu sampai sekarang. Tak pernah sepakat. Tak pernah muafakat. Lepas Amy meninggal, a friend from another class asked me... Kelas G ada buat pungutan derma tak untuk diserahkan pada famili arwah? Kalu takde, diorang nak buat kutipan derma. Macam mana ye nak bagitau apa aku rasa.... How shameful for me to answer it. Memang takde sape pun yang buat kutipan... 

Selama ni, mana ada kelas G pernah buat perjumpaan apa-apa. Kalu buat pun takde sambutan. Kalu pergi pun 3,4 orang je. Out of 25 students. Budaya berpuak-puak kelas G ni memang payah nak buang. Girls tak sebulu dengan boys. Girls dengan girls pun tak sebulu. So how? Dalam kelas bermanis mulut, balik dorm kencang mengata. So, bila another friend asked me, how many of us yang boleh attend gathering ni, I really don't know what to say. Ghazalian memang takde semangat setia kawan. Get it? Sumpahan apa tak tahu la... Kalah The Curse of The Black Pearl.

Kalu arwah Amy masih hidup.... Ada la jugak orang aku boleh duduk sebelah sembang tanpa perlu kontrol ayu. Now she's gone, lagi la aku takde hati nak join benda-benda camni. Fffftttt... Sape punya idea la nak buat gathering ni... Aku paham la kelas lain memang mesra antara rakan sekelas, bukan macam kelas aku. Stres tau stres.

Tak pasal-pasal dah terjerat.


No comments: